Ibu pilih filem Setetes Embun Cinta Niyala adaptasi novel karya Bapak Habiburrahman El Shirazy. Novel diterbitkan pada tahun 2005.
Niyala, gadis desa yang penuh harapan, berjuang menempuh hidup dan impian menjadi doktor. Namun takdir memisahkan cinta masa kecilnya, Faiq, demi melunaskan hutang keluarga. Dalam pengorbanan dan keikhlasan, hati mereka belajar bahawa cinta bukan hanya milik, tetapi tentang menerima, merelakan, dan tetap berharap meski jauh.
Suka cerita ni.. ada scene berlatar belakangkan bukit kecil, pantai dan laut yang cantik.
Ending pun best😅, walau sesekali menyeka air mata.
Ibu suka novel² karya Habiburrahman El Shirazy. Ada beberapa novel yang ibu baca.
Antaranya :
Ayat-ayat Cinta (2004)Ada 2 series.
Ketika Cinta Bertasbih (2007)Sama juga, ada 2 series.
Dalam Mihrab Cinta (2007)Lama dah baca novel² ni. Masa tu beli dari toko buku Gramedia di Tesco Setia Alam. Bila Gramedia tutup tak ada lah nak beli buku penulis ni sebab masa tu tak jumpa lagi pembelian secara online.
Masa tu tak ada Netflix. Bila nak tengok movie kena gi cinema atau beli CD takpun tengok je lah kat TV. Movie secara online macam dari channel Youtube pun tak meluas lagi.
Sebab itu juga ibu banyak beli novel. Sekarang masuk kedai buku.. pegang, belek, baca sinopsis lepas tu letak balik. Kebanyakannya kisah yang sama.. macam drama Melayu.
Bila cari novel ibu paling suka cerita yang berlatarbelakangkan suasana di luar negara. Sambil baca sambil bayangkan tempatnya.
Banyak lah drama² Melayu yang diadaptasi ke slot drama samada di TV3 atau Astro.
Oh ya... Ayat-ayat Cinta, Ketika Cinta Bertasbih dan Dalam Mihrab Cinta juga ada difilemkan. Cuma bila dah jadi filem adalah jalan cerita yang sedikit berbeza. Ada juga filem Bapak Habiburrahman El Shirazy ni yang diadaptasi dari novel yang ibu tak baca.




Ayat² cinta dan ketika cinta bertasbih kita nengok filem nya
ReplyDeleteBoleh tengok filem ni pulak Linda.
DeleteMcm sy ada novel ayat² cinta dulu tp x tau lah mana letaknya skrg
ReplyDeleteLama sangat dah ya sampai lupa mana letak😁
DeleteFilem Indonesia bila di adaptasi dari novel best tak macam di malaysia berubah habis. Sebab movie dia boleh bikin menangis kalau tenguk apa lagi kalau baca novelnya. Pak Habiburrahman banyak peminatnya di Malaysia. Ada dulu pest buku tahun bila dah lupa tapi nampak kawan up Pak Habibibur sign buku2nya. Lagi satu novel laskar pelangi pun best dan filem dia pun best
ReplyDeleteOo Pak Habiburrahman pernah sampai sini... peminat hardcore novelnya mesti ambil kesempatan minta sign.
DeleteOo ada novel dan filem Laskar Cinta. Tau lagu je dari Dewa 19.
Masih berkarya ya Pak Habiburrahman ni... Novel dia semua hebat
ReplyDeleteTengok banyak lagi novelnya.. akak dah tak beli lagi.
DeleteHebatnya penuisan pak habiburrahman
ReplyDeleteYa wak... karyanya berkisarkan nilai² keislaman, moral dan spiritual.
Deleteammi tak pernah baca novelnya...tapi ayat2 cinta tu ammi tengok movienya. masa tengok tu tengah selsema terus terlupa mcm mana nak bernafas sambil menangis. terasa mcm putus nyawa jugaklah masa tu sampai cuak juga husband dok tepuk2 belakang.
ReplyDeleteBetul² menjiwai. Akak tau cemana rasa selsema cam nak putus nyawa tu... mujur husband ammi ada tolong tepuk belakang.
DeleteBest citer nj kan..rasa nak jadi spoiler plak tp sure ramai blom tgok lagi kan...
ReplyDeleteHehe.. relax² je cerita ni.. mujur takde watak antagonis😆, takdelah sakit² hati.
Delete