Pakej yang kami ambil include 4 kali makan iaitu lunch, tea time, dinner dan breakfast. Memang tak sempat lapar lah duduk kat pulau ni.
Dalam bilik tidak disediakan air minuman tetapi boleh ambil dari mesin minuman sejuk dan panas yang disediakan di kantin. Disediakan mug, teh dan gula. Bancuh kalau teringin nak minum.
Makan Tengahari
Pinggan ibu.
Ada pulak terung berlada... memang favourite ibu lah.
Minum Petang
4.30 - 5.30 pm
Pengat Pisang dan Karipap KentangPinggan ibu.Tengok tu makan sampai tertunduk²... sedap sangat kata Kak Widad. Dahtu berbiji² karipap masuk perut Kawi. Lunch dia tak makan sebab sebelum tu makan keropok lekor kat Kopitiam. Lepas snorkeling atas bot lagi dah mengadu lapar. Haaa.. sapa soh tak ambil lunch.Makan Malam
7.30 - 9.00 pm
Kebetulan hari yang kami datang tu malam disediakan BBQ. Pihak resort akan rotate menu BBQ ni, bukan setiap hari.Ayam Bakar dan Ikan Bakar.
Kebetulan hari yang kami datang tu malam disediakan BBQ. Pihak resort akan rotate menu BBQ ni, bukan setiap hari.Ayam Bakar dan Ikan Bakar.
Ayam pulak bahagian drumstick dan thigh. Disediakan sos blackpepper.
Tengok gambar ni pun boleh teringat² sedap betul perapan ayam kat sini.
Udang Bakar, tembikai tak terambil gambar.Ikan Bakar Portugese style.Pinggan ibu.
Ada Nasi Goreng Jagung.
Ibu tengok ada yang makan berketul² ayam bakar, mesti lapar sangatlah tu seharian dok dalam air.
Sarapan Pagi
7.30 - 9.00 am
Mee Goreng dan Bihun GorengNugget dan Sosej.Yang ni memang awal-awal budak-budak serbu.
Station Roti & Bijirin.Bubur Ayam.Pinggan ibu.Ambil bubur juga.
Station Roti & Bijirin.Bubur Ayam.Pinggan ibu.Ambil bubur juga.
Semua makanan dihidang secara buffet. Makanlah seberapa banyak perut mampu😆. Bila makanan dah berkurang, krew akan topup lagi.
Alhamdulillah semua makanan yang dihidang sangat sedap, menepati tekak kami. Memang puas hati. Variety tak banyak tapi sangat cukup. Berbaloi dengan harga yang dibayar. Kiranya tak akan laparlah kalau duduk kat pulau ni.


















Tengok social media memang ramai ke Pulau Rendang kan, rindunya
ReplyDeleteMengancam betul tengok ayam bakar BBQ tu! Tengok gambar pun dah boleh agak perapan dia mesti meresap & sedap. Berbaloi sangat kalau dapat lauk-pauk buffet yang tak putus & sentiasa kena topup macam ni
ReplyDeleteSama la kita Kak, kalau nampak terung berlada/sambal memang terus bertambah selera! Rezeki betul dapat pakej makan 4 kali sehari yang lengkap & menepati selera. Memang betul-betul tak sempat nak lapar kalau dok pulau ni
meriah juga menunya...sbb kdg ada baca bila menu pakej ni ada yg tk ok...rezeki juga tu dpt bbq menu
ReplyDeletepuas hati macam ni, senang amik terus dengan pakej makan.. tak payah nak fikir dah..lagi untung, merasa BBQ orang bakar..tinggal makan je..
ReplyDelete