Pages

Wednesday, January 3, 2018

Shohari Clan Melaka Trip 2017 – Day 1


3H2M : 23-25.12.2017
Plan bercuti2 di akhir tahun biasa dibuat pada pertengahan tahun gitu.. Cadangan awal ke villa Afamosa Resort.. book awal tapi 2 month sebelum tu tuan rumah kata villa buat renovation.
Eh.. ehh.. tetiba je. Cari2 dapatlah rumah 3 bilik yang agak kecil untuk accommodate the whole family berjumlah 49 orang. Later kita story mory.
Since ada 10 family yang akan join kecuali Cik Cha, masing2 keluar dari rumah ikut time sendiri.. yang penting check point time.
Kami bertolak jam 7.00 am gitu. Itupun bangun awal 4.30 am sebab nak sediakan breakfast & lunch. Untuk breakfast ibu sediakan sardine untuk sandwich. Roti beli di Petronas masa isi minyak & top-up touch n go. Manakala untuk lunch nasi putih, ayam lemak cili api, paru goreng berlada, cencaru tiga rasa, kobis & kacang panjang tumis, telur asin dan sambal belacan. Fuhh.. siap2 kemas dapur dah jam 6.30 am. Kids excited… 5.30 am dah bangun, siap mandi.
Alhamdulillah.. perjalanan sangat smooth.. cuaca plak sejuk je sebab malam tu hujan. Di sesetengah tempat berkabus. Sebab dah lama tak ke PD, exit pun dah lupa. Rupanya selepas exit Seremban ada exit Seremban/Port Dickson. Lepas bayar tol rasa macam salah.. dalam fikiran ada exit Port Dickson. U-turn lepas tol. Drive ke depan lagi.. ada tol Senawang.. aikk.. rasa macam jauh. Buka google map.. disuruh masuk susur Pedas/Linggi.. ikut je lah.. Jalan dalam ni sangat ok. Tak banyak kenderaan pun. Ayah bawak kereta pun rilex2 je. Sampai dalam jam 8.30 am. 1st check point di Pantai Cahaya Negeri. Masa ni tak ramai orang pun. Kita berkelah di situ.. cuaca sangat redup dan nyaman.
Sementara yang lain sampai, ayah dan anak2 jalan2 di Pulau Burung.. pulau yang kecil.. jalan ikut jambatan je.. ada gazebo.. mungkin tempat orang memancing.. tiupan angin yang nyaman gitu.
 

 

Yang lain sampai jam 9.30 am. Boleh lah breakfast beramai2. Cik Elis bawa macaroni goreng dan roti sosej dan Cik Baya/Cik Wada bawa nugget dan ayam goreng.
 
 
Lepas makan diorang nak jalan ke Pulau Burung dulu.. ambik2 gambar.
 
Selepas tu baru kita gerak ke 2nd check point.. Muzium Tentera Darat. Ini kunjungan kedua beramai2. Bagi kami yang ketiga. Masa kunjungan kedua arwah atuk ada lagi. Seronok atuk datang sini. Maklumlah bekas polis bantuan.
Kali ni datang memang ramai orang.. meriah rasanya. Free entrance ya. Boleh lah bergambar2 dalam helikopter, kereta kebal dsb. Bagi anak2 pengalaman naik semua tu.
12.50 pm bertolak ke Melaka pula. Sampai dalam jam 2.30 pm. Bilik pun dah ready. Selepas Ayer Keroh tu jem dalam 10 minit. Cik Ami yang datang dari Kajang pun mengalami kesesakan di jalan raya.. bertabah lah yer.
Sampai2… solat dan rehat.. lunch juga sebab perut pun dah lapar. Petang dan malam aktiviti santai je.


Homestay 1, 3 bedroom & 2 toilet
Since petang ayah try cari another homestay sebab rasa crowded sangat. Memang susahlah nak dapat sebab long weekend dan cuti sekolah akhir pulak tu. Dok cari sana sinun, dapatlah homestay thru Airbnb. Dalam 2km dari homestay yang kita duduk. Lepas maghrib kami pergi ke homestay 2.. oklah.. tepi jalan besar juga.. Taklah besar mana.. tapi boleh accommodate another 3-4 families in there.
Homestay 2. 2 Bedroom & 1 toilet (bilik mandi separated with toilet)
 
Since Cik Ujang pun dah keluarkan barang2 masuk dalam homestay 1, maka Cik Nora, Ummi dan Ci Biela yang semua baru sampai untuk stay di sana. Lepas makan2 mereka gerak ke sana.. Sebab homestay 2 ni tak berapa nak ready (last minute contact) maka kena sapu2 lah bilik n ruang tamu. Dapur tak berapa nak presentable sangat sebab banyak sangat perkakas compared to basic thing seperti di homestay 1. Since tak masak heavy meal di homestay 2 tak pelah.. untuk tidur dan berehat memang selesa.
Dinner Cik Ana dan Cik Ami bawak + balance siang tadi.
 
Lepas settle urusan homestay, ibu, ayah dan Cik Fatin minum2 dan makan sikit kat restoren berdekatan.
 
Homestay 1 = RM250 per night tapi bayar RM450 je untuk dua malam
Homestay 2 = RM100 per night, jadi RM200 untuk dua malam.

No comments:

Post a Comment