Pages

Saturday, July 25, 2026

Menginap Satu Malam Di Delima Redang Resort, Pulau Redang

Selepas menurunkan penumpang di jeti Mutiara Redang Resort barulah bot ke jeti Delima Redang Resort.

Kat bawah jeti dah nampak ikan² berenang².


Resort depan tu je. Ada baca lebih baik bawa backpack atau beg galas sahaja nak ke resort ni. Kalau pakai beg beroda susah pulak nak menarik atas pasir. Krew bot bagitau patutnya ada kenderaan pacuan 4 roda resort bawakan beg tapi tak muncul pulak haritu. Tak pe lah.. bawak je.. bukan jauh pun. Lagipun beg ringan.




Daftar kemasukan dulu.
Masa kami sampai jam 10.40 pagi dan bilik pun dah ready untuk dimasuki. Itu sebabnya check out kat resort ni jam 9.00 pagi.

View dari atas bangunan registration.
Serious redup bawah pokok tu dan berangin.

Sebelah kanan kantin resort.


Ayah kata macam asrama SBP😁😁

Ada 3 bangunan hotel. Bilik kami di bangunan tengah.

Pakej untuk 3 orang jadi kami dapat bilik untuk triple.
Luas betul biliknya tapi kosong camtu je.

TV pun takde... memang nak bagi orang pi laut dan dok tepi pantai. Bilik untuk tidur je.

Itinerary pakej 2H1M

Kak Widad tak kasi chance ibu rehat. Diajaknya jalan² kat luar.

Jeti yang kami sampai tadi.

Air jernih betul tapi sini takleh mandi sebab laluan bot.
Ada pantai kat sebelah satu lagi... nanti ibu tunjuk.

Ada laluan untuk ke Long Beach yang terkenal di Pulau Redang. Itu nanti letak entry lain. 
Ni citer kat sekitar Delima Redang Resort dulu.

Bahagian ni pantai dia banyak batu dan kerangan begini.

Laluan ke Long Beach.






Layankan je lah anak dara nak berposing.
Rasanya dia je lah sorang pakai baju rambu-rambu gitu.
Orang lain dari jeti siap pakai baju T atau swimming suit dan berselipar je.

12 comments:

  1. Replies
    1. Tu la pasai... sebelum pergi dia tunjuk baju yang nak dipakai.. krik krik je ibu.

      Delete
    2. Menantu akak pun sama jgk.. rambu rambu naik bot g Redang.. keluar mlm jln2 kt pantai pun rambu rambu.. 🥰

      Delete
  2. Kak widad nak oot oot tu ibu. Biasala anak remaja nak gambar cantik. Cie pernah 1x ke Redang. Lupa dah resort mana. Masa bujang lagi. Takde share kat blog. Cantik pantai kat Redang air jernih je.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kalau oot ramai² dengan kawan² mesti lagi ngam.. ibu ayah dia soh pakai baju putih... layankan je lah.
      Wahh... Cie dah sampai Redang. Cuti² nanti bolehlah bawak anak² gi pulak. Mesti diorang seronok.

      Delete
  3. Alaaaaa ibu ni bagi chance le nak ootd tepi an pantai yang indah menawan dengan hembusan angin nembuai perasaan eh eh

    ReplyDelete
  4. Cantik tempat ni rugi tak posing banyak² hehe

    ReplyDelete
  5. Masa pergi dulu Akak menginap dkt Redang Reef Resort pakej 4h3m

    ReplyDelete
    Replies
    1. Makkkkaihh... puas tu kalau sampau 4H3M, memang healing betul.

      Delete
  6. luas betul biliknya tapi memang terlalu kosong lah. selalu hotel paling2 kurang mesti ada TV.. betul2 nak suruh orang healing kat pantai ni xD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang kosong biliknya... dah macam bilik Biro Tata Negara😅

      Delete