Pages

Monday, July 6, 2026

Cara-cara Menyiang/Mengupas Ubi Keladi


Haaa... marilah kita memenuhi kehendak Puan Hazel cara-cara menyiang ubi keladi.
ehhh... menyiang tu macam siang ikan atau siang sayur pulak. Tapi maksudnya sama je kan iaitu membuang kulit.

Mungkin ada cara yang lebih baik tapi camni je yang ibu belajar dari nenek.

Gambar agak blurr sebab buatnya pun jam 6 pagi Jumaat. Nak siapkan untuk breakfast Wafi.

Bahan utama keladi dan pisau. Pastikan pisau tu tajam 😎
Boleh juga lapik dengan surat khabar nanti terus buang.

Pegang bahagian batang keladi.
Kupas kulit tu agak² lah tebal gitu. 

Awas ya.. kadang ada keladi yang gatal, jadi bolehlah pakai sarung tangan plastik.
Setakat ni ibu tak pernah pakai sarung tangan lagi.

Kupas semua bahagian ubi.

Kemudian potong batang keladi.
Tu kalau buat asam pedas batang keladi pun sedap ada bahagian ubi sikit..

Cuci bersih² dan kalau ada bahagian yang kurang bersih, boleh potong dan buang.

Potong keladi ikut selera kita. Ibu belah tengah/vertical dulu kemudin baru hiris.
Ibu suka potong nipis.

Kemudian sediakan bancuhan (batter) tepung atau sediakan sebelum kupas keladi.
Ibu biasa guna tepung gandum + garam + serbuk kunyit + air.
Bancuhan tidak terlalu pekat atau cair.

Boleh juga guna tepung ready made untuk goreng pisang tapi anak-anak kurang gemar. Lagipun ia akan cepat rasa muak bila makan banyak-banyak.

Jumaat pagi tu ibu guna tepung serbaguna Bestari yang original sebab lupa nak beli tepung gandum😁😁 . Bila guna tepung segera, gorengan cepat perang jadi gunakan api sederhana. Mungkin tepung serbaguna tu ada campuran serbuk bikarbonat.
Balik kerja ibu tanya ok tak keladi goreng pagi tadi, ok cuma masin sikit.

Mujur Wafi tak perasan yang ibu guna tepung Bestari.
Bila goreng guna tepung Bestari takde lah keluar serdak-serdak macam guna terpung serbaguna khas untuk goreng pisang dsb.
 
Gorengan ni ibu buat semalam untuk breakfast Wafi dan bekal dalam tren.
Bancuhan guna tepung gandum dan baki bancuhan tu goreng nipis ala cekodok. Kadang itu yang direbutkan dulu.

Nak lebih umphhhh... makan dengan sambal kicap.

Haaa.. ini je lah tutorialnya πŸ˜…πŸ˜…
Harap membantu pada semua.

35 comments:

  1. Wah enak banget keladi goreng ngan sambal kicap. Kita kn serba membeli jadi bhg tampuk sayang dibuang sedap buat asam rebus

    ReplyDelete
    Replies
    1. oh yaaa.... perkataa sesuai tampuk, terima kasih cik anon.
      Masalahnya sikit sangat kalau nak dimasak ada seketul je hehe

      Delete
  2. Dulu masa akak amali sains biologist rasanya. Dapat ikan untuk lukis I sang Dan dalam ikan. Kawan akak pi siang ikan tu bersih macam nak buat masak. Sekali bila ternampak kawan sebelah lukis insang ikan baru kelam kabut cari sisa ikan yang dah Di buang. Bila kat hostel jadi bahan gelak kami satu dorm.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahhaha.. adoiii.. memang jadi bahan lah sampai sekarang kalau jumpa. Kawan akak tu mesti mak dia dah biasa hulur ikan kat dia untuk siang.

      Delete
  3. sedapnya kak keladi goreng cicah sambal kicap..nak cari keladi juga la nanti,kalau mak saya asal ada keladi mesti buat pengat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau pengat anak-anak akak tak makan.. pelik nau lah diorang tu.. segala jebis bubur ke pengat ke diorang tak minat. Kadang akak buat juga pengat keladi tapi buat sikit je, tambah pisang nangka.

      Delete
  4. sedap tu keladi goreng..nk plak kalo cicah sambal kicap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kitorang belajar makan goreng-gorengan makan dengan sambal kicap dari adik ipar dari Johor. Dulu makan macam tu je.

