Pages

Monday, October 29, 2018

Demam lagi

Malam tadi pun demam.
Pening sikit katanya.
Pagi ni panas lagi.
Lepas breakfast dan makan ubat nampak macam dah kebah.
Bagi rehat dulu sebelum ke sekolah.

Ibu suruh cuti je. Rehat kat rumah nenek. Tak nak pulak sebab kena hantar buku teks SK & SRA.

Balik tadi mengadu rasa tak selesa.
Di sekolah tidur. Ada nangis sebab rindukan ibu. Macam ni lah Wafi selalunya.. dari kindy lagi.. kat sekolah mesti nangis bila rindu ibu.

Anak o anak..
Cepat baik ye sayang.
Boleh kita main2.

Abang Imi plak start final exam hari ni.
Ada 4 paper.
Semoga Bami tenang2 jawab exam.
Buat yang terbaik.
Usaha & berserah.

Ibu doakan anak2 ibu sentiasa dalam lindungan Allah.

Studio 14 - Part 3

Ok.. last entry.
Sebab kita pun nak check out cepat (cepatlah sangat) maka pagi2 dah sediakan breakfast.
Wafi plak demam. Nak mandi pool juga.. bagi makan kemudian makan ubat.
Bila rasa dah ok.. baru turun.
Itu pun pesan mandi sekejap je.

 Nasi goreng tomyam, nugget dan roti.
Dengan noxxa semua jadi haha.. simple je tapi kenyanglah sampai ke tengahari.

 Sebelum balik singgah ECO Ardence. Nak beli barang sikit di Jaya Grocer.
Sempatlah Wafi main.
Cuaca sangat redup. Best jalan di sekitar taman.
Yang tak best sebab area situ dog friendly.. nampaklah orang makan bawak anjing sekali.

Restoren non halal banyak.
Tak makan pun area situ.

 Pic ni tertinggal hehe.
Library di Studio 14. Bolehlah kalau nak duduk2 membaca. Tempat pun selesa.

Tempat selesa.. kabin2 yang diubahsuai.
Taman sekitar tasik pun bersih.

Saturday, October 27, 2018

Studio 14 - Part 2

Malam lepas maghrib tu kita sambut birthday Amsyar Haziq aka Angah.
Senyum je dia.

Ni je cousin yang ada malam ni.
Birthday berlatarbelakangkan Bandaraya Shah Alam.

 Birthday Angah ke 4.

 Angah dan family.

 Mak sedara yang hover.

 Lepas makan kek, makan nasi plak.. lauk sardin dan kobis goreng.

Malam ni nyer decoration by Kak Widad.
Nampak 2 ekor arnab lumut tu... pelik aihhh... tapi diorang suka je.

Malam sambung lepak tengok game final Piala Malaysia, Terengganu vs Perak.

Stadium ok dah padahal petang tadi punyalah hujan lebat masa dalam perjalanan ke studio ni.

Ok.. sambung tengok bola.

Studio 14 - Part 1

Sebelum exam akhir tahun dah cakap kat Wafi nak bawak mandi kolam. 
Kali ni cari yang dekat2 juga.
Studio Fourteen di Shah Alam
Rate RM110 semalam.
Bilik studio je.

 Geng pertama sampai. Tak sabar nak mandi.
Sebelum tu alas perut dulu. Ada tempe, cendawan goreng, laksa dsb.

 Ni lepas hujan.. pool berbumbung. Otw tadi memang hujan selebat2nya. Beberapa jalan naik air. Seram juga sebab tak biasa jalan Shah Alam ketika hujan turun.

 Nak sambut birthday Angah.
Alya plak demam eh.. sorang2 demam dan kebah.
Ali guli pun sibuk nak mandi.

Kids memang enjoy je mandi.

Wednesday, October 24, 2018

Tahun 1

Gambar2 anak ibu ketika mahu melangkah ke Tahun 1
Abang Imi 2007
Kakak Widad 2009
Wafi 2017

Love you infinity.
๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜๐Ÿ˜

Monday, October 22, 2018

Demam 1st day final exam

Hari ni si kecil demam.
Hari ni juga start final exam SK & SRA.
Start demam balik dari sekolah jumaat haritu. Malam bagi paracetamol je.. sabtu petang dah baik.
Ahad semalan pun elok je.. all out buat revision.
Malam tadi nak tido cakap mata pedih dan panas. Petanda demam nak mula. Bagi lah ubat demam lagi.. jam 3 am demam lagi. Makan ubat lagi.
Bangun pagi demam masih bersisa.
Ke klinik lah jawabnya.
Viral fever doc cakap.
Tekak bengkak sikit. Perut masuk angin.
Ye lah.. malam tadi mana nak makan sangat.

