Innalillahiwainnailaihirojiun
Jam 4 pm tadi ibu saudara ibu, Hajjah Sotimah Bt Kassim balu kepada wak Haji Bordani Bin Haji Suandi telah pulang ke pangkuan Nya. Panggilan Wak Sutimah. Wak Bar adalah abang kedua nenek dari 7 orang adik beradik.
Untuk ingatan, adik beradik nenek adalah Hj Ardani, Hj Bordani, Hajjah Masiah, Haji Asri, Hajjah Ngadinah (nenek), Haji Muner dan Haji Turiman.
Asbab kematian jatuh ketika menyiram pokok bunga pada 2.4.18 Kemudian dimasukkan ke icu apabila ada kecederaan di perut. 2 kali menjalani pembedahan dan selepas pembedahan kedua.... Allah lebih menyayangi.
Nenek Timah duduk ditengah-tengah.
Gambar ini dirakam pada 1.4.2018 semasa majlis perkahwinan Zulaika iaitu anak sepupu ibu, Suzanah Resad.
Siapa sangka.. 2 minggu selepas itu nenek Timah meninggalkan semua. Teringat-ingat masa di kenduri, nenek Timah nak duduk lama2 di rumah kenduri.. petang2 sikit baru nak balik sebab takde apa nak dibuat di rumah.
Dalam hati ibu... nenek Timah nak jumpa saudara mara yang lain. Sebab masa keramaian macam ni lah dapat berkumpul adik beradik.
Sempat ibu berseloroh dalam grup whatsapp Keluarga Suandi Juriah... "so suweet... makan beradab".
Mereka berdua makan rojak mi yang ibu ambilkan dan mereka nak berkongsi sahaja...
Sementelaah.. wafi tolong ambilkan buah tembikai dan jelly kelapa... aduhh.. teringat moment2 bila yang muda ambilkan makanan yang mereka suka..
Allah... kalau tau Allah akan jemput.. akan ibu duduk lama2 dan berbual2 lagi huhu...
Gambar selfi ni pula dari sepupu ibu Kak Salina. Masa kami selfi tu nenek Timah cakap... wak pun nak gambaran jugak (dengan nada jawa).
Again... kalau kita tau, mesti akan ambil gambar banyak-banyak kan...
Perancangan Allah siapa yang tahu.
Ibu agak rapat sebab masa kecik2 biasa tidur di rumah nenek Timah sebab anak nenek ada yang sebaya ibu.. malahan adik beradik yang lain teman sepermainan.
Jenazah dibawa pulang ke rumah dalam jam 9.30 pm setelah siap dikapankan di HTAR. Pulang ke rumah sebentar untuk disolatkan dan terus dibawa ke tanah perkuburan untuk dikebumikan. Urusan selesai sekitar jam 11.30 pm.
Semoga wak Sutimah diampuni segala dosa, ditempatkan bersama2 golongan orang2 beriman, dilapangkan kuburnya.
Buat anak-anak nenek Timah dan keluarga... semoga tabah dan redha di atas pemergiannya.
Al Fatihah
No comments:
Post a Comment