Sabtu semalam lepas pulang dari ofis dan zohor terus zass ke Pasar Jawa Klang. Cadangnya nak ke Banting mencari kerepek atau kudapan untuk kenduri paksu. Oh ya.. paksu akan berkahwin beberapa hari sebelum Raya Haji. Majlis di Kulim pada HRH ke 2.
Memikirkan perjalanan yang agak jauh ke Banting, ibu fikir beli sahaja di Pasar Jawa. Mungkin harga sedikit mahal tapi bila dicongak dengan kos perjalanan dan masa, lebih praktikal jika dibeli sahaja di Klang. Lagipun bukan nak beli banyak sangat macam nak jual semula.
Banyak pilihan di Pasar Jawa ni.. pelbagai jenis kerepek dan keropok yang datang dari pelbagai tempat.. Banting, Sungai Besar? Sekinchan dan sekitar Klang.
Kerepek ubi, pisang, keladi, keledek, sukun, maruku, kekacang dan sebagainya.
Lejen ni.. cendol RM2 dan rojak RM4.
Memang sedap lah.. kena dengan selera.
Sebelum tu pergi Emporium Makan berdepan dengan Pasar Jawa. Tak ada plak cendol.. rojak situ memang sedap tapi pricy lah plak RM6 hehe.. berkira sebab dah nampak yg RM4. Tapi Emporium Makan memang tempat feveret atuk.
Kalau makan rojak mesti teringat atuk.
Alfatihah buat abah, Mohd Shohari Bin Chudi.
Habis cendol dan rojak, bersambung pula ke AEON Shah Alam.. dok mencari Dettol sanitizer untuk Wafi. Dengan HFMD sekarang ni, memang laku keras lah. Watson, Caring, Wellness semua out of stock. Rupa2nya banyak je di AEON. Settled.
Lepas shopink baju Kawi dan makan2, singgah rumah Cik Elis. Solat Maghrib dan Isya. Dijamu pula nasi ayam.. ohh.. penuh perut hari ni.
Alhamdulillah.
Ahad... hari untuk relax2 di rumah. Begitulah rutin nya.. ibu lebih suka selesaikan kerja2 dan jalan pada Sabtu dan seharian di rumah pada hari Ahad.
No comments:
Post a Comment