Hari ni kita cuba penuhi 3 undangan majlis hari raya. Gantung kuali lah hari ni tapi buatlah juga sarapan ringkas. Ibu goreng kentang cicah sos cili.
Seawal jam 12.30 tengahari ibu ayah sampai rumah Atuk Leh. Saban tahun kalau raya kat Klang dulu pasti rumah Atuk Leh kita ziarahi pada hari raya pertama sekali dengan adik beradik ibu yang lain. Kali ni jumpa masa open house je lah.
Ini pakcik Rizal, sepupu ibu anak arwah Atuk Bar dan Nenek Timah.
Makanan yang ibu ambil, lontong dan paru balado. Juga kambing bakar dan mushroom soup+ garlic bread. Tak ada nak ambil heavy food sebab nak ambil cemil²an je.
Kuih semprit atas meja... sedap.
Ni Aqil ambil nasi minyak beserta lauk-pauk.
Jumpa mek sepet, Dina Dino
Sebelah Cik Cha, sepupu kami, pakcik Iwan anak Atuk Leh.
Tak sempat jumpa sepupu² yang lain sebab ramai yang datang selepas Solat Zohor tapi kami dah balik.
Bersama tuan rumah, Atuk Leh dan Nenek Salmah.
Abadikan gambar ibu dan ayah depan gazebo.
Berdua je tengahari ni sebab Kak Widad nak kena buat assignment.
Meriahnya menu raya.
ReplyDeleteDepa panggil katering... jadi macam-macamlah juadah rayanya. Gitulah saban tahun, menjamu sanak saudara.
DeleteSeronok pi open house mengeratkan silaturrahim
ReplyDeleteSedap2 makanan yg disediakan 😍😍. Ramai juga yg DTG ya kak. Memang di saat lebaran lah kesempatan bisa bertemu banyak saudara.
ReplyDelete