Dapat mc. Ibu kena bagitau sekolah.
Alahai.anak.

Saturday, October 20, 2018

Her trip to Ipoh

Dapatlah kak Widad ke MAPS Ipoh.. cikgu open to form 4 since ada kekosongan yang actually untuk pelajar lepasan PT3 ritu.

 Enjoy betul diorang ni di MAPS.
Beakfast di RnR.

Bermalam di resort Chemor.
Pagi ada jungle trecking.

OK... 5.30.nanti ibu ambil di sekolah ya.

Eh... amboiiii... dengan kakak sendiri taknak selfie ke๐Ÿคฃ

Assalamualaikum wbt.
Hari ni Sabtu, ibu ketja full day.. ganti yang Raya Haji kalau tak silap. Di ofis ada 4 orang je.. ada yg ambil cuti dan ada yang join treasure hunt suppliers club.

Tetiba nak share picture yang Cik Fatin share dalam grup family.
Ya... selfie student n lecturer tapi ni lebih pada seorang adik dan kakak๐Ÿ˜€

Cik Quzai yang baik dan cemerlang dalam bidang nya sekarang. Semoga terus sukses.

Ini final year cik fatin.
Semoga lepas ni sambung ke degree master dan phd.

Go go cik fatin!!

Sunday, October 14, 2018

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Oktober 2018

Alhamdulillah... kali ke 3 berkesempatan join aktiviti SAHTK.
Kali ni dapat tshirt sempena kempen Breast Cancer.
Woww.. pink.. ai like.
Keluar pun lewat sikit sebab jam 5.30 am bangun tu masih belum buat decision nak pergi since mengenangkan ayah pun sampai lewat dan pagi tadi masih hujan walau renyai2.
Bila tanya Wafi.. terus bangun nak pergi sebab ada Alma.

Keluar jam 6.15 gitu.. sampai dalam 6.40.. hujan renyai pula. Beratur panjang untuk daftar dan dapatkan tshirt.

Sementara tunggu acara dilepaskan.

Senamrobik dan warm up dulu.

Pic ni mamarazi yang snap๐Ÿ˜€
Cik Safiah sepupu ibu yang kerja di MBSA.. bertugas pada hari itu. Booth ni dapat wafer percuma.. #sayasukasayasuka๐Ÿคฃ

Ni dah nak penghujung.. kakak cantik offer anak2 naik.. suka lah mereka.
Kali ni route 7km.. biasa 5km. Banyak game in between.. masuk je lah.. saje suka2.


Nampak tak lumayannya bila join aktiviti SAHTK.. masuk game dapat cenderahati.. hehe.. suka benda free ni๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€
Ada juga yang dapat tanpa perlu join game. Aiskrim tu memang kenyang lah sedut.. camne ni.. 7km kalori bertambah pun ada๐Ÿ˜‚

Jalan je... tak perlu lari.. tapi peluh memang keluar. Cuma hari ni cuaca redup dan hujan renyai2 seketika.

Ni masa beratur nak daftar.. panjang barisan. Dapat tshirt pun saiz XXL. Ok lah.. sebab badan pun dah sebesar kerusi makan๐Ÿคฃ

Ada piknik Dhuha.. kali ni tajuk tentang pemakanan sihat.

Nasi lemak dan teh-o disediakan. Cik zie beli burger plak..
Lepas tazkirah ada pulak makanan sihat untuk breakfast... bahan2 organik.. ada lempeng cicah sambal bilis.. yummeh

Alhamdulillah.. kenyang + dapat sedikit ilmu.

Dari lensa penganjur..ehhh.. lawa lah pic ni.. pink tu nampak striking.

Terima kasih juga pada penganjur.. insyaallah bulan depan kita jumpa lagi๐Ÿ˜—๐Ÿ˜—๐Ÿ˜—

Saturday, October 13, 2018

1st Gathering Raya Suandi & Juariah 2018

Weekend minggu keempat Syawal 2018.
Comittee adalah cucu2 tapi di bawah naungan barisan mak2 dan abah2.
Ibu dipilih jadi bendahari.. biasalah... kutip sumbangan RM300 dari setiap keluarga. Buat budget untuk khemah, pinggan mangkuk cawan dsb..
Makanan setiap keluarga contribute... ada sate, lemang, nasi impit, laksa, mi jawa dsb nya.

