Pages

Sunday, March 16, 2014

Hujan membawa jerebu pergi juga perkembangan terbaru

Hari ni pagi membawa ke petang duduk bertapa dalam rumah. Jerebu yang makin menyesakkan membuatkan ibu sendiri rasa nak menyorok bawah gebar. Mata pedih dengan bau asap. Batuk pula bertandang. Dah beberapa hari mengalaminya. Memang seksa bilamana batuk yang membawa muntah.
Jerebu ni pun bukan boleh dihalang dari memasuki rumah sebab adalah lubang2 di atas setiap tingkap sebagai laluan udara. Ibu buka tingkap sedikit sahaja sebab mana mungkin duduk di dalam rumah yang bertutup. Sendat rasanya.

Ayah pula bertugas di UIA kerana konvo kolej diadakan di sana. Menjelang jam 2 baru tiba di rumah. Petang tadi alhamdulillah hujan. Pembenihan hujan dan dengan izinNya. Dekat jam 4, lebat tapi tidak mengambil masa yang lama. Dalam 15 minit jer.

Petang kami decide bawa anak2 ke Setia City Mall. Jam 6 tu hujan kembali. Kali ni dengan lebih lebat dan sebelum tu angin agak kuat. Kali ni lama sikit dan harap hujan tu dapat menambah jumlah air di empangan-empangan yang mengalami kemerosotan kuantiti air.

Tak plan nak makan apa pun sebenarnya. Last decision makan KFC jer lah.
Ada set ayam percik. Kuah percik tu ibu rasa masin sket. Takde lah kick sangat pun.

Bami yang kelaparan. Tengahari tadi pun makan lewat. Ibu sediakan sup ayam untuk dimakan dengan nasi dan juga mi kuning.

 Lepas makan lepak2 di playground. Ibu dan ayah layari internet lah dulu.

2 orang budak yang kegembiraan bila dapat berjalan2. Huhu... 3 weeks ibu kerja Saturday. Hari ni and another 3 more Saturday, adalah off day ibu. hoyayyyy

Where to next week????

Kehilangan MH370 memasuki hari ke-8. Pencarian diperluaskan hingga ke Lautan Hindi kerana ada petunjuk baru.

Ya Allah, permudahkan urusan kami.

No comments:

Post a Comment