Pages

Sunday, May 6, 2018

Tips menabung untuk keluarga


Cara tabungan bagi Shohari Clan adalah sebanyak RM30 sebulan. Idea ini diambil sekembalinya kami dari bercuti di Pulau Pangkor pada tahun 2011. Disebabkan ada yang tidak dapat commit dan masih belajar maka seramai 5- 6 orang ambil bahagian pada peringkat awal ditubuhkan. Sekarang 8 orang mengambil bahagian.

RM30 x 8 orang x 12 bulan = RM2,880.00

Sebanyak RM2,880.00 terkumpul setiap tahun dan hasil daripada tabungan telah disalurkan kepada :-

  1. Percutian keluarga
  2. Renovate rumah mak abah
  3. Belian untuk keperluan perubatan abah
  4. Sumbangan kematian kepada keluarga terdekat
  5. Makan2 keluarga

Anggaran yang kami kumpul semenjak tahun 2011 adalah hampir RM16 ribu. Wowww… besar juga jumlahnya. 

Setiap ahli perlu menyerahkan kepada mak dan akan dimasukkan ke dalam bank. Kami telah membuka akaun bersama (2 penama) untuk tujuan simpanan dan pengeluaran.



Ini adalah listing yang kami buat. Treasurer akan tandakan sekiranya pembayaran telah dibuat.

Ini adalah contoh ringkasan kutipan dan perbelanjaan untuk 7 tahun.
Setiap tahun perlu ada penyata kewangan yang lengkap dan diedarkan kepada ahli keluarga dan telah diperiksa untuk memastikan ketelusan.
Oh ya… bukan kami menghabiskan keseluruhan duit untuk tujuan percutian… biasa hotel dan makan2 akan guna duit tabungan manakala duit minyak dan tol juga tiket entrance setiap keluarga bayar sendiri. Kecuali untuk mak abah dan juga adik2 yang belum bekerja.

Dengan cara tabungan begini, setiap percutian takde lah begitu membebankan sebab kita hanya top up ikut keperluan. Dan dengan percutian beramai2 banyak yang boleh dijimatkan sebab biasa kami akan ambil homestay yang ada ruang memasak dan boleh masak sendiri. Almaklumlah keluarga besar.. Jika keseluruhan join, dalam 50 orang ahli keluarga. 

Walaupun kutipan hanya RM30 dan mungkin terlalu kecil untuk orang lain, tapi alhamdulillah.. cukup untuk kami dan yang penting adalah konsistensi dan kerjasama.

No comments:

Post a Comment