Pages

Friday, August 7, 2026

Makan Malam Di Hock Kee Kopitiam

Cerita hari Ahad. 
Seharian di rumah lemau betul walau pagi ibu dan Kak Widad keluar briskwalk. Petang ibu kumpulkan daun kelapa kering dan bakar. Lepastu macam tak ada apa nak buat. Tak larat nengok Netflix. Bila ayah cakap lakinkali nak ajak minum, teruslah ibu ajak keluar lepas Maghrib. 

Pilih antara Kolumpo Kopitiam atau Hock Kee Kopitiam. Ibu ajak ke Hock Kee sebab menu banyak.

Order sikit² je... kongsi, sebab malam semua tak makan banyak.

Hor Ka Sai (kopi + milo) & Teh C.

Campuran kopi & milo tak membuatkan ibu tak boleh tidur malam. Setakat ni lulus.

Sunshine Egg Tart

Ni Kak Widad suka sangat... katanya kalau ada Wafi dan Bami mesti diorang suka. Tiga² beradik memang kalah dengan egg tart, pantang jumpa mesti nak beli.

Kaya Butter Toast

Sedap bila butter tebal dan sejuk dikapit roti panas.

Hock Kee Signature Laksa

Ada kepingan ikan, carikan isi ayam , hirisan fish cake, tauhu lampung dan isi kepah (kalau tak silap).

Rasa macam kari laksa. Ibu pilih mi laksa & koayteow. Lainkali kalau nak makan lagi ambil je mi laksa sebab koayteow ni menyerap kuah. Kuah dah lah sedap, bila nak hirup tinggal sikit.

Harga makanan dan minuman.

Lepas makan baliklah terus sebb esoknya Isnin, minggu bermula monthly closing.
 

21 comments:

  1. Jarang orang makan kuewtiow dengan kuah kari

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehhh.. betullah.. akak pun tak terfikir.. biasa kuayteow sup atau tomyam. Masa scan tu kita boleh pilih minimum 2 jenis mee dari 4. Lagi 2 mee kuning dan bihun.

      Delete
  2. Tiga beradik yang suka egg tart tu tambah lagi saya stranglehold, jadi empat semuanya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh buat persatuan peminat egg tartπŸ˜…

      Delete
  3. Signature laksa nampak sedap..ok next bole try.. kolumpo kopitiam slalu gak pegi tp tu la memanjang full

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo famous juga eh Kolumpo Kopitiam... yang kat area rumah tiap kali lalu takde lah ramai sangat, lainkali nak try lah. Satu lagi agaknya KK tu bercat hitam banding HKK warna putih. Mainkan peranan juga nak tarik pengunjung.

      Delete
  4. Comel je nama Hor Ka Sai tu. Kalau semua suka egg tart tak boleh kongsi gitu, kena sorang satu kalau ada tiga-tiga. Sedap roti bakar letak butter tebal gitu. Tak best kalau jenis mi menyerap kuah kan. Kuah dia pekat, rencah pun banyak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ritu pergi lagi tapau egg tart 3, tak cukup pulak. Memang kena beli lebih lainkali.

      Delete
  5. Kopi+Milo menarik.. Dkt aeon shah alam ada outlet br buka tp xsempat try sbb dh bersara hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena ada geng makan baru syiok.. nampak gaya kena buat appointmentlah dengan BFF.

      Delete
  6. dulu waled Pia suka minum neslo=nescafe+milo..
    roti bakar kaya+butter tu kalau di kedai sedap sangat walaupun dah sejuk,tapi bila buat di rumah tak jadi,bila sejuk roti jadi liat dah tak rangup..diaorang guna roti apa la agaknya ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Agaknya kena makan terus.. satu lagi tekstur roti dia bukan jenis padat macam gardenia. Mungkin style roti dulu² yang ringan.

      Delete
  7. Suka la menu2 kopitiam gini. Nampak menyelerakan semua menu tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Banyak lagi menu yang kami belum cuba Cie. Nantilah pelan² rasa yang lain. Kadang dah suka yang satu, itu je lah yang diorder.

      Delete
  8. makanan kat kopitiam camni selalunya sedap!
    saya pun hantu eggtart juga. kalau jumpa kat kedai roti, mesti nak beli

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ramai peminat rupanya.
      Setakat ni akak rasa eggtart paling senang nak jumpa kat Harolds & Bakers Cottage.
      Bila sebut teringin lah pulak hehe

      Delete
  9. kalau anak ammi, Khilfi je layan egg tart. Kyra kata rasa mcm makan telur mentah hahahha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha... adoii.. janganlah.. nanti acik teringat²πŸ˜…

      Delete
  10. Kalau banyak menu bagus juga kan, ada banyak pilihan. Tp skr nih, saya lebih suka sarapan di kedai mamak drpd Kopitiam πŸ˜„. Ntahlaah, mungkin Krn di Indonesia ada banyak juga Kopitiam. Tp kedai mamak tak ada hahahah . JD lebih rindu kedai mamak lah πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nak cari roti canai tak boleh masuk kopitiam, ada roti bakar sahaja 😁

      Delete