Biasa lauk dan sayur ibu beli di Pasaraya NSK atau Pasar Besar Klang.
NSK kalau nak beli lauk dari jam 11 am ke atas tapi kalau Pasar Besar Klang sebelum subuh dah sampai sana untuk dapatkan harga borong.
Sayur2 memang pelbagai terutama sayur2 kampong.
Tapi semenjak pasar pagi di Jalan Kempas buka awal tahun ini, ibu ke situ jelah.. sebelum ni dibuka pagi Sabtu tak pernah sampai.
Bila ditukar ke hari Ahad, boleh lah ke sana.
Jam 8.00 lah sampai nya pun.
Ada juga kuliah dhuha.
Setakat ini hanya ada 1 gerai ayam, 1 gerai sayur2 kampong dan 1 gerai makanan laut beserta sayur dan buah2-an.
Yang lain ada gerai2 jualan makanan.
Cukuplah belian stok seminggu.
Okeh... lepas sopink boleh breakfast di gerai berdekatan.
Pagi ahad tak perlu buat bekfes hehehe..
No comments:
Post a Comment