Kakak Widad demam since Selasa. Makan ubat ok sket.. awal pagi demam balik. Rabu pagi ibu EL bawa Kawi gi Klinik AnNur. Khamis ibu tinggalkan Kawi n Wafi.. training di KL. Pesan pada Cik Ana tengok2 kan Kawi. Minta Allah jaga. Siang nampak ok.. petang ke malam hingga awal pagi demam lagi.
Hati dah tak sedap.. awal pagi jam 4 panas balik.. decide ke hospital juga.. risau kot denggi.
Jam 7.45 keluar rumah. Kita menghala ke Columbia Asia Hospital di Bandar Bukit Rajah, dan paling dekat. Check dulu di kaunter since kita nak guna insurans. Aisayyy... Prudential belum dalam sistem lagi.. yang ada AIA dan kalau ada GL dari majikan.
Hospital dah cantik, moden dan reachable tapi takde rezeki Kawi. Kita terus ke KPJ Klang di Bandar Baru Klang. Ada juga Sri Kota & Pantai Hospital tapi tu dah menuju ke seberang.. macam nak ke HTAR.
Sebab ini 1st time bawa orang sakit ke hospital swasta jadi macam hanky panky sket. Tanya kat counter di suruh ke Admission... kemudian ke GL Verification.. kemudian ke klinik.
Adoii.. rasa macam ehhhhh... ni kan hospital swasta.. janganlah tendang sana sini.. nampak kami tak berduit ke hahaha.. eh eh.
Kami pun tak pasti sepatutmya ke emergency ke kemana dulu since kita nak buat blood test pun.
Then kami dirujuk ke Dr Lim.. doktor on call. specialist nefro.. tapi beliau pun general practitioner. Risau gak... berapa kena bayar ni kalau x dpt claim.
Tanya di kaunter what about if we go to emergency instead jumpa specialist since kita pun nak buat blood test huhu...
Diorang cakap slightly diff caj on the consultancy but if jumpa medical officer (MO) and then MO rujuk ke specislist become double charge. Ok lah pasrah since doktor pun dah order untuk ujian.
Jam 9 gitu baru doktor masuk... ehhh.. klinik Annur lagi awal doktor sampai.
Jumpa doktor macam kena psiko plak. Doktor cakap akan buat test lab untuk virus Influenza since sekarang Daerah Klang ramai kena virus ni. Kawi pun ada simptom tu... demam berpanjangan on & off dan selsema. Kos about RM140.. tu belum lagi ujian darah untuk denggi dan consultation doktor.
Doktor kata samada insurans cover or not bergantung pada keputusan nanti. Ok lah kita teruskan since kita datang kpj pun sebab nak tengok apa sakit Kawi. Keputusan influenza tu dalam 1/2 jam gitu.. -ve. Sebelum tu sempatlah kami gi breakfast di cafe hotel. Doktor tulis report.. takde lah baca laporan tu.. tapi assistant doktor cakap lepas ni admit.. buat ujian darah pula.
Asst. doktor bawa laporan ke GL Verification plak. Ambik masa 2 jam untuk insurance approve dan tunggu katil kosong. Staff cakap balik rumah dulu nanti diorang call jika dah ada katil kosong.. ehhh.. macam tu pulak ehhh.. boleh balik2 plak haha.. ok lah oklah.. takkan nak melangut kat situ.. nak gi sopink bawak budak sakit memang taklerr... tempat terbuka tu. Balik dulu dalam jam 10.45 am gitu. At the same time mesej agen tentang insurance approval tu. Agen pun ada follow-up. Beliau cakap 30 min ke 2 jam boleh approve.
Alhamdulillah... tak sampai 1 hour dah approve but then.. still kena tunggu katil kosong juga.
2 kali juga follow up bila dah sampai rumah. Staff cakap tunggu diorang call. Dalam jam 2.20 tu staff KPJ call.. dah boleh admit.
Sampai2.. terus ke kaunter Admission. Ada form yang kena fill up. Sekejap je dah siap.
Bilik n katil 331. Ini wad bersalin haha.. wad biasa di Level 5. Ini 3A. Bilik 2 katil tapi katil satu lagi di bilik lain since 1 family ni kena jangkitan virus influenza.
Bilik ni kami yang punya haha..
Standard la... air sejuk & panas disediakan.
Haha.. saja tunjuk sebab pertama kali masuk sini (hope terakhir huhu).
Dinner kawi.. apa yang ada sebab masuk lewat dan takde order lagi.. ni vegetarian.. bolehlah Kawi ooiii.. tauhu masak apa ntah.. keras haha.
Picture ni patut kat atas.. susah plak nak rearrange guna hp ni.. oh ya.. ada wifi yer.. ehhhh... poyo.. sepital lain pun ada lah :*)
Complimentary... ada di depan kaunter Admission.
Keputusan ujian darah +ve denggi.. cuma platelet masih tinggi 200++. Petang demam 39.2
Panadol juga yang diberi. Drip air.. dah dua kali masuk.
Petang tadi ayah balik masakkan sup ketam. Sikit je pun Kawi makan.. bebudak kicik2 pun join sekali.
Biasalah...berkelah2 dalam bilik. Inikan hotel kakak Widad.
Malam ni berempat tido dalam bilik..
Ok.. malam dah.. ngantuk.
No comments:
Post a Comment