Ini lah bahayanya pengaruh rakan blogger... ehh.. bukan diorang pengaruhi ibu, tapi ibu sejenis senang teracun😅
Elok petainya.... bercampur mata besar dan kecil. Boleh dikatakan hampir takde "orang" dalam tu. Adalah sebiji dua, mungkin ada lagi sebab tak siang habis. Ibu belah² dulu mata yang besar.
Bodibreze dari blog Suria Amanda. Ibu beli kombo 3 item.
Ni ambil gambar kat ofis, perfume dia lama habis. 2 ketoii ni tak habis lagi sebab saiz agak besar.
Kalau 7E dutanya Roziah@Cie, Ramly Burger dutanya Puan Hazel. Kadang tau RB keluarkan new product pun dari blog beliau.
Lepas beli Ayam Gepuk Artisan, masuk sekejap Kedai Ramly Burger. Kalau semata² pergi kedai RB ni memang tak lah sebab banyak lagi kedai yang one stop centre. Dulu sebelahnya ada cafe Ramly Burger tapi dah tutup dah. Mungkin tak boleh sustain sebab area situ dulu tak meriah. Bila ada restoren mamak baru lah nampak bernyawa.
Teringin cuba karipap sardin dan daging. Wafi suka karipap sardin. Cheese cake ada beberapa flavour, ibu ambil lemon dan tiramisu.
Squiggles Matcha Midori ni tau pun dari blog PH.. belilah seketoi masa belikan Wafi roti ikan bilis Gardenia. Lepas tu kan.... ibu lupa letak mana, mungkin termasuk dalam luggage Wafi juga huhu...
Nengok Mulan buat kimchi untuk probiotik, ibu beli lah yang dah siap ni kat Urban Fresh. Buy one free one, RM10.90
Tengok² juga kot ada Radish Kimchi yang macam Maryam DurianKimchi buat, tapi tak jumpa pula.
Tak adalah ibu nak buat kimchi sendiri, yang makannya sorang. Beli je bila jumpa yang menarik. 2 hari setel. Satu makan macam tu je, satu lagi makan dengan mi segera Chef, Wagyu Boat Noodle.
Bekas isi beras ni dari blog Linda yang belikan hadiah kahwin untuk cousin (kalau tak silap). Sebab beli pun dah lama, lepas Linda post entry tu.
Beli 2, satu untuk beras Basmathi, satu lagi untuk beras biasa. Beras biasa dah habis tapi ibu taknak topup sebab nak habiskan beras basmathi dulu. Kat rumah pun dah tak ramai nak makan nasi, takut naik kutu beras tu nanti.
Bekas keropok ni beli sebab nengok influencer dari negara jiran. Nampak menarik sebab transparent. Beli yang 18L paling besar. Boleh masuk keropok yang sebungkus dalam 200-250g. Senang sekali goreng boleh masuk semua. Setakat ni kedap udara cuma yang tak bestnya kadang getah putih kat keliling penutup tu terbuka. Boleh je lah pasang semula cuma geram pulak rasanya.







Mudah terpengaruh betul ni. hihihi...Jadi makin mudah kita nak membeli itu ini online je. Elok petainya. Mujurlah banyak elok daripada ada penghuni tu. Yee saya pun malas nak buat kimchi sebab makannya sorang je. Baik beli je senang.
ReplyDeleteSekarang ni saya pulak macam nak terpengaruh dengan bekas keropok besar tu. Aesthetic betul!
Iman setipis kertas hahahha.. mujur yang dibeli tu semua dimanfaatkan.
DeleteBekas tu transparent dan besar baru puas hati nenok isi nya 😁
Kalau untuk keperluan dan ada manfaat tu takpe terpengaruh beli. hihi...Ala ala janganlah racun kita pulak :p
DeleteItulah, saya pun seringkali tergoda beli juga yg teman2 pakai atau rekomen 😄. Tapi tak apalah, anggab saja kita bantu usaha orang2 jualan 🤣.
ReplyDeleteLagi nak cari toples utk tempat kerupuk juga , yg besar. Yg ada skr, tak terlalu besar. Jadi kalau goreng kerupuk tak bisa banyak2
Haa betul... meningkatkan ekonomi negara juga 😅
DeleteBeli lah toples besar tu, puas hati boleh isi banyak cuma yang leceh bila getah tu terbuka. Tapi baca review takde pun yang masalah gitu, mungkin akak punya je.
Haha.. memang mudah terpengaruh dengan kawan-kawan blogger. Saya pun sama. Memang elok tengok petai beli di TT tu. Eh, squiggles match tu saya tak pernah jumpa. Kena cari ke, camana ni... 😁 saya musykil camana rasa kimchi. Memang tahu ia berkhasiat sebab probiotik, tapi tak cukup kerajinan untuk buat sendiri. Jadi, kita makan probiotik lain la, iaitu budu. Huhu...
