Pages

Tuesday, September 22, 2026

Hari Pertama Kawi Intern

Giliran Kak Widad pula untuk memulakan intern hari Isnin 21/9/2026 untuk selama 6 bulan.
Masa diploma intern dia Work From Home dan rasanya 1-2 kali je pergi office atau seminar. Ni bila kena masuk office dia excited sikit.

Jam 5.30 pagi sudah bersiap².
Jam 6.40 pagi tayar golek.

Office hour jam 8.30 pagi.
Semalam jam 7.30 sudah sampai.

Tempat intern tu 16km je tapi laluan untuk ke MRT jadi kenderaan banyak.

Kat tempat intern jumpa student (perempuan) Unisza kampus Gong Badak juga intern sama. Tapi kawan tu ditempatkan di Jabatan Undang² sebab dia ambil Jurusan Hubungan Antarabangsa.

Seorang lagi student (lelaki) UUM sama jabatan IT cuma ditempatkan di wing yang berbeza.

Balik jam 5.30 pm tapi sampai rumah dekat 6.45 pm. Memang lah Persiaran Mokhtar Dahari tu jammed bila waktu puncak. Bertabahlah Kawi... itu lah dugaan orang bekerja.

Kawi beritahu parking free untuk staff sahaja, student intern kena bayar, RM13. Mahal lah tu. Hari ni Kawi ke tempat parking free area kedai² tapi kena datang awal. Ibu pun tak sure under majlis mana. Harap bukan MBSA😅

28 comments:

  1. Selamat intern Kak Widad. Jenuh tu nak menghadap jem pergi balik. Salah satu cabarannya. Tapi parkir rate tu mahal betul ek. Kena minta diskaun tu untuk dak intern. Kalau dapat elaun banyak takpelah jugak kan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hari pertama balik fengsannn... penat nampaknya menghadap jammed..

      Delete
  2. Selamat menjalani intern. Mahalnya parking jenuh la hari2 nak kena bayar.

    ReplyDelete
  3. Replies
    1. Terkejut bila dia bagitau.... tu yang cari alternatif lain.

      Delete
  4. Pergh parking primium ke sampai kan mahal macam tu. Selamat berintern.

    ReplyDelete
  5. selamat berintern. anak akak pun tgh intern.
    p.s: kwn u zuhaida tu akak dah bg tau dia yg akak kenal u. akak panggil dia Zu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Musim-musim intern ni.
      hehe.. terasa kecik je dunia

      Delete
  6. Selamat menjalani praktikal Kawi.
    Adeh, mahal caj parking tu. Kena cari tempat yg lebih murah la. Bengkok la purse sehari parking 13 hinggit huhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu yang cari alternatif lain..
      Dengan petrol, tol dan parking kalau bayar semua dekat 8-900 juga tu nanti.

      Delete
  7. Semoga di permudahkan segala urusan Internshipnya. Rindu zaman2 interview & handle budak2 intern dulu2 masa kerja HR. Macam - macam ragam dan perangai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wahhhh... HR... salute bila jenis kena handle pelbagai ragam pekerja.

      Delete
  8. Selamat bertugas Kak Widad.. pengalaman pertama memang macam-macamlah ceritanya kan Ibo.. nanti dah selesa, jadi seronok

    ReplyDelete
    Replies
    1. So far 3 hari nampak dia seronok.. sempat ikut kursus sampai Bangi sana. Kemain jauh kena drive.

      Delete
  9. Waaah selamat kak widad.... Semoga banyak ilmu yang di dapat dari pengalaman intern yaaaa. 🤗

    Mahaaaal memang parkir nyaaa. Kalau dapat yg free bagus juga.. cuma pastikan keamanan saja.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang free tu ramai juga yang park tapi kakak pun tak sure tempatnya di mana. Cuma kena sampai awal lah.

      Delete
  10. selamat bertugas jd intern kak widad...kalo hujan lg la jammed area situ

    ReplyDelete
  11. Rasa kejap dah intern eh... selamat bekerja dengan dedikasi hehee... 💪💪

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kihkih.. harapnya terus bersemangat😆
      Kita ni yang dah lama kerja kalau boleh laaaa ni nak benti.. tapi gaji nak jalan😅

      Delete
  12. Excited sampai 5.30 pagi dah siap, memang terasa semangat hari pertama intern tu 😄 Semoga enam bulan Kak Widad dipermudahkan, dapat banyak pengalaman dan rakan sekerja yang baik. ❤️

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setakat 5 hari ni memang dia siap awal.. sama macam zaman sekolah. Jenis tak payah kejutkan dia.. know² siap😅

      Delete
  13. Selamat nerintern Kawi. Semoga dipermudahkan sehingga selesai.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aamiin... terima kasih cikgu Amie🥰
      Baru seminggu ni.. harap Kawi terus belajar.

      Delete
  14. Selamat menjalani latihan industri Kak Widad..buat yg terbaik ye..mana tau boleh diserap terus kerja nanti...x sabar nak tunggu Dania Intern tahun depan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Senior dia yang intern jadi protege pulak... harap Kawi boleh diserap nanti.

      Delete