Tak boleh lama sebab nak ke Sungai Besar. Zass balik rumah solat zohor dan ambil beg. 2.30 pm kita bertolak. Sepanjang jalan hujan turun samada lebat atau renyai2.
Jalan dibeberapa bahagian sedang dalam pembinaan. Kalau sebelum raya tak siap ada kemungkinan berlaku kesesakan.
Destinasi pertama.... check in hotel dulu. Masa ni hampir jam 4.30 pm. Sementara ayah check in, ibu beli kuih muih untuk juadah buka. Anak2 tunggu dalam kereta.
Oh ya... kami stay di Hotel Grand Court Sungai Besar. RM120 semalam.
Bilik air yang bersih dan yang best toilettries memang lengkap. Sesetengah hotel hanya sediakan sabun, bath foam dan syampu je. Yang ini ada berus dan ubat gigi dan segala shower cap dsb.
Katil super queen dan super single. Kami rapatkan katil jadi semua boleh tidur atas.
Lepas check in kami tak masuk bilik terus... tapi terus ke Arked Man untuk mencari baju raya.
Arked Man memenuhi kehendak kami kerana di sana ada menjual pakaian siap perempuan, lelaki, kanak2, tudung, pakaian solat, malah pakaian untuk haji juga ada. Kot ada yang cari brooch dan butang baju melayu pun ada. Kain pasang juga ada.Material baju melayu pun dari kain yang cantik. Sepasang RM110 sahaja termasuk gst.. selepas 1.6.18 gst pada kadar 0% ye hehe...
Pilihan jubah dan kurta dengan pilihan warna yang pelbagai.
Selepas beli baju melayu ayah dan abang Imi juga jubah untuk Wafi kami kena beredar dulu untuk bersolat asar dan membeli juadah berbuka.
Sebelah je dengan Arked Man ada bazar ramadhan. Memandangkan hujan nak turun lagi cepat2 kami beli. Berbuka dalam bilik je. Sahur pula ibu dan ayah beli nasi dan lauk juga minuman panas di Restoran Mamak yang dibuka 24 jam. Masa kami sampai jam 4 am tu ramai pelanggan sedang menyaksikan perlawanan akhir Liga Juara-juara. Real Madrid vs Liverpool.
Jam 9 am ibu & Kak Widad bersiap menyambung shopping. Wwwaaahhhh.. dapat shopping dengan tenang.. mereka bertiga masih tidur lagi.
Arked ni dibuka jam 9.15 am - 6.15 pm manakala hari Sabtu sehingga jam 9.15 am.
Tema tahun ni.. memang tak plan pun nak kaler apa tapi bila dah sampai nampak kaler ni agak berkenan.. so ambil je lah.
Untuk yang gegirl boleh adjust the colour lah kan.
Ibu n kawi siap sopping dalam jam 11.30 am. Masa untuk balik lah.. duit pun dah banyak lebur hehe...
Review tentang pricing di Arked Man.
Untuk baju melayu memang affordable since RM110 sepasang dan material yang elok. Ini kali ke dua beli baju melayu di situ dan abang Imi sangat puas hati. Kalau beli kain dan tempah dengan upah RM90 ke RM100 belum masuk kain.
Tahun sebelum tu beli di PKNS tapi material tak best sangat.
Baju Kawi pula boleh dapat dalam RM400 untuk 3 pasang compared yang dia nak beli online RM350 sepasang... istighfar sambil lap peluh ibu dia ni dengar rege gitu walau dia cakap nak guna duit sendiri.
Kawi pun sangat puas hati dengan pilihannya dan cakap raya tahun2 aka datang nak beli di situ lagi.. insyaallah jika arked masih terus menjual baju2 yang up to date ikut perkembangan semasa.
Sehingga ketemu lagi. Daaa...
mantap, suka sekali kalau dah beli baju beli kue buat hari raya
ReplyDeleteAduhhh... nak buat kuih raya entah bila pula hehe..kena tunggu rajin pula.
ReplyDelete