Pages

Friday, May 21, 2021

Laksa Sardin Tin

Syawal ke 8
Teringin pulak makan laksa untuk berbuka. Tapi takdelah kaitan dengan perang laksa yang sedang havoc ni. Alkisah ada satu komen ni yang kata laksa dibuat dari ikan parang atau tenggiri. Standard di negeri selatan tanahair. Manakala ikan kembung atau ikan selayang ni level negeri di utara dan timur tanahair. 

Hurmmm.... ibu pun tak tau lah jenis mana yang sedap atau tak.. asal ada orang masakkan.. onz aje.

Masa kat ofis google je resepi.
Tak pasti lah laksa utara ke Perlis ke Penang ke

Laksa

Bahan-bahan
1. 1 bungkus laksa kering atau basah
2. 1 tin sardin besar
3. 1 tin sardin kecil (lenyek kasar)
4. 2 biji bawang besar
5. 3 ulas bawang putih
6. 1-2 senduk cili blend
7. 2 biji bunga kantan
8. 1 ikat daun kesum
9. 6 keping asam keping
10. Garam
11. Gula
12. Belacan atau kiub ikan bilis (tak letak)
13. Serbuk secukup rasa

Cara-cara
1. Sardin tin besar tu keluarkan isi sahaja. Blend dengan menambah 2 tin air.
2. Blend bawang merah dan putih.
3. Masukkan sardin yang telah diblend, bawang dan cili dalam periuk.
4. Masukkan juga bunga kantan, daun kesum, asam keping dan sardin yang dilenyek kasar.
5. Masakkan sehingga betul-betul masak.
6. Tambakan garam, gula dan secukup rasa.
7. Adjus rasa masam semua tu.. kalau kurang tambahkan asam keping.

Untuk masak laksa tu ibu guna Noxxa je.
Masukkan laksa kering dalam pot dan tambah air separas laksa. Tambah 1 sudu kecil minyak masak untuk beri laksa sedikit kilat.
HP 7 

Siap dah kuah laksa.

Bahan-bahan tambahan iaitu telur rebus, nenas, timun, bawang dan cili.

Alhamdulillah.

Secukup rasa.

Sesekali boleh lah.. nak buat selalu tak berapa rajin.

Tapi still lah anak2 cakap laksa cik Nora yang tersedap.

Ibu is redha bila anak2 suka bandingkan masakan ibu dengan nenek dan adik beradik lain hahahaha...
 

No comments:

Post a Comment