Semalam bertolak dari rumah lepas Maghrib. Ibu ambil kesempatan tidur dulu bilamana malam sebelum tu jam 4 pagi baru boleh tidur. Bila ada hal kerja atau keluarga yang menggusarkan akan memberi kesan pada kualiti hidup. Memanglah orang cakap, keluar pintu ofis tinggalkan hal berkaitan kerja. Ada kala sukar😫. Jumaat lunch hour ingat nak tidur pun tak dapat sebab ada nak submit report. Lena betullah ibu tidur.. dari Rawang sampai Bukit Gantang. Adalah sesekali terjaga bertanyakan lokasi.
Dari Bukit Gantang ke Kulim ibu takes turn. Tukar kasut dulu, perjalanan jauh lebih selesa berkasut.
Ibu share megi celup ayam dengan Kak Widad. Kuah last² agaknya, tu yang rasa masin. Ayah makan mee kari. Tak sempat rasa pun habis ayah makan. Sedap dan lapar lah tu.
Dari Bukit Gantang ke Kulim ibu takes turn. Tukar kasut dulu, perjalanan jauh lebih selesa berkasut.
Bila drive malam memang berkawan dengan lori, bas, treler dan kontena. Memanglah kenderaan besar ni ikut had kelajuan, kita ni yang berkereta comel bila memotong rasa nak melayang 🤭 Dengan pandangan yang terhad di waktu malam.
Alhamdulillah.. jam 1.50 am sampai malam tadi.
Balik kampung sebab esok ayah nak bawa tokwan ambil darah di hospital. Jadi ibu dan Kawi ambillah kesempatan visit Wafi tengahari ni.



Alhamdulillah..selamat sampai... Lena ya ibu tidur.. hihi...
ReplyDeleteLinda setakat ni, memang husband masih kuat..hahaha.. dia je yang akan drive sepanjang perjalanan...
Akak lately je drive bila masing² dah berumur😅. Sian pulak kat asben tapi bila akak ganti dia tak tidur pun. Layan HP.
DeleteLepas ni, takde dah kot jalan jauh².. kecuali p berjalan.. sebab kampung memasing dah dekat..dalam sejam gitu..rumah kami dekat tengah².. hihihi
DeleteHaa la... balik kampung dua² balik hari pun boleh.
DeleteAlhamdulillah slamat smp destinasi awal pagi
ReplyDeleteAlhamdulillah.. selamat semuanya.
DeleteLama dah takde perjalanan larut malam ni. Alhamdulillah selamat sampai destinasi.
ReplyDeleteAlhamdulillah.. selamat semuanya.
DeleteKena jalan jauh sket Cie kalau nak merasai😅
Kuat mata akak boleh drive malam-malam. Alhamdulillah, selamat sampai. Kalau saya, malam memang hanyut.
ReplyDeleteInsyaallah boleh tapi sebelum tu kena rehat secukupnya.
Deletesekali sekala best jugak perjalanan larut malam ni. takde kereta sangat. tapi lori besar gedabak jela banyak
ReplyDeleteSesekali terpaksa juga... lori² tu agak menggerunkan walapun depa tak potong kita.
DeleteSy surrender drive malam Kak, silau bangat :(
ReplyDeleteSyok la dak comel tu ibu & kawi melawat dia.
Kena pakai spec anti silau baru ok.
DeleteSenyum je lah dia bila ibu sampai.
Bissanya begitulah, kuah last2 memang lebih rasa masinnya.
ReplyDeleteJenis ceduk je ni takde dah diorang nak rasa.
DeleteSeronoknya travel malam.. selalu SA akan travel 4am kalau balik JB...awal pagi amik anak bujang tu...by tengahari kami berdua balik ke Seremban semula..sejak PZ x berapa nak sihat ni x berani tinggalkan dia semalaman..dia kan selalu sakit perut...
ReplyDeleteKalau travel naik pengangkutan awam lagi akak suka. Ni berkereta nak kena tengok-tengok juga driver kalau kita duduk sebelah huhu..
DeleteKalau ikut jauh juga kan JB tu. Dari Tangkak nak ke JB je dah berapa jam walau dalam negeri sama.
Kena tengok-tengok juga PZ kan..
Paham sangat rasa penat tu. Bila kepala serabut dengan hal kerja, tidur memang jawapan terbaik
ReplyDeleteKadang tidur pun boleh termimpi-mimpi huhu
DeleteAlhamdulillah smooth journey dan selamat sampai. Nampak sedap makanan di RR Bukit Gantang tu.
ReplyDeleteSetakat ni kami takde masalah makan kat RnR... banyak yang sedap ikut tekak kami.
DeleteAlhamdulillah yg penting dan keutamaan keselematan dan selamat sampai ke destinasi..
ReplyDeleteAlhamdulillah.. perjalanan pergi dan balik semua smooth.
DeleteSusaaaah sangat meninggalkan urusan kantor saat balik rumah. Apalagi kalau pekerjaan yg ada kaitan dengan customers langsung.
ReplyDeleteDah lamaaa saya tak road trip malam. Trakhir pas ke sumatera itulah. Memang seram kalau jalan malam, Krn bus dan truck. Sebisa mungkin kalau jalan, pasti minta suami pagi atau saat terang saja. Kecuali kalau lewat tol yaa. Aman sikit.
Kadang tak dapat dielakkan tu yang kami kena drive malam.
DeleteDah lama tak balik kampung (alor setar) kedah sejak dah tak berapa nak ada sesiapa ni. Kemalasan yang terlampau
ReplyDeleteJadi begitu lah kan bila orang tua atau sedara mara dah tak ada.. kadang sedara yang ada tu pun dah jauh.
DeleteBetul sangat. Kalau ada hal yang merunsingkan tu pasti akan buat kita fikir dan rasa risau je. Perjalanan malam ni lebih kena berhati-hati sebab kenderaan besar banyak. Mujurlah ada 3 orang driver boleh bertukar-tukar shift.
ReplyDeleteKami tak berani minta Kawi drive malam. Tapi siang masa balik memang dia drive dari Kulim sampai Klang. Lagipun Ahad kurang sangat kenderaan besar.
Delete