Pages

Friday, July 31, 2026

Satu Malam Di Kuantan


Kami sampai di Kuantan jam 6 petang, perjalanan pun santai² je dari Kuala Terengganu.
Ayah sudah book Kosma Business Hotel dengan harga RM127 termasuk sarapan. Hotel ni betul² berhadapan dengan Kuantan City Mall.

Comforter dari kereta Kawi bawa naik... ayah dan Kawi tidur tepi katil bawah kiri kanan... maka, ibu sorang lah conquer katil😆

Malam Kak Widad ajak makan di KCM tapi ibu dah malas nak berjalan. Padahal tak buat apa pun duduk dalam kereta je. Kak Widad yang drive sepanjang perjalanan. Dia kata suka drive kat Ganu. Dah takde siapa nak keluar jadi Kak Widad order grab KFC. Padahal KFC tu dalam KCM je.
Ibu makan keropok lekor yang dapat secara percuma sebungkus ketika beli banyak keropok kering di Gerai 008. Banyak keropok lekor tu jadi ibu tapau bawa balik. Sampai rumah goreng semula, still masih lembut.

Plan nak jalan² malam di bandar Kuantan pun terpaksa ditangguhkan sebab masing² malas nak keluar. Kiranya datang Kuantan untuk tidur sahaja😅. Padahal dah ada dalam itinerary nak makan kat Ms Elliot yang ibu baca di blog SA dan Mulan. Pastu nak ngopi².. hurmm... gaya je lebih tak padan badan dah bagi signal soh rehat je😁😂

Sarapan yang hotel sediakan.
Sedap betul nasi lemak tu. Buka² tudung termos nasi terhidu bau nasi lemak yang wangi. Nasinya pun cantik berkilat.
Sambalnya sedap. Ibu ayah je turun sebab Kak Widad malas nak makan pagi². Kalau tambah breakfast berharga RM14.

Breakfast ibu.
Entah ngapa teringin pulak makan cereal+susu.
Bubur dan mee goreng tak teringin pulak nak makan.

Jam 9 pagi kami check-out hotel dan terus balik ke Klang. Otw nak keluar Kuantan tu sempatlah menghantar mesej kepada Kakak Kawasan 😆 Afzan. Tak sempat nak mengopi. Lainkali lah datang Kuantan kita cari Afzan & Mulan juga☺️

Separuh seat belakang penuh dengan barang. Keropok kering beli 12 pack yang 500g. Tu nak bagi adik beradik. 

Dari Kuantan Kak Widad juga yang drive. Dia bagi ayah rehat kat belakang. Masalahnya ibu yang takleh rehat.. takleh tidur. Kaki auto nak tekan brek je😬😬😬.

Ibu lebih suka ayah yang drive... boleh tido🤭🤭

12 comments:

  1. sebab tu SA kalau "BALIK" Kuantan, SA akan stay 3 hari 2 malam..hahaha..malam pertama relax..malam kedua baru explore...x puas..hehehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Santai² je lah eh... bagus gak wat camtu.. tak dapat pergi kali ni... lain kali pergi lagi kan.

      Delete
  2. Murah je add on breakfast situ. Boleh la nanti try stay hotel tu kalau ke Kuantan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul, akak rasa murah add on tu. Hotel tu akak tengok ada kat tempat lain juga. Tapi yang kami duduk betul² tengah bandar. Nak ke mall pun dekat.

      Delete
  3. Nasib baik muat juga kereta..
    Seronok la ibu conquer katil sorang²

    ReplyDelete
  4. Memang best dapat buat 'short trip' satu malam macam ni, sekadar nak tukar angin dan recharge tenaga! Kadang-kadang perjalanan singkat yang santai tanpa jadual padat ni lah yang paling rasa tenang dan puas hati. Moga dapat Jalan-Jalan Cari Makan kat Kuantan lagi lepas ni!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Insyaallah nak pergi lagi Kuantan... sikit² lah kami explore bandarnya.

      Delete
  5. Kalau dah penat memang tak larat dah nak jalan-jalan. Kita hanya merancang, jadinya belum tentu. hihi..jadilah kan singgah kejap tidur kat sini untuk berehat. Bestnya kalau pagi-pagi dapat makan nasi lemak sedap. Sesekalilah nak breakfast cereal alang-alang ada depan mata.
    Tak ada rezeki nak jumpa mereka. Next time mungkin. Tudiaa penuh barang-barangnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau ikut tak buat apa pun sepanjang jalan, dok dalam kereta singgah makan². Tapi bila sampai Kuantan entah mengapa malas betul nak jalan².

      Delete
  6. Sy pun kalau dah check in hotel, malas dah nak keluar. Sbb tu selalu makan/tapau siap² food.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haaa.. lagi senang gitu sediakan makanan siap².
      Dah nampak katil rasa nak landing je.

      Delete