Pages

Monday, January 14, 2019

SAHTK Januari 2019

13.1.2019
Ahad minggu ke dua.

Kali ni untuk daftar Big Walk melalui applikasi JomRun. Pendaftaran dalam 6000 orang.. makaihhh... ramainya.. bila SAHTK buat camni... mmg ramai sebab free kan.. tambahan ada 1000 tshirt dan medal disediakan. Pendaftaran 200 terawal confirm dapat tshirt manakala selebihnya beratur jam 6.30 am.

Masa ni dalam jam 6.20 am.. ramai dan queue tersangatlah panjang.. ibu beratur je since memang hala ke stage. End up ayah cakap tak payah lah.
 Rupanya memang tak akan dapat pun... cousin yang beratur jam 6 am pun tak dapat.

Pakai baju family day.

1st time joiner😁
Good luck Ali.

Ntah apa yang dimuncungkan dek Cik Baya ni.
Kitorang just fun run.je... bagi keluar peluh... ehh... sebenarnya jalan je pun  🤣

Lepas habis 5km... lepak sini sementara tunggu Piknik Dhuha jam 9.00 am

Pelumba motorsikal negara dan personaliti tv..
Adehhh... peserta basikal lambat😂

Grup foto dengan Stark😆😆

Masa piknik disediakan nasi lemak dan kopi o.. kali ni takde kuih-muih.. kami dah bawa roti2.

Aktiviti wajib kanak2... choochoo train.

Ramai gak crowd kali ni.

Ni lah medal yang jadi kontroversi.. cantikkan... kitorang tak dapat pun sebab geng2 runner tegar lah yang dapat hehe...
Baca dalam komen page SAHTK teruk gak... meja terbalik... medal dirampas.

Semoga ada penambahbaikan di pihak SAHTK. Sebelum untuk dapatkan tshirt just beratur je.. takde daftar2 pun sebab SAHTK hanya war2kan di pagenya sahaja. Bila dah buka dalam JomRun tu yang ramai peserta dan pasti SAHTK pun tak sangka begitu ramai.

Mungkin lepas ni tak perlu sediakan tshirt... semua peserta boleh relax2 jalan2 or lari2dengan family.

Mengikut pandangan ibu lah kan... sebelum2 ni bila tiada tshirt disediakan.. maka peserta akan kurang... dan begitu sebaliknya.


Close up.



SAHTK bulan Januari ni tak banyak aktiviti disediakan sepanjang trek larian.. maka hadiah2 pun kurang.. ala2... bukan hadiah besar pun... air botol, jajan, sabun, gula2.. itu.pun dah seronok😀

Semoga MBSA dan SAHTK akan terus sukses.

No comments:

Post a Comment