 Ibu dibantu adik beradik lain jaga pendaftaran... alhamdulillah... kehadiran hampir 90%.

 Kak Lin, ratu selfie.
Bersama Kak Ucuk, Abg Jelan dan Mat.

Family nenek... tapi nenek takde.. nenek masi plak yang ada๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€
Ini memang win... nenek tidak dijumpai๐Ÿคฃ
Ibu dan ayah ke kedai beli plastik.. diorang bergambar cepat sebab ada yang berurusan lain.

Alhamdulillah segala urusan berjalan lancar.

Monday, October 8, 2018

Profesor Sains

Katanya nak jadi Profesor Sains.
Alasan... suka subjek Sains.
Masa di tadika kata nak jadi nurse orang bersalin sebab Kasih nak jadi doktor orang bersalin. Kalau ada doktor mesti ada nurse kan๐Ÿ˜‚

Tahun 1 kata nak jadi polis.

Errmmm... apa2 lah Wafi.
Semoga apa yang dihajati akan dimakbulkan Allah.
Yang penting ada usaha yang berterusan.

Tahun 3 tak tau lah pulak cita-citanya nanti ๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Saturday, October 6, 2018

Smiggle oo Smiggle

Ibu pertama kali baca tentang brand Smiggle ni di blog Vivy.. proudduck.com 
More tu barangan keperluan sekolah lah gitu.. brand dari luar negara.

2 minggu lepas Wafi ada bagitau yang ayah Khalisya akan bagi hadiah Smiggle akhir tahun. Lalu, balik rumah Wafi tanya Smiggle tu apa.. ibu minta dia search di internet.

Wowwwwww... ayat pertama dia.
Haaa... sudah..
Dia cakap boleh tak ibu belikan.
Pitammmm

Ibu cakap kalau PAT dapat no. 1 hingga 3 je boleh dapat.
Muka dah sedih.

Google lagi kot2 ada yang murah.. katanya ada pensil tekan RM3.80

Mungkin kot.. kalau tengah sale.

Lepas tu Wafi search plak Smiggle paling dekat... siap screenshort.. haahh.. sudah.. katanya ada di SCM.

Jadi ahad lepas sesaja jalan2 ke SCM. Preview dulu kedai ni. Sebelum ni ibu buat tak endah je bila nampak๐Ÿ˜๐Ÿ˜
Check harga.

Bila tengok price range macam tak masuk akal. Sebab fikir... brand antarabangsa tapi made from.China๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€

Tapi diakui laaa barang kat situ lawa2... pinky, purple... bling bling

Ni lah kedai Smiggle di Setia City Mall.

Gembira bila dapat walau pensil tekan je.. sebab target yang mahal tu nanti dapat hadiah๐Ÿ˜†๐Ÿ˜†

Siap bawak duit sendiri RM6 nak beli.
Bila tengok price... RM12.90

Pitammmm

Belikan lah juga... pembakar semangat.

Slogan mereka lah tu.

Bagi makpak bukan giggle... tapi GIGIL๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ๐Ÿคฃ

2 hari lepas dapat surat cinta dari Wafi.

Alahai anak... oo anak
You make my day lah.
Ada je luahan perasaan.

Ibu pun rindu dan sayangggg Wafi banyak2.
๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท๐ŸŒท

Friday, October 5, 2018

Happy Birthday Rahimi yang ke 18

 Hanya kiriman doa ibu titipkan semoga Bami sentiasa sihat dan di bawah lindungan Allah.

Impromptu je hari ni cari Party Deco yang boleh buat delivery. Konon nak surpriselah. Cakap dengan Bami ada kawan ibu datang nak buat survey tentang campus life. Bami dah cuak sebab ada orang mesej cakap nak datang hantar barang.

Adoii... hampir terbongkar.. ibu cakap kawan ibu tu bagi cenderamata sekali sebab tolong jawab survey๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚


Muka masih terkejut lagi..
So sweetlah Bami ni.
Malu katanya sebab jumpa di kantin. Mujur bukan jam 12 tadi masa semua student lunch.

Ibu dapat dari Cik Quzai.
Delivery pantas dan perkhidmatan terbaik. Response yang cepat... tak sampai 3 jam settled semua.

Ok Bami... ada rezeki, kami bagi yang lagi best๐Ÿ˜€๐Ÿ˜€
Biasa kita sambut makan sama2... tapi kali ni Bami jauh di Muadzam.
Jumpa lagi ya.. lepas exam.