Sukun biasanya digoreng atau dibuat kerepek. Ibu suka sukun yang sedikit masak, jadi bila digoreng ia agak manis. Boleh juga dimakan bersama sambal kicap.
Masa puasa ritu nenek bagi sukun tapi tak sempat goreng. Raya ketiga teringin makan bila tengok dah lembik. Isi masih elok.
Jadi last choice adalah dibuat cekodok@jemput2@jompot.
Resepi Jemput Sukun
Bahan-bahan
1. 1 biji buah sukun yang betul2 masal dan lembik
2. Tepung
3. Garan
4. Gula (jika suka)
5. Soda bikarbonat @ yis (jika suka kembung)
Cara-cara
1. Campurkan bahan di atas.. tepung bubuh sikit je. Gula dan soda tak bubuh sebab manis dah cukup. Kalau suka lebih manis tambahkan gula 2-3 sudu. Boleh rasa dulu sebelum goreng.
2. Goreng hingga keperangan.. masa angkat memang elok bulat kembong lama2 dia kecut. Yang ni ibu tak bubuh pun soda bikarbonat atau yis.
Cubalah... sedap.
Anak2 first time makan. Diorang kata pelik. Sorang makan sebiji ke🙄
Bami plak tanya... ibu goreng jompot tempoyak... hadoiiii lah anak!
No comments:
Post a Comment