Pages

Monday, April 23, 2018

Carrot Cake


Resepi Kek Karot Walnut
Sumber; Wana @ Potret Kasih asal Joy of baking
Oleh; Dapurmamasya

Bahan2nya
1 cawan walnut atau pecan (100 g) – ganti dengan walnut
2 1/2 cawan karot yang telah diparut ( 340 g)
2 cawan tepung all purpose (260g ) - guna tpg gandum biasa
1 sudu teh baking soda
1 1/2 baking powder
1/2 sudu teh garam
1 1/2 sudu teh serbuk kayu manis
4 biji telur
1 1/2 gula halus ( 300 g) - (boleh kurangkan kepada 1 1/4 cawan)
1 cawan minyak jagung/sayuran/canola ( 240 ml)
2 sudu teh vanilla essen

Untuk Frosting
1/4 cawan butter ( 57 g)
8 oz cream cheese ( 270 g)
2 cawan gula halus ( 230 g )
1 sudu teh vanilla essen
1 sudu teh kulit lemon yang telah diparut

Cara penyediaan

1. Bakar kacang walnut selama 8 minit hingga perang dan wangi.
2. Dalam sebuah bekas satukan dan ayak tepung, baking soda, baking powder, serbuk kayu manis serta garam. Ketepikan dulu.
3. Pukul telur hingga sebati ( 1 minit). Masukkan gula dan pukul ( 3-4 minit) lagi.
4. Masukan minyak jagung dan essen vanilla. Pukul sebati.
5. Masukan tepung yang telah diayak tadi. kacau perlahan2.
6. Dengan menggunakan spatula atau senduk kayu masukkan karot yang telah di parut serta walnut.
8. Kacau hingga rata. Bila telah rata bahagikan 2 bahagian dan bakar selama 25-30 minit.
9. Sejukkan dahulu barulah di hiaskan serta dilapiskan dengan topping/ frosting.
** cara no 2, bakar semua adunan selama 40 minit kemudian bila telah sejuk belah dua ( melintang). Setelah di potong lapiskan dengan frosting.

1 kotak cream cheese philadelphia
1/2 tin susu pekat manis ->> letak 1 cawan (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul-ketul).
guna hanya 1/2 resepi di atas, tambah :
1 cawan whipping cream -pukul
1 sm jus lemon

Untuk Toping:
1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)

Cara:
1.Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
2.Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi ke seluruh kek sebagai toppingnya.
3.Masukkan dalam peti ais dalam 1-2 jam.Lepas tu baru potong.


Resepi di atas dari dapurmamasya. Kelainan pada frosting je.

**Untuk frosting, ibu buat cara dibawah.

1. 1 tiub Tatura 250g
2. 1/2 tin susu pekat
3. 1 sudu makan jus lemon
4. sedikit parutan kulit limau

Pukul rata bahan-bahan di atas dan ratakan pada kek


Masyaallah.. nengok pic ni pun dah teringin. Kek yang lembut dan sedap rasa.
Resepi kek karot yang ringkas dan sedap,

No comments:

Post a Comment