Alhamdulillah sekolah Wafi menjuarai perlawanan 3 tahun berturut-turut. Tekanan juga buat mereka apabila perlu cuba untuk mengekalkan kejuaraan. Latihan selama 2 tahun nampaknya membuahkan hasil. Jika tahun lepas pelajar senior + beberapa orang dari Form 3 terpilih mewakili sekolah namun tahun ini mereka yang terdiri dari pelajar Form 3 perlu menjadi tonggak pula.
Keputusan hari ini.Cikgu belum share gambar-gambar perlawanan.
Ibu Alya share.
DD, Wafa dan Afiqah.
Alya & Afiqah.
Wafi dan Alya.
Gambar-gambar bawah semasa perlawanan persahabatan dengan SMK Ibrahim.
Sebagai pemanas sebelum perlawanan sebenar.
Wafi yang pakai helmet+grille.
Nampaknya betul-betul susah senang bersama.
Insyaallah mereka akan mewakili Kedah di peringkat kebangsaan pula pada bulan Disember.
Berbaloi lah ibu menahan mata hari ni dari tidur sebab nak tunggu keputusan permainan. Each second check scoreboard 😎
Padahal dari pagi hujan sejuk je.. kalau dapat tidur memang lah sedap. Demi seketul Wafi ibu tahankan je lah.
Insyaallah minggu depan Wafi PB. Semua anak-anak kriket dapat cuti gantian.
Alhamdulillah bolehlah jumpa nanti... sebulan dan tak jumpa.
Sekarang jam 10.40 malam, hujan di luar masih on & off.
Tak lebat tapi sesekali angin tiup kuat.
Semoga yang baik-baik buat semua di selatan Thailand juga di sebahagian Kelantan yang mengalami banjir.





















Tahniah buat Wafi dan sekolahnya....wahhh impressive 3 tahun berturut-turut jadi juara.
ReplyDeleteTerima kasih aunty... susah juga nak mengekalkan kejuaraan.
DeleteKena berikan komitmen sepenuhnya tu....
DeleteHarapnya team terus bersemangat.
DeleteTahniah Wafi & team. Berbaloi ibu tahan mata nak tau keputusan tu. Semoga terus berjaya di masa akan datang.
ReplyDeleteTerima kasih aunty Cie... tak dapat tengok live tengok score pun dah rasa berdebar.
DeleteTahniah Wafi & team!
ReplyDeleteHebatlah korang, Acik tumpang bangga sbb arwah Abg Acik sekolah ni juga dulu :)
Terima kasih acik PH, semoga arwah abang acik tenang di sana dan syurga buatnya 🥰
Deletewah tahniah. Berbaloi lah ibu bersengkang mata tu.
ReplyDeleteTerima kasih aunty Notie, selagi tak habis ibu tak senang duduk. Mujur makan lalu 😀
DeleteTahniah wafi and team
ReplyDeleteTerima kasih aunty MT 🥰
DeleteSenang hati dan rasa bangga mengikuti perkembangan Wafi. Semoga Wafi terus berjaya dalam kurikulum dan kokurikulum.
ReplyDeleteAamiin YRA.. terima kasih Cikgu Amie.
DeleteAlhamdulillah..good luck Wafi dan rakan² for the next tournament...
ReplyDeleteTerima kasih aunty... ayohhhhh semangat 💪💪💪💪
DeleteTahniah buat Wafi dan team. 👏
ReplyDeleteTerima kasih uncle BK 💃💃
DeleteTahniah Wafi and the gang jadi juara lagi. Semoga berjaya di peringkat kebangsaan nanti. Aamiin...
ReplyDeleteTerima kasih aunty Fizah 🥰
DeleteKadang saya envy lihat foto2 begini. Teringat zaman sekolah tak terlalu aktif ikut olahraga. Padahal memang seru kan, apalagi bisa ikut pertandingan dengan sekolah lain.
ReplyDeleteCongrats untuk wafi dan teman2 teman yaaa 🤗. Sukaaanyaa melihat senyuman kalian di foto. Nampak sangat menikmati olahraga ini. Semoga makin banyak kemenangan yg bisa diraih
Asalnya cikgu tunjuk-tunjuk kat Wafi dan kawan-kawan suruh masuk kriket padahal tak pernah pun pegang bat 😁.
DeleteAlhamdulillah sampai ke peringkat kebangsaan berkat usaha mereka.
Congrats Wafi and team...keep it up!!!
ReplyDeleteThank you aunty SA🥰
Delete