Ayah suggest brunch di Cathay Mee Stall yang terletak 240m dari hotel.
Gerai ni buka jam 11.30 pagi. Jadi kami tunggu di meja sementara pekerja buat persediaan.
Ibu ada tanya seorang pelanggan tetap yang sedang menunggu untuk buat pesanan. Katanya mee goreng signature dish kat sini. Pasembur pun sedap. Ajomlah kita order based on local taste.
Harga makanan & minuman.Pada ibu pun sedap.
Mee rebus memang ibu jarang order. Biasa cicip ayah punya. Ayah suggest order di sini jadi bolehlah rasa.Ibu rasa mee rebus di sini lebih ada rasa berbanding Mee Goreng Mastan Gani dan Mee Rebus Ghulam Rasul.
Wafi minta pasembur untuk makan sama². Bila Wafi kata sedap.. haaa sedap lah tu. Kalau makanan yang dia kurang, dia akan bagitau bolehlaaa...Suka betul dia terutama cucur rangup.
Kuah pasembur ni kuranglah manis berbanding Gani Famous Pasembur di Padang Kota Lama.
Wafi nak megi goreng.Pun dia suka.. terpaksa juga tapau bila dia makan banyak pasembur.
Ibu tertarik dengan cara mereka bungkus mee goreng. Guna daun pisang dan suratkhabar.Bersama tukang masak atau mungkin owner🫡
Harga makanan/minuman pagi ni RM42.20
Boleh dah keluar dari Ipoh. Takde dah nak singgah mana². Balik nak cuci kain😆😆











Suka pergi Ipoh boleh food hunting. Nampak sedap semua makanannya tu.
ReplyDeletesemuanya nampak sedaplah, especially mee rebus tuu
ReplyDelete