Pages

Wednesday, June 10, 2026

Family Day 2026 : Sukaneka

Setiap kali Family Day aktiviti yang dinanti-nantikan adalah Sukaneka Keluarga.
Tahun ini Pengarah Sukaneka adalah Cik Ami.
Dia suka lah aktiviti begini. 
Pengarah Sukaneka ni ada kala kena paksa😁, ada yang takes turn.. ada juga yang volunteer. Semua pun sporting sebab adik beradik lain akan support.

Gambar banyak, ibu upload random je lah.

Jam 9.30 pagi semua kena berkumpul di padang/kawasan lapang. Gambar ni diambil dari Chalet bahagian atas.

Mulakan dengan stretching.
Lagu kanak-kanak yang dimainkan seperti Chicken Dance, Kepala Telinga Lutut Kaki dan sebagainya bagi anak-anak seronok.


Anak-anak remaja kena jadi Instructor.
Kemahen Abang Aqil tu.

Tukang jaga audio.
Audio semua Cik Amir yang sediakan.



Ewahhhh.. gang sepupu ketot-ketot

Baru perasan... adik beradik sebaris.

Dimulakan dengan sukaneka kanak-kanak.
Kalau tak silap ada 3 game.


Angah dan Amira baru 12 tahun jadi terpaksalah masuk game kanak-kanak. 
Tapi Kumpulan dewasa ada import Angah sebagai peserta sebab tak cukup orang.

Abang & kakak besar jadi AJK.


Kemahen busy Cik Wada tu.



Kali ni hadiah disampaikan terus selepas game. Jadi anak-anak boleh terus makan.
Lepas game kanak-kanak, mereka terus tukar baju untuk mandi kolam. 
Haaa.. itu pun yang mereka tunggu-tunggu.

Tiga beradik.

Game dewasa ada 4.
  • Lari dalam guni kemudian ambil tepung dalam sudu
  • Lari dalam gelung
  • Passing kain pelekat
  • Baling dadu untuk maju atau mundur
Sebelum tu dibahagikan kumpulan. Setiap peserta cabut undi kertas. Bila dah selesai kena bunyikan binatang apa untuk cari peserta kumpulan.
Adoiii ada je idea Cik Ami. 
Dah macam-macam bunyi ada.

Kumpulan Kambing.
Wafi dalam ni.

Kumpulan Ayam
Haaa.. mana-mana kumpulan kalau ada Cik Man dan Cik Hanis memang banyaklah akal diorang nak menang... ada je kelakuan nakal. Dah Cik Ujang yang tua pun ngikut sekali.
Kawi kat sini.

Kumpulan Itik
Mana yang ada dalam kumpulan Cik Zie memang takde chance lah nak main kotor 😁😁
Maklumlah pegawai undang-undang.. semua kena ikut aturan hahahaha
Masalahnya kan... awat macam tiap-tiap tahun ibu dalam kumpulan Cik Zie 🀣🀣
Ibu dan Bami sama grup.

Kumpulan ibu dan Bami (Itik) dapat tempat ke-dua

Takde kejar hadiah pun sebab untuk suka-suka. Lagipun hadiah semua sama je. Dah dapat letak kat meja di Teratak Bidara supaya semua boleh makan. Semua taknak bawa balik sebab taknak berat.

Kumpulan Cik Elis (Kambing) juara, tu bergambar dengan suami sendiri, Cik Zie (Itik).

Family Day pertama Auni.

Juga buat Saif.
Matchy-matchy pulak seluar dia.

Ada game pasangan, rasanya tiap-tiap tahun buat.
Baling belon air.
Juara pasangan Cik Wada dan Cik Hannis.
Hadiah cash RM50 sponsored by Cik Amir.

Naib Juara pasangan gila-gila, Cik Baya & Cik Man.
Juga cash RM50.

Bami pair dengan Dikwan dapat tempat ke berapa tak ingat.

Yeayy.. ibu berpasangan dengan Adam, dapat tempat ke-6
Bila rules tak boleh sambut belon air guna baju, kena guna tangan, terus jatuh belon πŸ˜‚

Ngam.. ibu dapat hadiah span cuci pinggan, Bami dapat steelwool gosok periuk πŸ˜…

12 comments:

  1. Seronok tgok meriahhhhh… semua sporting πŸ‘πŸ‘
    Tahniah selesai FD 2026 πŸ‘πŸ‘πŸ‘

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak kena rotan sapa tak joinπŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  2. Seruuuuu bangetttt kak 😍😍😍🀣. Games nya pun menarik semua. Memang semangat nak ikut πŸ˜„. Ini kalau jadi instruktur atau leader dalam perkumpulan keluarga sendiri, memang tak malu lah... Lupakan Jaim (jaga image) , dah pasti kluar semua sifat asli hahahahahah .

    Itu nanti 2 babies THN depan bisalah ikut games yaa πŸ˜„

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih... belasah je... nak marah² manja sapa yang main tipu pun takde sapa nak merajukπŸ˜‚πŸ˜‚

      Babies pun nak ikut acara games tapi makayah mereka pegangπŸ˜…

      Delete
  3. Bila ada family day.. Mmg wajib ada sukaneka ni.. Fun2 tp bila dpt extra adiah syok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... fun² je.. hadiah pun ikut suka hati AJK sediakan.

      Delete
  4. Tengok gambar yang nampak dari belakang tu, seluar palazo jalur² siap pegang tasbih, mesti nenek..sekali betul.. nenek pun sporting buat ciken dance sekali... Terbaikkk...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Semua pun sporting join.. ada 2 nenek join ritu, satu lagi nenek Kuantan. Yang muda² kalau tak gerak badan kena seru nanti.. Tang sukaneka nenek jadi juri je.. tak nak kasi join nanti grup lain bagi laluan kumpulan nenek menang... mana berani lawan tokeyπŸ˜‚πŸ˜‚

      Delete
  5. seronok tengok ..paling seronok tengok nenek tu happy betul....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu takde game nenek tahun ni.. kalau tak mesti join.. lagi nenek suka. Banyak game lari tak sesuai untuk nenek.

      Delete
  6. Seronok kan. Dulu keluarga akak buat depan rumah je sebab nak jimat kos homestay. Tapi masa tu Budak2 kecik lagi sekarang ramai dah besor2 malahan dah bertambah famili susah nak buat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. ada laman luas lagi senang buat kat rumah. Bila dah bertambah family dan besar-besar memang kena ambil kira banyak faktor.

      Delete