Pages

▼

Friday, October 30, 2026

Majlis Anugerah HEM Dan Kurikulum Tahunan 2026 (MAHKOTA)


Majlis diadakan pada Hari Khamis 1 Oktober 2026 jam 8 pagi di Dewan Makan sekolah.
Tahun-tahun sebelum ini majlis diadakan di hotel sekitar sekolah.

Tema pakaian Nostalgia.

MAJLIS ANUGERAH HEM & KOKURIKULUM TAHUNAN 2026
 
πŸ† RUMAH TERBAIK SISTEM RUMAH 2026 πŸ†
πŸ₯‡ Rumah Terbaik Keseluruhan – Rumah Bendahara
πŸ₯ˆ Tempat Kedua – Rumah Laksamana
πŸ₯‰ Tempat Ketiga – Rumah Panglima
πŸ… Tempat Keempat – Rumah Temenggung

Majlis ini menjadi wadah untuk memberikan pengiktirafan kepada anak-anak yang telah berjaya mengharumkan nama sekolah melalui pelbagai pencapaian membanggakan dalam bidang kokurikulum di peringkat negeri, kebangsaan dan antarabangsa. 


Jenuh mencari baju yang sesuai untuk Wafi pakai. Tanya kat adik beradik ibu.
Baju corak kain pelikat tu sepasang tapi Wafi pakai baju je (ihsan Cik Ami) manakala kain corak batik tu Cik Nora punya.
 
Kemahen mereka ya.
Wafi, Afiqah dan Ika.

Santai je lah bila buat kat Dewan Makan.

Seluruh Form 4.

Form 4 rumah Laksamana (Biru).

Wafi naik pentas bukan ambil hadiah tapi menari Zapin 😁
Bila lah nak dapat hadiah untuk akademik dan koko huhu..

Kali terakhir ibu tengok Wafi menari masa 5 tahun di tadika.

Penyanyi seperti biasa... Alma.
Penari kawan² Form 4.

Video mereka membuat persembahan sempena Mahkota. 

20 comments:

  1. maktab pia plk tiap2 tahun pertandingan menari antara kelas utk markah semester,jenuh juga latihan menari
    kejap je masa wafi nak masuk form 5 dah...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh... menarik juga tu... adalah aktiviti yang menyeronokkan.. memyemarakkan semangat kerjasama juga.

      Delete
  2. Tahniah yang berjaya. Tak pe boleh cuba lagi tahun depan. Form 5 masih ada. Good Luck!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kena pecut lah camni gayanya.. Insyaallah rezeki tahun depan.

      Delete
  3. Aktif betul Wafi ni. Terbaiklah nak!

    ReplyDelete
  4. Best betul sekolah macam ni. Macam2 aktiviti budak pun seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul tu.. mana yang budak² suka bolehlah join.

      Delete
  5. Anak saya kalau ada performance kesenian begini, memang susah sangat disuruh ikut. Dia suka menonton saja πŸ˜…πŸ˜…. Katanya badan tak luwes kalau menari 🀭

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih.. saje cari alasan ya.. tapi memang ada budak macam itu.. kaku sahaja pergerakannya.

      Delete
  6. Pandai wafi menari. Lamanya tak menari dulu2 suka masuk tarian kat sekolah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhh.. jenis badan lembut Cie ni dan aktif.

      Delete
  7. Replies
    1. Beri tema kat mereka... beria jadinya 😁

      Delete
  8. Comel je semua..tema pun menarik ye...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jenuh nak mencari outfit yang sesuai 😁

      Delete
  9. Wah... Wafi menari...
    Lawa la baju dia

    ReplyDelete
    Replies
    1. Syukur dia boleh get along dengan kawan-kawan. Takde lah nak minta quit.

      Delete
  10. aktif nau ye dia ni... kalau si bujang ammi tu mmg nasyid aja lah. menari malu, menyanyi solo malu.

    ReplyDelete