Pages

Sunday, October 14, 2018

Shah Alam Hari Tanpa Kenderaan Oktober 2018

Alhamdulillah... kali ke 3 berkesempatan join aktiviti SAHTK.
Kali ni dapat tshirt sempena kempen Breast Cancer.
Woww.. pink.. ai like.
Keluar pun lewat sikit sebab jam 5.30 am bangun tu masih belum buat decision nak pergi since mengenangkan ayah pun sampai lewat dan pagi tadi masih hujan walau renyai2.
Bila tanya Wafi.. terus bangun nak pergi sebab ada Alma.

Keluar jam 6.15 gitu.. sampai dalam 6.40.. hujan renyai pula. Beratur panjang untuk daftar dan dapatkan tshirt.

Sementara tunggu acara dilepaskan.

Senamrobik dan warm up dulu.

Pic ni mamarazi yang snap😀
Cik Safiah sepupu ibu yang kerja di MBSA.. bertugas pada hari itu. Booth ni dapat wafer percuma.. #sayasukasayasuka🤣

Ni dah nak penghujung.. kakak cantik offer anak2 naik.. suka lah mereka.
Kali ni route 7km.. biasa 5km. Banyak game in between.. masuk je lah.. saje suka2.


Nampak tak lumayannya bila join aktiviti SAHTK.. masuk game dapat cenderahati.. hehe.. suka benda free ni😀😀😀
Ada juga yang dapat tanpa perlu join game. Aiskrim tu memang kenyang lah sedut.. camne ni.. 7km kalori bertambah pun ada😂

Jalan je... tak perlu lari.. tapi peluh memang keluar. Cuma hari ni cuaca redup dan hujan renyai2 seketika.

Ni masa beratur nak daftar.. panjang barisan. Dapat tshirt pun saiz XXL. Ok lah.. sebab badan pun dah sebesar kerusi makan🤣

Ada piknik Dhuha.. kali ni tajuk tentang pemakanan sihat.

Nasi lemak dan teh-o disediakan. Cik zie beli burger plak..
Lepas tazkirah ada pulak makanan sihat untuk breakfast... bahan2 organik.. ada lempeng cicah sambal bilis.. yummeh

Alhamdulillah.. kenyang + dapat sedikit ilmu.

Dari lensa penganjur..ehhh.. lawa lah pic ni.. pink tu nampak striking.

Terima kasih juga pada penganjur.. insyaallah bulan depan kita jumpa lagi😗😗😗

No comments:

Post a Comment