Pages

Saturday, August 15, 2026

Makan Malam Di Hock Kee Kopitiam Lagi

Jumaat minggu lepas Kak Widad ajak makan western, katanya nak reward diri sebab tolong nenek buat lemper. Halah².. buat lemper je bukan menukang pun. Bengkek (sakit belakang)  katanya 😌.

Balik kerja ibu terus pickup Kak Widad.

Bila ditanya makan kat mana?
Hock Kee.... laaa kata nak western.
Situ ada aglio olia lepas tu teringin juga koay teow goreng. Ritu dah tengok menu.

Jadinya order dua menu yang Kak Widad teringin dan makan share.

Nak juga Kaya Butter Toast.

Hor Ka Sai lagi.
Sebab dah suka itu je lah yang ibu order.

Koayteow goreng.
Sampai je dah terbau rasa smokey.
Ada hirisan fish cake dan taugeh. Udang besar dan fresh. Nampak Kak Widad berselera makan.

Seafood Mushroom Aglio Olio kat sini ibu suka sebab ia tak kering. Ada macam kuah sikit. Cendawan ada dua jenis iaitu shitaki dan shimeji. Seafood pula udang, sotong dan isi kepah yang segar².

Aglio ada rasa sedikit pedas dan taburan bawang putih beri rasa aroma.

Setakat ni, aglio olio paling sedap ibu makan. Ibu boleh compare sebab biasanya Kak Widad akan order aglio olio bila ada menu ini dan ibu cicip sedikit. Kadang  tak teringin pun sebab nampak terlalu plain.

Disebabkan Kawi tak makan udang, puaslah ibu makan udang-udang tu semua 💃💃

Terima kasih Kak Widad tolong nenek buat lemper. Lepastu hantar pulak kat rumah kawan nenek yang order.

Sementara start intern bulan depan, Kak Widad dok masak untuk ibu ayah tiap² hari. Tapi ada hari ibu beli makanan bagi Kak Widad rest.

Kak Widad minta bungkuskan egg tart... jadi ibu ambil original 2 dan satu lagi taro/keladi. Kalau taro² ni bertambah suka lah anak². Eggtart original satu untuk ibu.

Lorrrr.....penyek dah krim taro tu kena penutup kotak.

Ibu rasa sepotong sikit eggtart taro.
Ingatkan penuhlah taro tu, rupanya bahagian bawah dan topping je, filling tengah still telur.

Tapi curious juga.. tang mana rasa taro nya🤔🤔

Pergi dapur semula, satu eggtart original dah gone, rupanya ayah ambil. Ok lah, simpan satu lagi dalam peti sejuk dulu ingat nak makan esok pagi. Sekali buka fridge... aikkk lesap juga. Rupanya Bami makan.

Adehhhh... ingat orang diet tak nak makan, rupanya tergoda juga🤭🤭🤭. Haa makan je lah.. lenkali ibu beli lagi.

Harga makanan dan minuman.

Bagi pemegang kad Maybank boleh dapatkan diskaun promosi sebanyak 8%.
 

6 comments:

  1. hehe Bami tak tahan dengan godaan tart telur..bukan Bami je sini 1 rumah peminat tart telur..yang konon nak diet bila tengok ada tart telur pun tiba2 boleh lupa bab diet

    ReplyDelete
  2. Kaya butter toast jugak menambat mata. Ehh egg tart pun sedapnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Biasa masuk kopitiam mesti memanggil² butter toast dia😆

      Delete
  3. Aik bila pulak saya kidnap egg tart tu ..AYAH

    ReplyDelete