Laguna Redang Island Resort, Redang Island Resort, Redang Lagoon Chalet dan beberapa lagi. Kat situ Laguna Redang Island Resort nampak paling cantik.
Belah kanan ni jeti untuk yang menginap di resort sepanjang Long Beach. Kat sebelah jeti ada warung makan. Nampak siang ada buka tapi malam tutup dah masa kami lalu.
Pitammmmm
Semua ni RM44
Malam kami datang semula lepak kat pondok depan kafe.
Traktor tu akan ambil/hantar pelancong ke jeti. Jauh juga kalau nak menapak bawa beg.
Hujung tu Redang Reef Resort.
Malam selepas dinner kami jalan lagi ke Long Beach sebab tak ada apa nak buat. TV pun tak ada kan 😁
Jalan situ macam kat negara China... mostly pelancong dari tanah besar. Penyanyi kat kafe² resort pun nyanyi lagu diorang.. hurmmm
Mujurlah kafe Kopitiam tu busker nya Malay.. adalah hiburan.. sesekali diselangseli nyanyi lagu omputeh.
Lepas tu duduk kat gazebo depan Kopitiam dan order makanan dan minuman sikit. Takkan nak duduk sesaje.
Nampak tak Kak Widad..sejenis yang random... kalau beria pakai baju akan mengherlip-gherlip... bila nak sempoi... pakai kaftan je 😂😂
Habis je makan dan minum sembang anak beranak tetiba bunyi rintik hujan. Cepat² lah balik ke resort. Di pertengahan jalan kemain lebat lagi. 10 minit memang terasa jauh. Lenjun habis. Tak sangka pulak akan hujan. Rupa²nya malam sebelum tu pun sama, hujan turun juga.
Sampai resort sebenarnya masih awal, belum pun jam 10.15 pm, namun keadaan dah sunyi. Apa lagiii... masing² tarik selimut terus tidur, sejukkkkkk.




































Mahal juga harga makanan dan minuman di kopitiam tu. Standard pulau la yek.
ReplyDeleteLawalah Laguna Redang Island Resort tu. Rate dia pun lawa juga ya, kak. 😁
Kat luar keropok lekor tu rasa boleh dapat RM3, kat pulau jadi RM16 😅
DeleteItu sebab lebih baik ambil pakej yang ada makan terus bila masuk pulau. Cuma kalau nak minum-minum tepi pantai kena bayar lebih sket huhu
Redang Reef Resort tempat sy menginap. Blkg blok2 penginapan ada private pantai mcm berteluk lebihkurang dan ianya khas utk tetamu Redang Reef Resort sahaja… tetamu resort lain tidak dibenarkan masuk ke sini.. Tetamu Redang Reef Resort ini turun di jeti betul2 berhadapan dgn resort. Bilik sy duduk lebihkurang 7-8m ke pantai.. memang dekat sgt2. Seronok jln malam2 kt long beach tuu .. meriahhh..
ReplyDeleteooo Redang Reef Resort ada jeti sendiri.. akak ingat kena turun kat jeti Laguna Redang Resort.. tu yang terfikir juga, jauh gak kalau nak menapak lalu jambatan kayu tepi bukit tu. Laluan jambatan kayu tu untuk ke Long Beach lah eh. Dekat sangat tu pantai dan chaletnya lagipun private beach lagi. Compared to resort lain kat Long Beach, pantainya agak public.
DeleteTetamu Redang Reef boleh pegi mandi2 kt Long Beach.. ramai bertumpu dpn Laguna Resort.. klu tak salah ada jgk tetamu Laguna turun kt jeti Redang Reef mgkin ikut pakej agensi memasing dan nti jln lh ikut jambatan kayu panjang tu pegi Laguna
DeleteTu akak bagitau kawan yang baru kenal kat resort untuk bawa anak² mandi kat depan Laguna.. meriah lah sikit situ.
DeleteOo ada juga yang turun kat jeti Reef walau stay kat resort Long Beach.
Makin meriah dah Redang. Dulu Cie stay area Laguna tu jugak. Lupa dah nama resort tu. Bestnya duk pulau tenang je.
ReplyDeleteSiang akak lalu tenang Cie, macam tak nampak orang sangat, mungkin ramai gi aktiviti snorkeling. Bila malam.. fuhhhh.. meriah, orang mainland saje.
DeleteRezeki tu Kak, dapat kek bday orang sebelah.
ReplyDeleteKami pun dok plan² juga nak ke pulau² di Ganu. Sementara Abang dekat sana kan...
Ada 4-5 tahun lagi.. kalau nak bawak anak2 semua pergi masa cuti sekolah... cuma jangan cuti sekolah akhir tahun, monsun masa tu. Dah boleh plan dan siapkan budget dulu.
DeleteBaru tgk Laguna Redang tu dkt rancangan tv mana ntah..memang cantik...Seronok dapat menikmati sea view...cantik sangat...
ReplyDeleteThis comment has been removed by the author.
DeleteKena pergi Sueann suatu hari nanti... insyaallah puas hati.. memang cantik sangat Redang ni.
DeleteMasyaAllah cantiknya resort ni. Okay boleh masuk list. Jernih betul airnya. Cantik membiru. Aahh rasa nak celup-celup kaki main air tepi pantai. Okaylah ada juga aktiviti malam daripada tak ada lansung bosan juga kan.
ReplyDeleteHebatnya..pantai bercahaya..
ReplyDelete