Pages

Saturday, August 29, 2026

Makanan Rare

Sebelum sampai rumah kami singgah Pasaraya Hero, Puncak Alam. Nak beli bahan dapur sikit. Masa nak parking kereta, nampak banner yang menarik perhatian kami.

Gerai yang sama keluarkan 3 menu berbeza.
Menunya agak rare sebab tak pernah jumpa dan makan.

Ice/Es Teler Ubi Ungu

Dalam campuran ini ada 

  • ubi ungu yang direbus dan diblend. 
  • Sagu merah
  • Ais
  • Susu full cream
  • Cream
  • Parutan cheese
Rasanya sejuk berlemak dari ubi ungu dan tidak manis. Ada rasa leletup dalam tu. Cream yang diguna, peniaga kata buat sendiri.

Sembang dengan peniaga katanya dia belajar sendiri  cara buat 3 menu sebelum jual. Suaminya bila bercakap dialek orang Pantai Timur.

Pisang ijo atau Es Pisang Ijo ialah makanan pencuci mulut tradisional dari Makassar, Sulawesi Selatan, Indonesia.

Ia terdiri daripada:

🍌 Pisang yang dibalut dengan adunan tepung berwarna hijau.

πŸ₯£ Dihidangkan bersama bubur sumsum atau kuah santan yang manis.

🍧 Biasanya ditambah ais kisar, sirap merah dan susu pekat/manis.

Rasanya manis, berlemak dan sejuk, dengan tekstur pisang yang lembut serta balutan hijau yang kenyal.

Nama pisang ijo bermaksud “pisang hijau” dalam bahasa Indonesia.

Yang ibu beli tu ada ketulan ais, bubur sumsum, sagu merah, pulut hijau, pisang berangan dibalut tepung, jagung manis, sirap, susu pekat, susu cair, sirap dan gula melaka. Makan sejuk-sejuk.

Cilok ialah makanan ringan tradisional dari  Barat, Indonesia. Ia dibuat daripada tepung tapioka (kanji) yang dicampur dengan tepung, bawang putih dan perasa, kemudian dibentuk bulat dan direbus atau dikukus.

Teksturnya kenyal dan lembut, hampir seperti bebola kanji. Cilok biasanya dimakan bersama sos kacang, sambal, kicap manis atau sos cili.

Nama “cilok” dipercayai berasal daripada perkataan Sunda aci dicolok — aci bermaksud tepung kanji dan dicolok bermaksud dicucuk.

Yang ibu ambil cilok pedas... takde lah pedas sangat sebab ibu minta bubuh sedikit sahaja sambal. Kuah utamanya sos kacang. Ada cilok dan tauhu di dalamnya.

Makanan² ni menarik untuk dicuba. Nak makan di tempat asalnya entah bilaπŸ˜…

 

18 comments:

  1. menu dr indonesia...masa p jakarta aritu ada juga baca org soh try pisang ijo tu tp tk kesempatan..air ubi ungu menarik ..pernh minum air ungu keladi yg dkt boat noodle

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo kat boat noodle pun ada air keladi ungu.. sedap rupanya air keladi.. anak² akak suka tapi akak tak minum sebelum ni.

      Delete
    2. Terer Taro namanya kalo nk try kt boat noodle tp tkde la parutan cheese tu

      Delete
  2. Wahhhhh menarik semua menunya lagi-lagi es teler ubi ungu. Teringin hendak cuba makanan nama 'cilok' itu. Nampak sedap betul.

    ReplyDelete
  3. Lain dari yg lain menunya Kak. Paling menarik es pisang ijo tu. Seruuuuuu bak kata Fanny :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bannernya menarik perhatian.. tu yang teringin cuba.

      Delete
  4. Macam2 menu ada sekarang. Kita pulak teringin juga nak mencuba kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sesekali tukar selera. Kalau kena dengan tekak boleh lah beli lagi.

      Delete
  5. Yang es pisang ijo tu yang buat terliur

    ReplyDelete
  6. Waaah jadi nak merasa pisang ijo nya ... Sebab saya sukaaa sangat pisang ijo, tp kadang ketemu seller yg pakai pisang tak manis. . tp kalau ketemu yg sedap berlemak memang mantap lah.

    Kalau cilok saya sukaaa, tp kalau bisa yg ada isi dalamnya. Biasanya isi jando, atau keju atau daging. Siram kuah kacang 🀀🀀

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni seller guna pisang berangan.. manis berlemak. Itu yang sekali makan terus suka.
      Oo patutlah haritu makan macam ada isi ciloknya. Tapi tak sure apa. Langsung kakak google.. jando rupanya lemak lembu.

      Delete
  7. Tak pernah jumpa tapi pernah tertengok orang share la...manis erk..ok SA cut sugar...

    ReplyDelete
    Replies
    1. This comment has been removed by the author.

      Delete
    2. Es teler ubi ungu tu tak manis cuma berlemak.
      Yang pisang ijo tu manis dia sedang² je sebab dah bubuh ais.

      Delete
  8. Macam trending pula makanan dan minuman berasaskan taro ni. Cilok pernah viral sebelum ni. Tapi tak pernah jumpa orang jual lagi. Tak dapatlah nak merasa. Pisang Ijo ni macam baru-baru lagi. Pun tak pernah rasa lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oo cilok tu pernah viral. Tapi bagus juga jual makanan begitu.. lebih mengenyangkan.

      Delete