Pages

Sunday, June 28, 2026

Keputusan Final Year Project (FYP) I Final Exam

Keputusan Final Year Project (FYP) telah diumumkan pada hari kedua Showcase.

Projek Kak Widad dapat pingat gangsa.
Pingat gangsa tu bukan seorang je dapat, semua ada 10 orang.
Begitu juga pemenang pingat emas dan perak, setiap satu pingat ada 10 orang penerima.

Student Fakulti Informatik dan Komputeran (FIK) semester 6 yang perlu menyiapkan FYP seramai 210 orang.

Booth Kak Widad memenangi tempat ke-2.
Alhamdulillah.. tahniah Kak Widad.

Projek Terbaik dimenangi Raven, kawan Kak Widad dari zaman Poli lagi.
Tahniah Raven dan terima kasih selalu bantu kawan-kawan.

Habis FYP, ada final exam pula yang akan bermula 2/7/2026
Minggu ni study week.
Kalau Bami mesti dah balik tapi Kak Widad stay kat sana.

Jadual Exam 

SEM 6 PP
بالتوفيق والنجاح كلكم.
FINAL EXAM📍

Khamis
 2.7.26 
[ STSD] 
2.30-5pm
(D5-0-10)

Isnin
 6.7.26
[ Advance Database ]
2.30-5pm
(D5-0-10)

Selasa
 7.7.2026
[ Web Service ] 
9.00-11.30am
(MTM1_MTM2)

Ahad
 12.7.2026 
 [ Artificial Intelligence ] 
2.30-5.00pm
(D5-1-13)

Selasa
 14.7.2026
 [ Data Mining ]
2.30-5.00pm
(D5-0-02)

ربي يسر ولا تعسر ,ربي تمم بالخير
 

22 comments:

  1. Uni semua dah mula final exam ya. Uni Dania Julai nanti. Tak lama dah pun.

    ReplyDelete
  2. Semuga Allah SWT permudahkan urusan kak Widad dan dpt menjalani peperiksaan ngan cemerlang. Aameen 🤲🤲🤲

    ReplyDelete
  3. Alhamdulillah..tahniah kak Widad.. geng² programming ke ni?? Hebatt

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah... dia major in Programming.. dalam FIK ada 3 course.

      Delete
  4. Tahniah kak widad. Semoga success selalu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Aamiinn... terima kasih Cie🥰

      Delete
  5. Alhamdulilah Tahniah Widad.. all the best untuk akan datang../

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah! Tahniah Kak Widad dapat pingat gangsa untuk FYP dan paling best, booth berjaya dapat tempat ke-2! Bukan biasa-biasa tu, bersaing dengan 210 orang student FIK. Berbaloi segala penat lelah dia siapkan projek ni. Semoga terus sukses! 🥳

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn... terima kasih SA🥰
      All out dah dia dalam FYP.
      Sekarang concentrate final exam pulak.

      Delete
  7. tahniah kak widad dan yg lain2. raven tu saya ingat cerita dia yg ada naik bas sekali dgn kak widad kan. kawan dari poli rupanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiinn... terima kasih Maz🥰
      Haa betul... Raven yang tu lah. Masa program Mobility di Jakarta, dia pun join juga.

      Delete
  8. Tahniah Kak Widad and the team💪

    ReplyDelete
  9. Congraaats untuk Widad. Bagus juga semua anggota team dapat medal yaaa. Jadi semangat pastinya. Semoga dimudahkan juga dalam final Exam nanti . Dah makin dekat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Iya.. esok sudah mula exam...
      Aamiin.. Aamiin YRA atas doanya🥰

      Delete