Pages

Tuesday, August 25, 2026

Makan² Masa Lawat Wafi

2 hari sebelum kami ke Kedah, Wafi ada senaraikan makanan yang dia nak juga kudap²an dalam dorm. Kudap²an ibu dah beli siap² petang Jumaat sebelum bertolak.

Jadi sebelum jumpa Wafi kami beli makanan dia kat Amanjaya Mall dan Tapak Pasar Taman Ria.

Kak Widad lapar sebab tak ambil breakfast rumah makngah. Dia makan 2 ketul sushi bagi kat ibu satu.
Lepas belikan Wafi Spagheti Carbonara di Pasta Port singgah beli Zus Matcha Latte.

Kemudian terus ke arah sekolah Wafi singgah Tapak Pasar Taman Ria. Kak Widad kata nak tengok² makanan viral apa yang dijual.

Kuih Cara Crispy.
5 pasang RM6
Tak sempat rasa pun, budak² berdua ni cakap sedap. Wafi kata dah lama teringin.

Yang ini Kuih Cara Berlauk Crispy.

Tauhu Crispy pun beli tapi yang kat Sungai Rasah lagi sedap. Selain diberi sambal kicap, tauhu tu pun boleh minta salut dengan serbuk seperti paprika, cheese, BBQ dsb.

Ibu belikan kambing panggang RM12, nak makan dengan nasi lemak yang makngah belikan. Budak² ni makan cam tu je.

Spagheti Carbonara ayam. Masa beli panas² lagi... ni dah sejuk sikit tapi sedaplah lagi.

Sea Salt Cheesecake ni tak mencapai standard Kak Widad. Viral juga katanya. Patut kaler biru tapi tak tau ngape jadi hijau dalam gambar.

Beli kat sini.
Masa kami sampai ramai juga pelanggannya. Ada yang sedang menunggu soft cookies.

Churros ni beli kat Taman Ria juga. Wafi kata untuk minum petang. Ibu belikan juga untuk Najlaa.

Complete request dia sampai dinner. Untuk dinner Wafi soh beli apa² tapi tak nak nasi². Ibu belikan Ramen Spicy Chicken. 

Malam dia bagitau ramen tu pedas betul. Tak boleh habis, dia share dengan kawan.

20 comments:

  1. Makanan anak-anak sekarang ya, kak. Taman Ria tu, bukan dekat Sungai Petani ke? Dulu zaman saya sekolah Aloq Setaq, selalu juga pi SP, sebab melawat kakak sulung saya waktu itu, sekolah sultan mohamad jiwa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haa betul lah tu, SP 😁. Wahhh kakak alumni senior tu.

      Delete
  2. Siapa Najlaa? Sama pulak macam nama anak bertuah saya yang seorang tue.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. nama sama..
      Najlaa batchmate dia... kebetulan duduk area rumah. Mak dia ada kirim nota rujukan. Tu yang belikan sekali makanan.

      Delete
  3. Taman Ria rasanya macam taman pakcik Linda, tak pernah sampai lagi..sebab selalu pakcik ja balik kampung.. hihi..
    Yang sea salt cheese cake tu, mula² Linda ingatkan bingka pandan.. hahahah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Taman tengah bandar tu.
      Haaa.. ye lah... hijau macam bingka pandan.

      Delete
  4. Banyaknya makanan macam2 jenis ada tu.

    ReplyDelete
  5. Bahaya betul sampai sini pada waktu yang salah. Lagi scroll lagi telan air liur dibuatnya. Tauhu crispy tu trending sekarang. Belum sempat membeli lagi.

    ReplyDelete
  6. banyak betul list wafi ye..dari kudapan sampai ke dinner lengkap hehe
    sekali sekala ibu datang kan

    ReplyDelete
  7. Sedap-sedap pilihan menunya. Suka tengok kambing panggang tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Masa buka kotak terkejut gak napa kaler dia tak hitam. Sekali rasa semua bagi cap jempol😆

      Delete
  8. Wahhhhh menggoda semua makanannya lagi-lagi daging bakar

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak berempah sangat tu yang macam agak premium rasanya.

      Delete
  9. Saya yg lihat ikut lapar 😍😍😍. Kue Cara crispy tuh nampak sedap sangat 😍. Dah lamaaa tak makan kue ini.

    Ramen spicy jadi penasaran nak coba. Kalau pedas sangat, memang saya suka pasti 😄

    ReplyDelete