Pages

Sunday, December 21, 2025

Gerbang Malam Ipoh I TKK I Semsoon Hotel

Masuk PLUS Highway tak lama tu hujan. Lebat juga. Pemanduan agak slow. Asar pun dah masuk jadi ayah berhenti di RnR Semanggol. Solat dan makan. Last makan jam 11 pagi jadi perut pun dah lapar.

Ibu cari nasi.... kalau ada patin tempoyak sedap ni tapi kat RnR sini tal ada. Ambil je lah ikan goreng, telur masin dan taugeh goreng. Ayah pula ambil telur mata dan sayur taugeh. 2 hidangan ni RM17. Rasa cam mahal pula.

Wafi beli pastries di Harolds.

Sampai Ipoh sudah jam 8 malam. Ayah terus ke Gerbang Malam, Ipoh. Peniaga baru nak setup business.

Ibu tukar screen protector HP ibu. Harga RM38 tak sure murah ke mahal. Nampak seller keluarkan film dari digital machine. Canggih pulak nengoknya.

Nak stay kat Ipoh ni pun last minute, jadi baju malam tak ada. Ibu belilah kaftan sehelai.

Baju balik memang ada extra, boleh lah pakai nanti. Mujur "adik²" pun ada lebih.

Jumpa ni di tengah jalan Gerbang Malam.

Ayah nak mengimbau kisah lama duduk di Ipoh. Jadi kenalah datang Taman Kanak-kanak (TKK). Di sekitar TKK ni adalah gerai penjaja yang menjual pelbagai makanan dan minuman.

Popiah SS Ali ni antara yang legend.

Jomlah ke Semsoon Hotel yang ditempah sebelum keluar dari Penang.

Hotel ni bukan betul² ditengah bandar. Menyediakan parkir yang luas.

Superior Twin Room, RM140.70 semalam

Bilil air luas. 
Pancuran air kuat. Ada heater.

Set minuman yang disediakan. Litans Coffee tu pertama kali ibu jumpa.

Litans Coffee ialah jenama kopi sihat premium Malaysia yang menawarkan adunan asli tanpa perisa tiruan, kaya antioksidan dan mesra diet.

Pemandangan Ipoh dari tingkat 5 Semsoon Hotel.

Sebelah kanan pula.

Puas dah berehat².

Jomlah balik....

2 comments:

  1. Harga kat R&R biasanya memang mahal. Sedap pulak nampak popia tu. Popia basah tu kan?

    ReplyDelete
  2. nampak luas la hotel tu, selesa sangat!
    lagi 2 minggu saya nak gi ipoh,tak sabar nak foodhunting!

    ReplyDelete