Pages

Sunday, August 9, 2020

Kakak Widad Daftar Politeknik Sabak Bernam

Jumaat 7 pm bertolak ke Sabak Bernam. 2 jam juga perjalanan. Kita overnight di Hotel Sri Bernam.

7.8.2020
Pagi seawal 7.45 am bergerak ke Politeknik Sabak Bernam.
Sebelum tu singgah beli breakfast gerai tepi jalan, buat alas perut.

Hujan renyai2 mengiringi perjalanan pagi ni. Sampai Poli pun masih hujan. 
Tunggu jam 8.45 am untuk masuk register.


Register drive thru je.
Mula2 check temperature kat guard lepas tu register asrama, ambil kunci bilik.
Thats it. Kira setel hehehe.
Takde taklimat ibu bapa dan taklimat student.
Sebab yang lain kita dah register online.


Turunkan barang Kawi yang satu boot tu dan ibu tolong bawak since ayah kena jaga Wafi. @ orang waris je boleh iring.
Itupun sampai kat gate asrama. student kena angkut beg sendiri.
Sian Kawi kena angkut sampai tingkat 4.. dah lah beg agak berat. Kalau ibu boleh masuk, ibu tolong angkat.

Ok.. bila Kawi dah setel angkat barang semua, turun balik.. kita minum-minum dulu.

Ada budak lapar lah.. Kawi minum je.. cam biasa takmo makan.. tak lapar katanya.
Ibu tapaukan nasi goreng ikan masin. boleh makan tengahari nanti.
Sempat lagi beli beberapa barang lain di koperasi.

Jam 10 lebih camtu kita nak gerak balik dah ke hotel. Kawi akan mula program suaikenal jam 2.30 pm. Jadi Kawi ada masa kemas barang dan rehat-rehat dulu.

1st time berjauhan. sedih.
Semoga Kawi baik-baik di sana dan sentiasa dalam lindungan Allah.

Wafi dah mula sedih ni.

Kami bertiga je.. ayah dah tunggu kat kereta.

Masuk kereta dah meraung. walau selalu kena usik dan gaduh dengan kakak, bila tinggalkan kakak, dia pulak terlebih sedih.

Bye-bye kakak Widad.
Jumpa lagi ya.

And yessss.... kita terpaksa jumpa lagi hahahahhaah

Bila terima whatsap....

Tuala adik mana yer?

Masa tu tengah minum-minum kat KFC tunggu bilik siap. Ayah dah hijau dah tu.
Ayah kata, rasa dah 1-2 minggu prepare beg tapi boleh pulak tuala tu tak bawak.

Nak taknak kena lah hantar juga sebab kat koperasi takde jual. Mujur bawah hotel tu Kedai Kain Karnival.

Segala jenis tuala ibu belikan.. sekali dengan selimut sebab Kawi memang taknak bawak. Dia kan spesis darah panas heheheh...

Ok.. dah jangan nak kata tinggal barang lain.
Kami nak rehat kat hotel lepas tu plan nak jalan-jalan kat Teluk Intan.

Jam 1.45 pm kami sampai hotel.. rehat-rehat sekejap.
Jam 3 pm gitu bertolak ke Teluk Intan.

Siap makan-makan dan jalan-jalan, jam 5.00 pm camtu, masuk lagi whatsapp dari Kawi.

Kena guna laptop.
Sebab ada yag kelas online.
Semua bawak laptp tadi, 4 orang je tak bawak.
Minggu depan start guna.

Waaahhh.. ayah jadi hijau lagi sekali.

Terus call kawan kat Poli.
Kalau ikut kelas IT, lab cukup komputer untuk student tapi ada kelas lain yang lecturer akan buat kelas online.
Mereka tak paksa, jika ada student belum mampu boleh jumpa ketua jabatan.

Widad ni kan spesis yang kalau boleh nak juga.. nanti dia sedih, tau sangat perangai anak no 2 ni.. adoiiii..

Terus cari lokasi kedai komputer yang terdekat. Kalau beli kat Klang karang, nak kena hantar balik juga. Oh ya.... yang pasti check dulu bank akaun hahahhhaaa..
Mujur ada cash dalam tu sebab biasa memang tak simpan pun. 
Alhamdulillah... duit refund LHDN jadi penyelamat. Memang niat untuk buat belanja Bami dan Kawi bila mulakan semester baru. Tu yang tak transfer ke akaun lain.

Ambik ni je... within the budget. Kalau ikut ibu nak beli yang i5, 2699 kalau tak silap.. ayah kata i3 memadai.
Ok lah tu harap-harapnya.

Ni kalau kat Klang boleh dapat jauh lagi murah rasanya.
Pejam mata je lah.

Malam ayah test buat google meet.
Kamera semua ok.
Pandai2 lah nanti Kawi belajar.
Kan student IT.

8.8.2020
Pagi sabtu jam 9 am tu bertolak dari hotel ke Poli.

Jumpa sahabat ibu, Dr Mazura TPA kat Politeknik.
Dr NAzura ni unimate ibu kat UUM. After U pun masih berhubung dan kami masih bertandang ke rumahnya samada di Ipoh atau Setia Alam.

Bukan kaleng2 ni.. TPA jadi posment since kita tak dapat jumpa Kawi sebab sedang berorientasi.
Tq Dr Zura, siap bekalkan juga buah tangan.. adehhhh... banyak plak tu.

9.8.2020
Pagi ni terima whatsapp dari acik Mazura dah serahkan beg laptop kat Kak Widad.

Mereka pulak selfie berdua.

Ok Kawi.. panjang pulak entry ni.

Semoga cepat2 berdikari ya!

No comments:

Post a Comment