Pages

Friday, August 21, 2026

Friyay!!!

Jumaat hari ibu sarapan berat sesekali.
Hari ini pilih nasi lemak + ayam goreng + telur mata.
Harga set ni RM7
Telur rebus 1/2 tu memang standard untuk nasi lemak biasa. Ada sesetengah tempat bila kita add on lauk, telur rebus tak ada pula.

Moccona kosong 1/2 mug je... cukuplah untuk panaskan perut pagi-pagi.

Pagi makan berat, jadi tengahari tak perlu makan. Rehat 1 jam 1/2, boleh lah tidur lama sikit😎  . Semalam officemate ajak makan kat luar hari ni tapi seperti biasa terpaksa menolak. Waktu rehat pada ibu adalah masa untuk berehat je... duduk diam-diam dalam ofis.

26 comments:

  1. Berat kita minggu nin x turun x naik..ntah apesal pi beli nasi lemak plak pagi ni....ehhhh...lantak la aih..makan je..sama menu kita kak..nak pi buat kopi jap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Relax² je SA... stress² sangat takut menambah berat pulak nanti. Boleh tu turun lagi kalau nengok trend sebelum ni.

      Delete
  2. kalau hari jumaat, ok nk jalan2.. kalau hari biasa.. rehat sejam aje.. owh tidakkk

    ReplyDelete
  3. Murah tu 7 ringgit jer...makan pagi berat siap2 tengahari x yah fikir dah...tapi mata pulak berat...

    ReplyDelete
  4. time keje dlu jumaat la kuar jauh skit sbb lunch break lama 12.30-2.30...kalo ari biasa kdg2 je kuar...kalo tk tido kt surau

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... lagi lama.. patutlah banyak xtvt makan tempat² lain hari Jumaat.

      Delete
  5. seronok kan rehat waktu jumaat, dapat masa tambahan sementara yang lelaki pergi solat jumaat hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul²... masa tambahan yang semua orang suka😆

      Delete
  6. Sarapan nasi lemak ayam goreng RM7 memang berbaloi dan padu! Paling suka bila telur rebus tetap ada

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul².... kalau tau tempat yang tak bagi kita minta dia bungkus nasi lemak biasa. Lepastu minta bungkus lauk asing. Mungkin itu caranya.

      Delete
  7. Sedap dah tu sarapan meriah. Moccona kosong buh ice la kalau Cie tu 😁

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ye lah.. Cie kan tak minum ayaq panas pagi. Moccona tu no 5. Just nice. Lenkali try no 10 plak.

      Delete
  8. Kira okaylah tu harganya kan. Betul, kadang kita pilih lauk, relur rebus dia auto hilang. hihi...
    Makan nasi lemak pagi boleh buat mengantuk juga tu kan. Tidur lama sikit recharge energy. Hari Jumaat dapatlah rehat lama sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Punca juga tu Fizah😅 tapi kat ofis kadang tak sempat mengantuk.
      Jumaat rehat lama... balik sharp²🫣 esoknya weekend hoyayyyy

      Delete
  9. menarik gak idea tu. pagi makan berat, tengahari tidooo

    ReplyDelete
  10. Masa rehat kalau digunakan betul2, tidur berkualiti tanpa gangguan memang boleh kembalikan tenaga.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul kak.. kadang 15 minit nap pun dah cukup.

      Delete
  11. Wahhh RM7 untuk set nasi lemak tu murah pada KSarie. Ayamnya pun nampak gebu gebas. Sekarang ni kalau officemates ajak keluar waktu rehat hari Jumaat malasnya lahai nak ikut sebab nak tidur atau melopong-lopong je dekat ofis tuh ha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ayam thigh potongan biasa kita makan kat kedai makan. Kalau ikut biasanya harga ayam gitu RM5.
      Dak-dak muda memang suka keluar rehat.. kita ni dah remaja purba nak rehat-rehat je.. mungkin sesekali boleh lah.

      Delete
  12. Samaaa kita kak. Saya pun dulu zaman kerja, waktu rehat memang tak pernah kluar. Panas, JD better nap sejenak. Makan siang biasanya saya sambil mengerjakan pekerjaan. JD pas istirahat benar2 bisa rest

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaann.. bila dah panas masuk office dah rasa tak selesa nak kerja. Rasa berpeluh je walhal duduk dalam air-cond.

      Delete