Pages

Sunday, November 23, 2025

Kejohanan Kriket Juara-juara Sekolah Negeri Kedah 2025

Hari ni final game setelah anak-anak seminggu menjalani latihan intensif dan perlawanan sebenar.

Alhamdulillah sekolah Wafi menjuarai perlawanan 3 tahun berturut-turut. Tekanan juga buat mereka apabila perlu cuba untuk mengekalkan kejuaraan. Latihan selama 2 tahun nampaknya membuahkan hasil. Jika tahun lepas pelajar senior + beberapa orang dari Form 3 terpilih mewakili sekolah namun tahun ini mereka yang terdiri dari pelajar Form 3 perlu menjadi tonggak pula.

Keputusan hari ini.

Nampaknya Wafi dapat 1 wicket hari ni.

Jadual perlawanan.

Keputusan sepanjang perlawanan.

Cikgu belum share gambar-gambar perlawanan.

Jadi ibu share gambar-gambar semalam ketika rehat menentang KUPSIS.
Ibu Alya share.

DD, Wafa dan Afiqah.

Alya & Afiqah.
Wafi dan Alya.

Gambar-gambar bawah semasa perlawanan persahabatan dengan SMK Ibrahim.
Sebagai pemanas sebelum perlawanan sebenar. 






Wafi yang pakai helmet+grille.



Nampaknya betul-betul susah senang bersama.

Insyaallah mereka akan mewakili Kedah di peringkat kebangsaan pula pada bulan Disember.

Berbaloi lah ibu menahan mata hari ni dari tidur sebab nak tunggu keputusan permainan. Each second check scoreboard 😎
Padahal dari pagi hujan sejuk je.. kalau dapat tidur memang lah sedap. Demi seketul Wafi ibu tahankan je lah.

Insyaallah minggu depan Wafi PB. Semua anak-anak kriket dapat cuti gantian. 
Alhamdulillah bolehlah jumpa nanti... sebulan dan tak jumpa.

Sekarang jam 10.40 malam, hujan di luar masih on & off.
Tak lebat tapi sesekali angin tiup kuat.

Semoga yang baik-baik buat semua di selatan Thailand juga di sebahagian Kelantan yang mengalami banjir.

24 comments:

  1. Tahniah buat Wafi dan sekolahnya....wahhh impressive 3 tahun berturut-turut jadi juara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty... susah juga nak mengekalkan kejuaraan.

      Delete
    2. Kena berikan komitmen sepenuhnya tu....

      Delete
    3. Harapnya team terus bersemangat.

      Delete
  2. Tahniah Wafi & team. Berbaloi ibu tahan mata nak tau keputusan tu. Semoga terus berjaya di masa akan datang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty Cie... tak dapat tengok live tengok score pun dah rasa berdebar.

      Delete
  3. Tahniah Wafi & team!
    Hebatlah korang, Acik tumpang bangga sbb arwah Abg Acik sekolah ni juga dulu :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih acik PH, semoga arwah abang acik tenang di sana dan syurga buatnya πŸ₯°

      Delete
  4. wah tahniah. Berbaloi lah ibu bersengkang mata tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty Notie, selagi tak habis ibu tak senang duduk. Mujur makan lalu πŸ˜€

      Delete
  5. Senang hati dan rasa bangga mengikuti perkembangan Wafi. Semoga Wafi terus berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum.

    ReplyDelete
  6. Alhamdulillah..good luck Wafi dan rakan² for the next tournament...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih aunty... ayohhhhh semangat πŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺπŸ’ͺ

      Delete
  7. Tahniah buat Wafi dan team. πŸ‘

    ReplyDelete
  8. Tahniah Wafi and the gang jadi juara lagi. Semoga berjaya di peringkat kebangsaan nanti. Aamiin...

    ReplyDelete
  9. Kadang saya envy lihat foto2 begini. Teringat zaman sekolah tak terlalu aktif ikut olahraga. Padahal memang seru kan, apalagi bisa ikut pertandingan dengan sekolah lain.

    Congrats untuk wafi dan teman2 teman yaaa πŸ€—. Sukaaanyaa melihat senyuman kalian di foto. Nampak sangat menikmati olahraga ini. Semoga makin banyak kemenangan yg bisa diraih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Asalnya cikgu tunjuk-tunjuk kat Wafi dan kawan-kawan suruh masuk kriket padahal tak pernah pun pegang bat 😁.
      Alhamdulillah sampai ke peringkat kebangsaan berkat usaha mereka.

      Delete
  10. Congrats Wafi and team...keep it up!!!

    ReplyDelete