Pages

Thursday, September 10, 2026

Cari Apa Di Pop Mart?

Kisahnya Ahad 30/8/2026 bawa Wafi berjalan. 
Dia tuntut hadiah sebab ada subjek yang meningkat masa exam dan UD2 baru-baru ni.. ehhh.. tapi yang menjunam takde pulak dia nak highlight 😬😬
Maka ke Pop Mart lah kami tiga beranak. Naik MRT dari Kwasa Sentral ke TRX.


POP MART ialah kedai yang terkenal dengan koleksi mainan seni dan patung karakter comel yang dijual dalam bentuk blind box. Kedai ini menawarkan pelbagai watak popular seperti Molly Dimoo, Skullpanda, Crybaby dan banyak lagi. 

Romantic Fish series



Lama betullah Wafi memilih... ayah dah ke tempat lain, takde nya nunggu budak ni. Jadi ibu lah yang kena stay. Nengok gelagat orang dalam ni.. macam-macam gaya nak meneka blind box.

Twinkle Twinkle series.

Seram tengok harganya.. tapi..... ada yang laaagiii mahal.

Cry Baby X Care Bear series.

The Monster series.

Setiap series akan ada 6 jenis.. jadi pilih lah satu antara Blind Box tu.
Ada yang kira... ada yang goncang kotak.. ada yang pejam mata dan pilih.

Sepasang ni dekat RM600 😳😳

Yang tengah atas tu menyeramkan.

Ada jenis key chain ada yang jenis figurine.

Cry Baby series jenis figurine.
Gamaknya yang putih-putih kat mata tu adalah air mata.

Ni comel tapi Wafi tak minat pulak.


Hacipupu series.
Ni pun pertama kali tau masa Linda blogkan beli untuk Kakak M.

Dimoo World series.

Polar Monster Baby series.

Siapa pencipta karektor ada dinyatakan di situ.

Gamaknya one day budak pun tak kenal Mickey & Minnie mouse.

Hirono series ni nampak hensem 😁

Zootopia series.

Comel gak figurine Royal Molly ni.

Pucky series.

Penat lah ambil gambar.. cukup.. cukup.. 
Wafi pun dok tanya ibu mana yang dia patut beli.
Aihh... bila ibu suggest.. dia kata macam tak comel.

Entah lerr.. definisi comel dia tu agak menyeramkan juga.

Dimoo series.

Ambik.. letak.. ambik letak... pikir lagi
Dekat sejam juga lah kat situ.

Akhirnya....


Tapi.... dapat ke patung yang dihajati?

9 comments:

  1. Benda paling malas nak tunggu diorg pilih barang. Si Kakak tu macam ni la, berejam kalau masuk kedai 😆

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu kalau ada kerusi tepi-tepi tu memang dah duduk dulu kan 😁

      Delete
  2. typo erk..30/9 blom muncul lagi...hehehe...ni kalau Dania x tau la..dia layan lagi ke tak...macam x je..dia lebih pada cosmetics je sekrg..pokai omak eh...

    ReplyDelete
    Replies
    1. kihkih... typo ler tu... taksabar kot nak habiskan bulan September hehe.. baiklah akan dibetulkan 😅
      Kosmetik laagiiii lah seram.. macam-macam tu.
      Tapi demi nak anak jaga penampilan memang pasrah lah.

      Delete
  3. bdk2 skarang mmg suka la pop mart ni..kita bkn tau sgt tp rege bole tahan mahal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bukan level kedai eco dah sekarang ni... ada juga blind box kat situ.

      Delete
  4. 30/8/2026 kot kan. Typo bulan. Yang menjunam tu haruslah didiamkan. Kalau tak, tak dapatlah claim hadiahnya. hihi..
    Patung comel tapi jadi seram kalau tengok lama-lama. Tengok harga pun naik seram jugak.
    Umangaiii sampai RM600. Memang tengok je lah kan.
    Banyak pilihan tu yang lama dalam ni.Yang mana satulah pilihan hati Wafi tu kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihi.. typo.. satgi betulkan. dah 2 orang menegur ni 😁
      Akak ingatkan yang dia beli keychain Fugler (Funny Ugly Monster) RM49.90 tu dah kira mahal.. rupanya ada lagi yang mahal.. pitammmm

      Delete
  5. Khilfi baru call malam tadi bagi tau result UD2..katanya dapat 5A. Then what happen to the other 4? E utk Addmath, Bio & Chem fail. Huhuhu. Berusahalah nak...

    ReplyDelete