Menu ringkas yang membangkitkan selera ketika sahur.
Sambal kentang & bilis
Bahan-bahan
1. 2 biji kentang
2. 1/2 genggam ikan bilis
3. 1 biji bawang merah besar
4. 3 ulas bawang putih
5. 10 biji cili padi
6. 1/2 inci belacan
7. Garan dan gula
Cara-cara
1. Kentang dipotong nipis dan goreng agak2 garing dan ketepikan.
2. Bilis digoreng garing dan ketepikan.
3. Blend cili, bawang merah, bawang putih dan belacan.. (ibu hiris je bawang merah tu sebab bawang putih n cili memang dah siap blend asing2 untuk stok masakan)
4. Tumiskan bahan blend hingga naik bau. Masukkan garam dan gula secukup rasa. Garam tak perlu banyak sebab ikan bilis dan belacan dah masin. Kacau rata.
5. Agak2 dah garing.. masukkan kentang dan bilis.. kacau sekejap dan tutup api.. kacau lagi bagi rata.. boleh juga sebelum masukkan kentang dan bilis tu terus tutup api dan kacau rata sebab taknak jadi terlalu garing.. nanti liat pula.
6. Angkat dan boleh dihidang bersama nasi panas. Boleh juga diratah.
Selamat menjamu
No comments:
Post a Comment