Pages

Thursday, August 20, 2026

Sayu

Jumpa gambar ni dalam draft 2023... tak terpublish sebab asal nak tulis hati bagai dihiris².

Kali pertama Wafi nak balik rumah setelah sebulan lebih di asrama. Cuti sempena Aidil Adha. Masa tu pertama kali belajar naik bas dan tiket ETS pula dah habis. Pakcik driver hantar naik van ke stesen bas. Wafi naik bas bersama Aisyah. 3 bulan je Aisyah mampu bertahan. Iqmal pun ada sekali. 3 orang dari Selangor masuk 3rd intake. F4 ni Iqmal sama kelas.

Sayu sangat bila tengok gambar ni.
Masa ni kami bawa Wafi outing. Setiap kali jumpa pasti sugul, merayu² untuk quit.

Alhamdulillah.. sekarang masih terus bertahan.

Bila tengok gambar ni macam tak jadi nak gaduh😅
 

20 comments:

  1. Heheheheh....biasa la tu kak..dia lom adapt lagi masa tu..sekarang dah ok kan...insyaallah dia kekal kat sana sampai habis form 5...practice makes perfect nanti2 masuk U dah xde rasa x biasa atau homesick kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Akak nak soh dia apply Uitm Puncak Alam je hehe.. paling dekat harap ada course yang sesuai.

      Delete
  2. fuhh...struggle eh...
    terus teringat diri sendiri masuk asrama.. hepi je.. hahaha..
    cuma masa naik f4 tu jelah...ada drama sikit

    ReplyDelete
    Replies
    1. Struggle gilerr🤭🤭
      Akak masuk asrama F4 best... takyah jaga adik²😅

      Delete
  3. bila anak berjauhan dok asrama mmg sayu..tu psl saya anak sorang lps 18thn br melepaskan tu pn sayu tkleh nk kata walaupun dlm selangor (PJ) tp ayahnya mmg apply utk anaknya MRSM & SBP tp maknya berdoa supaya permohonan tkdpt..lega doa termakbul so anak sekolah dekat ngan umah :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Walaupun dekat tapi still sayu ya tinggalkan Tisya.
      Wafi awal² dulu dia pertikaikan kenapa dia kena masuk asrama F1 padahal abang kakak umur 18 baru duduk luar.

      Delete
  4. Awal2 masuk asrama gitulah. Lama2 baru pandai sesuaikan diri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada suatu masa ayah pun nak pull out dia😆

      Delete
  5. Awal-awal lagi tak biasa berjauhan begitulah kan. Hihi..confirm dah ni ibu tak jadi gaduh. Wafi boleh bertenang balik nanti.

    ReplyDelete
  6. Nmpknya mcm tak jd lh ibu nk tarik telinga marah2 wafi kes card bank hilang n jumpa balik tuuu 🤭🤭🫣😬

    ReplyDelete
  7. wafi memang power. masuk asrama since F1 lagi.. dia berdikari paling awallah kiranya. habis asrama nanti kena pergi U pulak

    ReplyDelete
    Replies
    1. Anak no 3 ni manjah dia lain macam... jadi ibu cepat² decide masukkan dia ke asrama. Namun tetaplah dia menang kalau abang kakak mengacau.

      Delete
  8. Memulakan seduatu memang agak sukar, tapi perlahan-lahan menjadi lebih mudah. Tahniah Wafi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah.. dapat diharungi walau banyak cabarannya huhu

      Delete
  9. Kadang-kadang ambil masa untuk beradaptasi. Bila dah jumpa rentak da, in sya Allah akan lebih molek keadaannya

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. lagi-lagi dapat kawan yang serasi.

      Delete
  10. Duluuuu saya malah semangat ketika ada kesempatan jauh dari rumah. Mungkin sebab saya dah jenuh, apalagi papa mendidik kami dah macam militer 😂. Jadi memang saat SMU (high school) saya bisa pindah ke Medan, lalu bisa ke Penang pula, memang happy sangat.

    Tak tahulah kalau nanti anak saya sekolah jauh 😅.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Diri sendiri memang boleh tapi bila sampai kat anak, kita yang terlebih risau.

      Delete