Masa diploma intern dia Work From Home dan rasanya 1-2 kali je pergi office atau seminar. Ni bila kena masuk office dia excited sikit.
Jam 5.30 pagi sudah bersiap².
Jam 6.40 pagi tayar golek.
Office hour jam 8.30 pagi.
Semalam jam 7.30 sudah sampai.
Tempat intern tu 16km je tapi laluan untuk ke MRT jadi kenderaan banyak.
Kat tempat intern jumpa student (perempuan) Unisza kampus Gong Badak juga intern sama. Tapi kawan tu ditempatkan di Jabatan Undang² sebab dia ambil Jurusan Hubungan Antarabangsa.
Seorang lagi student (lelaki) UUM sama jabatan IT cuma ditempatkan di wing yang berbeza.
Balik jam 5.30 pm tapi sampai rumah dekat 6.45 pm. Memang lah Persiaran Mokhtar Dahari tu jammed bila waktu puncak. Bertabahlah Kawi... itu lah dugaan orang bekerja.
Kawi beritahu parking free untuk staff sahaja, student intern kena bayar, RM13. Mahal lah tu. Hari ni Kawi ke tempat parking free area kedai² tapi kena datang awal. Ibu pun tak sure under majlis mana. Harap bukan MBSA😅
.jpg)

Selamat intern Kak Widad. Jenuh tu nak menghadap jem pergi balik. Salah satu cabarannya. Tapi parkir rate tu mahal betul ek. Kena minta diskaun tu untuk dak intern. Kalau dapat elaun banyak takpelah jugak kan.
ReplyDeleteHari pertama balik fengsannn... penat nampaknya menghadap jammed..
DeleteSelamat menjalani intern. Mahalnya parking jenuh la hari2 nak kena bayar.
ReplyDeleteTu yang cari alternatif lain.
DeleteRM13 sehari? Adehh 😩
ReplyDeleteTerkejut bila dia bagitau.... tu yang cari alternatif lain.
DeletePergh parking primium ke sampai kan mahal macam tu. Selamat berintern.
ReplyDeleteParking biasa je kak dalam bangunan.
Deleteselamat berintern. anak akak pun tgh intern.
ReplyDeletep.s: kwn u zuhaida tu akak dah bg tau dia yg akak kenal u. akak panggil dia Zu.
Musim-musim intern ni.
Deletehehe.. terasa kecik je dunia
Selamat menjalani praktikal Kawi.
ReplyDeleteAdeh, mahal caj parking tu. Kena cari tempat yg lebih murah la. Bengkok la purse sehari parking 13 hinggit huhu
Tu yang cari alternatif lain..
DeleteDengan petrol, tol dan parking kalau bayar semua dekat 8-900 juga tu nanti.
Semoga di permudahkan segala urusan Internshipnya. Rindu zaman2 interview & handle budak2 intern dulu2 masa kerja HR. Macam - macam ragam dan perangai.
ReplyDeleteWahhhh... HR... salute bila jenis kena handle pelbagai ragam pekerja.
DeleteSelamat bertugas Kak Widad.. pengalaman pertama memang macam-macamlah ceritanya kan Ibo.. nanti dah selesa, jadi seronok
ReplyDeleteSo far 3 hari nampak dia seronok.. sempat ikut kursus sampai Bangi sana. Kemain jauh kena drive.
DeleteWaaah selamat kak widad.... Semoga banyak ilmu yang di dapat dari pengalaman intern yaaaa. 🤗
ReplyDeleteMahaaaal memang parkir nyaaa. Kalau dapat yg free bagus juga.. cuma pastikan keamanan saja.
Yang free tu ramai juga yang park tapi kakak pun tak sure tempatnya di mana. Cuma kena sampai awal lah.
Deleteselamat bertugas jd intern kak widad...kalo hujan lg la jammed area situ
ReplyDeleteTu lah.. serammm
DeleteRasa kejap dah intern eh... selamat bekerja dengan dedikasi hehee... 💪💪
ReplyDeleteKihkih.. harapnya terus bersemangat😆
DeleteKita ni yang dah lama kerja kalau boleh laaaa ni nak benti.. tapi gaji nak jalan😅
Excited sampai 5.30 pagi dah siap, memang terasa semangat hari pertama intern tu 😄 Semoga enam bulan Kak Widad dipermudahkan, dapat banyak pengalaman dan rakan sekerja yang baik. ❤️
ReplyDeleteSetakat 5 hari ni memang dia siap awal.. sama macam zaman sekolah. Jenis tak payah kejutkan dia.. know² siap😅
DeleteSelamat nerintern Kawi. Semoga dipermudahkan sehingga selesai.
ReplyDeleteAamiin... terima kasih cikgu Amie🥰
DeleteBaru seminggu ni.. harap Kawi terus belajar.
Selamat menjalani latihan industri Kak Widad..buat yg terbaik ye..mana tau boleh diserap terus kerja nanti...x sabar nak tunggu Dania Intern tahun depan..
ReplyDeleteSenior dia yang intern jadi protege pulak... harap Kawi boleh diserap nanti.
Delete