Pages

Sunday, February 4, 2018

Mesin Pengering Pakaian

Setelah tertangguh beberapa kali akhirnya petang tadi misi mencari dryer machine (mesin pengering) dilaksanakan. 3 kedai je.. Onking, TBC dan Senheng, Setia Alam.  Di 3 kedai ada jenama Electrolux dan Beko, manakala di Senheng ada Sharp dan LG.

Budget dalam RM1500 sahaja.. disebabkan budget kecil maka misi pencarian untuk Vented Dryer je instead of Condensed Dryer.

Macam agak mengada2 ehh... duduk kampung, ampaian di luar tetapi masih nak miliki dryer machine... tak tau lah keperluan ke kehendak hikhik.. sebab memikirkan bila cuaca lembab dan mendung, ampaian di luar tidak mencukupi maka pakaian dijemur dalam rumah... sidai di kerusi makan dan sofa bawah kipas.. dah macam rumah kongsi.

Tambahan pula haritu dapat giliran kutu ofis, tu yang terfikir kena beli something yang nampak.

 Untuk ranged vented ada 6.5kg dan 7.5kg.

Tak perlu pasang tiub ventilation tu sebab ruang terbuka dan luas.. masa nak beli cuak juga sebab ingat kena letak outdoor.

Jenama Beko dari Europe.. to be exact dari Turki.. warranty 12 tahun. Yang vented tu around RM1300 dan condensed sebelah kiri RM1900-RM2100.

 Ini di Onking. Banyak barang elektrik beli di situ.

Lazada pun ada.. lebih murah.

Setelah menimbangkan beberapa perkara seperti penggunaan, harga, jenama, ruang, warranty, after sales service dll, ibu ambil jenama Electrolux 7.5kg dengan harga RM1,580.00. Warranty 2 tahun. Beli di Onking. Penghantaran percuma.. dapat free bracket kot nak gantung kat dinding.

Dalam jam 8.30 pm dryer sampai. Nak review tentang produk ni pun belum lagi sebab sedang digunakan.. nanti2 lah yer.

No comments:

Post a Comment