ReplyDeletekihkih.. kena cari sebab FOMO😆
DeleteKimchi ada rasa masam dan pedas sikit. Beli je pack kecik kalau nak rasa.
Betullah.. budu pun sumber probiotik semulajadi, baru je baca. Cuma akak tak berapa pandai makan budu. Ada je kat rumah tu sebotol, guna sikit je masa tu kunun nak makan dengan durian, picitkan cili padi dan limau. Nampaknya.. cannot go lah huhu.. tapi kalau masuk dalam nasi kerabu onz je.
*matcha, tertinggal huruf a
ReplyDeleteTak reti makan makanan Korea..tau tengok cerita Korea je...
ReplyDeleteEh eh, ada juga terpengaruh dengan Linda ... Hahaha...
hahaha... sis mudah terpengaruh.
Deletesesekali boleh masuk resto Korea, boleh try.
Nasib baik wak tak termasuk dalam senarai peracun2 berbisa tu.
ReplyDeletekihkih... wak share gambar racun jadi saya tak teracun 😁
DeletePetai.. best ni masak tempoyak. Masuk Mydin tak pulak nampak produk RB yang macam ni.
ReplyDeletehaaa kann... kat pasaraya biasanya nampak nugget, sosej, ayam, daging kisar dan burger RB.
DeleteCie pernah beli petai di Shopee. sekali tu jela jumpa yang murah.
ReplyDeleteAkak rasa memang murah lah beli kat Shopee ni, kalau beli kat pasar RM10 dapatlah 4-5 papan je.
DeleteHahaha sama le dgn akak. So far dah tergoda beli yang perfume tu kat blog SA. Yang kimchi tu cam best nanti nak cuba cari kat shoppee ada jual tak. Selalunya kalau tak jumpa kedai biasa akak cari kat shoppee. Nasib takde tt kalau tak lagi haru
ReplyDeleteBenda rasa manfaat kita teracun takpe kan kak hehe..
DeleteTak pernah lagi saya beli kimchi online, tak terfikir pulak. Boleh cari juga ni.. nak cari radish pulak.
Bahaya kak TT tu hehe.. tapi takpe lah.. sebab ada barang yang murah beli kat TT. Setakat ni saya lebih selesa beli kat Shopee.
Terus dapat title duta RB haha ...
ReplyDeleteMakanan/useful items gini takpe terpengaruh pun Kak, jangan benda merapu je hikhik ...
Sy tak makan pun squiggle matcha tu, husband cakap manis. Jadinya Abang la tukang perabih 😁
kihkih.. tu ler.. sapa soh selalu masuk Ramly Bistro..
DeleteKilang RB kat Batu Muda tu area tempat kerja asben akak tapi dia takde pun balik beli apa-apa kat situ😬 .. ritu tanya tau ke Ramly Bistro, katanya pernah je makan kat situ. Sabo je lah
Tapi kalau nak bawak kami cam jauh pulak nak ke sana. Mesti hari cuti taknak dia gi kawasan ofis.
oo manis eh Squiggle tu.. akak masih tertanya-tanya mana pergi squiggle tu.. tanya Wafi takde dalam beg. Budak-budak kat rumah tak makan, takut cikti bawak lari je.
wah nampak besar petainya. geram tengok
ReplyDeletememang besar UA... puas hati..
Deletetapi ada juga yang kecil, depa campoq
tak kental betul hati seketul ibu ni ye... masa baca bab petai tu dah agak mesti teracun ngan blog sis lin sbb ammi pun mcm tergedik nak mencari petai online tp husband kata "takyah, nanti sy cari kat pasar" hahaha..baiklah.
ReplyDeleteGodaannya kuat sangat hehehe.. sis seorang insan yang lemah🤣🤣🤣
DeleteNanti ammi kira berapa hari baru husband beli petai tu .. kalau ammi beli online, hari ni order esok dapat 😅
Wahhhhh ini memang tidak tahan godaan namanya ye😅Tapi takpe sebab semua barang yang terpengaruh tu ada manfaat semuanya. Bab makanan pun molek bila ada bloggers kongsikan sebab kita baru tau ooo ada produk baru rupanya. Boleh la kita cuba makan sama begitu
ReplyDeleteBetul².. semua bermanfaat. Kawan² blogger kongsikan dan review apa yang bagus atau tidak jadi kita boleh nilaikan.
DeleteWah, memudahkan sungguh bila ada duta. Semuanya boleh dimakan dan digunakan, tak membazir.
ReplyDeleteDuta² camni lah yang kita mau... bagi review jujur🥰
DeleteMcm2 diborong bila dh terpengaruh tu kn
ReplyDeleteTu laaa... mujur semuanya diguna.
Deletealamak saya pun berkenan pula tengok bekas keropok besar tu,patut ibu letak link senang kawan-kawan blogger lain click sama2 teracun hahaha
ReplyDeleteAdehhhh..random je cari kat Shopee ritu.. "bekas isi keropok" nanti keluarkah macam²😆. Cari yang paling banyak jualan.
Delete