Rasa cepat je masa berlalu. Ibu pun tak banyak luang masa kat rumah, minggu ni sibuk dengan closing dan ERP training. Balik rumah pun lewat. Nak ambil 1/2 day tak approve, bos soh ambil time off je uruskan ganti kad bank Wafi. Hurmmm....
Ibu temankan Wafi sampai gate.Sempatlah bergaduh dengan kakak. Mana dia tak marah, kakak soh cium banyak kali. Ye lahhh.. lepas ni kakak takde tempat nak gaduh dah.Malam tadi dah pesan nak beli aiskrim McD. Sebelum masuk DASH singgah McD Puncak Alam dulu.Cumanya tak tau kenapa aiskrim Oreo Mcflurry macam pelik rasanya tak seperti selalu.
Ibu bekalkan Wafi ayam masak kicap+kentang+carrot dan cendawan goreng. Cekodok bawang untuk sarapan dan makan dalam tren.
Adik² sepupu juga balik asrama pagi ni.
Semoga Allah permudahkan perjalanan anak² demi jihad ilmu🥰







Semoga sampai ke destinasi masing-masing dengan selamatnya.
ReplyDeleteAamiin YRA.
DeleteBarulah boleh reply komen. Dari semalam ada problem.
Sekejap je dah habis cuti sekolah. Semua balik ke sarang masing2 demi mencari ilmu. Semuga Di permudahkan perjalanan
ReplyDeleteAamiin YRA
DeleteAlhamdulillah semua sampai dengan selamat.
ank2 asrama dh beransur pulang...cuti sekolah dh smp ke penghujung..sedap bekalan wafi bw pulang tu
ReplyDeleteCuti sekolah habis maka esok bermulalah jalan jammed pergi balik kerja😅
DeleteOh ye la anak² pantai timur dah start kelas kan esok... semoga slmt smp ke destinasi. Eh tp by time msg ni publish haha confirm dah slmt smp sekolah kan memaaing 😉
ReplyDeleteKumpulan A start sekolah hari ni.
DeleteAlhamdulillah semua selamat sampai.
Sekejap je cuti sek seminggu dah habis.
ReplyDeleteTu laa.. dah lah dok rumah je.. tak berjalan sangat.
DeleteBila anak cuti ni rasa masa tu berlalu begitu pantas. Tau tau dah nak masuk belajar.
ReplyDeleteCuti sekolah memang cepat berlalu. Anak-anak saya pun dua orang dah balik poli tadi.
ReplyDeleteTiba masa semua kembali ke sarang ilmu...
ReplyDeleteada BATHI tak akk? Si Angah ni tertinggal baju melayu Jumaat pulak adoi ...
Waah selesai cuti wafi yaaa ☺️.
ReplyDeleteSepi dah rumah agaknya 😄.
Aamiiin, semoga anak2 makin serius dalam pembelajaran mereka ❤️