Pulut Durian ni ibu buat hari Isnin lepas untuk berbuka. Balik dari ofis singgah gerai buah tepi jalan beli durian dan ke kedai beli beras pulut.
Pulut Durian Musang King dan Duri Hitam
Ibu buat sikit je pulut sebab sorang makan. Itu pun 3 hari baru habis.
Bahan-bahan
1. 1 cawan beras pulut
2. Air
3. 1 kotak santan
4. Garam
5. 2 helai daun pandan
6. 2 SB gula (kalau nak manis tambah lagi)
Cara-cara
1. Cuci beras pulut.
2. Masuk dalam inner pot Noxxa. Air atas sikit dari pulut atau 1 cawan air
3. Masukkan 1/4 sk garam dan sehelai daun pandan.
4. LP7 minit
5. Dalam periuk lain, campurkan santan kotak campur satu kotak air (kocak2 guna kotak yang sama)
6. Masukkan 1/4 sk garam, 2 SB gula dan 1 helai daun pandan.
7. Masak dan kacau selalu hingga mendidih.
8. Tutup api dan sejukkan.
Masa ibu beli durian tu ada dijual 1 dulang, RM100
Ada sebiji Musang King, sebiji Duri Hitam dan 2 biji IOI
Rasa macam murah, itu yang beli. Durian nya pun semua elok.
Disebabkan ibu seorang je makan, jadi ibu keluarkan semua dari pangsa dan masukkan dalam freezer.
Nanti Kak Widad balik boleh lah makan.

Tudia...sedap ni untuk penggemar pulut dan durian.
ReplyDeleteMusim durian ni dapatlah buat pulut gini. Kadang beli yang dah siap je.
DeleteYaAllah enak banget ngan isi durian montok2 gitu😋😋😋
ReplyDeleteEkeke... emang nya enak😆
DeleteHelok nampak pulut n durian tu...
ReplyDeleteTapi, Linda reti makan kuah durian dengan pulut . Kalau mentah camtu, tak reti makan .kalau MIL siap makan dengan nasi sekali
Akak belajar makan pun dengan MIL. Bila kat resto masakan Thai akan order juga kalau ada.
DeleteMakan dengan nasi tak pernah try lagi.. kalau tempoyak makan.
Ish tak ajak 😆
ReplyDeleteTime ni la merasa makan durian puas² kan Kak ... Baru betul namanya durian runtuh hihi
Ekeke... kemonnnn.. PH lagi terror buat😃
DeleteHaaa... takde lah rasa bersalah beli durian premium sekarang ni.
Kalau tempat Cie pulut durian ni yang kuah coklat tu.
ReplyDeleteAkak pun tak tau betul ke tidak nama pulut durian tu.. yang coklat tu kita panggil serawa kan kalau tak silap.
DeleteIsi kuning sedap tu pulut durian... Entry kita pun ada pulut durian juga utk berbuka puasa tp MIL yg craving 😁
ReplyDeleteBila puasa macam² yang dicravingkan🤭
DeleteWoww sedapnyaa.. pepagi tengok ni, perghh meninta pulakk anak tekak ni
ReplyDeleteLekaih... pi tanak pulut😅
DeletePergh, untung betul akak dapat satu dulang RM100 siap ada Musang King dengan Duri Hitam! Memang durian runtuh betul ni, semuanya pulak tu elok-elok isinya. Padu betul kombinasi makan dengan pulut panas-panas untuk berbuka. 🤤
ReplyDeleteBila ada MK& DH, IOI tu jadi biasa🤭
Deletegebunya durian tu. kuning kemasan isi dia! sesuai makan dgn pulut
ReplyDeleteAkak rasa Durian Hitam tu banyak yang kucing tidur.
Deletesedaaaappppppppnya.....
ReplyDeleteHaaaa... sedap.. sedap... sesekali🤤🤤🤤
DeleteAla....sedapnyaaa pulut durian. Menu yang makan sambil pejam mata sebab sedap begitu
ReplyDeleteSesekali kita layan boleh lah hehe
DeleteDi kampung saya, Sibolga (Tapanuli Tengah) ,makan durian pasti dengan pulut atau ketupat santan. Jadi rinduuuu sangat. Kalau orang JKT nih makan durian begitu saja. Atau campur dalam minuman kayak cendol atau buat kolak (Serawa)
ReplyDeleteLain tempat lain cara makannya ya. Akak dulu sebelum kahwin makan durian macam tu je, bila kahwin dengan orang Kedah baru belajar makan dengan pulut.
Delete