Pages

Thursday, August 27, 2026

ZIZO Wafi

Zoom in zoom out cari gambar Wafi dalam FB sekolah. Wafi ada bagitau masa ibu visit yang dia join koir. Tu yang minta bawakan bawal biru tua.

PERTANDINGAN KOIR LAGU PATRIOTIK 

Sempena Bulan Kemanusiaan & Bulan Kemerdekaan

๐ŸŽผ Anjuran: Panitia Pendidikan Muzik

๐Ÿ“… Hari: Rabu

๐Ÿ—“️ Tarikh: 26 Ogos 2026

Wakil rumah Laksamana (Biru).

MAJLIS SAMBUTAN MAULIDUR RASUL SAW 1448H PERINGKAT SEKOLAH

๐Ÿ“… 27 Ogos 2026 (Khamis)

ุงู„ู„ู‡ู… ุตู„ ูˆุณู„ู… ูˆุจุงุฑูƒ ุนู„ู‰ ุณูŠุฏู†ุง ู…ุญู…ุฏ ูˆุนู„ู‰ ุขู„ู‡ ูˆุตุญุจู‡ ุฃุฌู…ุนูŠู† ๐Ÿค

“Sesungguhnya orang yang paling dekat denganku pada hari kiamat ialah orang yang paling banyak berselawat kepadaku.”

Nampak Wafi pegang tumbler.

Semua pelajar terlibat dalam perarakan dan berjalan mengikut rumah masing² sambil berselawat.

Balik dah budak seketoi ni. Hari ni kakak ambil kat stesen KTM. Sampai rumah mengadu penat.

#bunga jadi²an ๐Ÿ˜…

Kakak dah siapkan asam pedas pari kegemaran Wafi sebelum ambil dia.  Balik kerja, ibu tumiskan bayam dan buatkan telur dadar. Tauhu Berlauk dan Popiah Begedil ibu beli kat gerai tepi jalan.

Anggur pun ibu dah frozen kan buat kudap²an Wafi.


Abang Rahimi share gambar berdua dengan Shaheizy Sam. Jumpa kat Decathlon Shah Alam petang tadi.
 

14 comments:

  1. Tajam mata ibu cari anak. Oo dah balik dah ye Wafi. Alhamdulillah selamat sampai rumah. Wafi balik rumah macam-macam makanan favourite ada. Wah Bami jumpa artis lah. Sempat lagi tu bergambar. Peramah Shaheizy Sam ni kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ibu ada instinct๐Ÿ˜†
      Bami kata bila cakap macam kat dalam filem.. memang friendly.

      Delete
  2. Tengok anggur frozen teringat pu;ak kurma frozen.

    ReplyDelete
  3. Pelik tadi apa zizo. Rupanya zoom in zoom out ๐Ÿ˜…

    ReplyDelete
  4. acik pun ikut zizo cari wafi haha
    betul2 menjadi diet Bami ye kak..dah nampak banyak perubahan

    ReplyDelete
  5. Macam terliur pula tengok anggur yang difrozenkan

    ReplyDelete
  6. Tengok anggur frozen tu pun dah ngilu... Memang dah tua la gigi ni.. Hahaha

    ReplyDelete
  7. Sama kayak kak Linda, lihat anggur Frozen, langsung ngiluuuu gigi saya ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ.

    Happy lah nih wafi dah balik. Meriah pasti rumah Kakak, anak2 lengkap

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haah meriah bila tiga² ada tapi bila diajak keluar sorang² ada hal.

      Delete