      Delete
  5. Akak kalau goreng keladi tu bukan ketumbar biji masukkan dalam tepung bancuh an. Sedap apa lagi kalau cecah sambal kicap layan kopi o perghhh hujan plak tu kat luar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bubuh ketumbar biji yangvdivtumbuk halus dalam bancuh an tepung

      Delete
    2. haa betul lah kak, kalau masuk ketumbar lagi wangi. Mak ajar camtu tapi bila sampai saya jadi malas huhu... pernah juga buat bubuh ketumbar tapi keladi tu potong macam buat fries cuma tebal sket. Tepung sikit je bagi ketumbar lekat.

      Delete
  6. Oh, baru tahu camana nak proses keladi dan goreng. Terima kasih atas perkongsian, kak. Saya ada nampak keladi goreng di kedai goreng pisang hari tu. Saya tak pernah masak sendiri keladi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama-sama... kalau nak makan sikit beli lagi mudah hehe

      Delete
  7. sedapnya keladi goreng. takpela, malas buat sendiri, kita beli je kat tepi jalan tu hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bantu jana pendapatan peniaga kecil-kecilan lah kekdahnya kan 😁

      Delete
  8. Dulu kita tak reti gakk, takut pun yaa, takut gatal, tapi pelan-pelan cuba, now boleh dah.. cuma kita lepas nyiang, rendam garam, untuk buang getahnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. oo ada petua buang getah gitu... tapi memang kadang ada yang lepas kita basuh tangan akan tiba-tiba gatal.

      Delete
  9. Keladi ini kalau di Bogor banyaaaak sangat. Itu yg jualan berjejer di pinggir jalan. Dan besar2 bentuknya. Duluuu saat babysitter anak sulung masih ada, dia kadang buatkan gulai keladi, sedaap sangat. Tp saya memang tak bisa mengolahnya. JD tak pernah makan lagi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Menarik juga tu buat gulai.. kot nak tambah-tambah dalam lauk macam masak lemak cili api ke.. ganti ubi kentang.

      Delete
  10. Tqsm Kak Faiza sayang 😘
    Sejak Mak meninggal tak pernah beli keladi sebab tak tahu nak siang 🫣
    Bila nampak keladi jeling² je la wpun suka sangat makan keladi goreng atau rebus. Thanks again Kak kongsi ilmu πŸ’

    ReplyDelete
    Replies
    1. Most welcome adikku sayam πŸ₯°
      Lepas ni boleh lah try...
      Ritu ada balance 1/2 biji akak pun rebus juga.

      Delete
  11. Keladi dengan sukun goreng, mana lagi sedap?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alamak... susah ni kalau nak pilih, dua-dua sedap.. tapi akak lebih suka keladi.

      Delete
  12. Ya allah....menduga iman betul la..dh la kita suka keladi goreng...akak ni kannnnnnn........

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih... nanti dapur dah siap boleh pi cari 😁

      Delete
  13. Ya Allah nie sedap sangat..betul kalau gengkan dengan sambal kicap mmg kick sangat.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kombinasi yang sesuai sangat kan... keladi yang lemak bergabung dengan pedas manis masin kicap.

      Delete
  14. Replies
    1. kihkih... kalau jumpa orang juai tepi jalan, jangan lupa beli ya😁

      Delete
  15. Kalau nak senang lagi guna pengupas kulit buah tu je. Sedapnya sayur keladi masak asam. Teringat masakan arwah mak. Tak pun buat bubur/pengat sedap juga. Goreng keladi je tak pernah cuba lagi. Best juga ni, macam keledek, sukun juga kan. Siapa suka keladi mesti suka je apa-apa menu berasaskan keladi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pengupas buah untuk buah kulit nipis mungkin sesuai Fiza.
      Akak keledek suka juga tapi yang direbus.

      Delete
  16. Comel je ibu buat tutorial..hihi..
    Tak tahu pula kalau pegang je pun gatal, selama ni dengar, kalau makan je gatal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih... sis coba🀣
      Haah... kadang dia gatal time kita basuh.. mengerenyam.

      Delete
  17. Tutorial kupas keladi pula! Terkenang zaman dulu....tabam keladi, cabut keladi, buat keladi goreng, rebus keladi, pengat keladi....

    ReplyDelete