Pages

Monday, May 31, 2021

Lempeng di hari Ahad

Ahad tidaklah ke mana-mana. Makanya hanya lah entry makanan. 

Cadangnya nak buat roti kerca yang Acik Wazlina share.. tapi adunan jadi lembut pulak.. mungkin sebab tiada air kapur dan terlebih susu. Makanya jadiah lempeng.

Makan dengan kari ayam. Bendi tumis pun dah buat. Nasi untuk lunch juga siap. 

Nasi malam baru bersentuh. Itupun Wafi minta buatkan lagi lempeng. 


Bancuhan Wafi yang siapkan. Ibu instruct bahan apa nak masukkan. Alhamdulillah.. dah boleh diharap. Cuma ibu yang kena masakkan.. hurmmmm..

Memang lemau lah duduk rumah. Tak tau nak buat apa.. kemas pun macam tak tau nak kemas apa.. layan netflix sekejap. Browse medsoc pun jemu... nak tidur tak boleh. Panas kat luar membahang ke dalam rumah. 

Buat kerja ofis dah tepu.

Malam layan netflix lagi.. camtu je lah habis sehari.

 

Friday, May 28, 2021

Makan-makan

tak ingat kat mana.
Mungkin Restoren Chef Zubir





Layan adik

tah apa yang mereka buat
Abang kan rajin layan si Wafi ni.

Bola pun beli online

Bami order apa yang dia nak.
Biasa kumpul duit sendiri dulu.
lepastu ibu orderkan.
Nak barang kena usaha sendiri.





Pakcik Bad datang rumah

Rasanya misi jalan-jalan ke utara
Itu yang pakcik Bad ambil ayah di rumah.



2017 : Kuching lagi

Set paling sedap
2 kali makan

ni pun sama
Lupa plak nama

Ni breakfast

1st day jalan-jalan



Dinner


Book donation


Donate untuk bacaan di kelas Wafi
Nanti cikgu distribute lah ke kelas yang sesuai.

2017 : Kuching

Masa ni jalan-jalan ke Kuching.
Ada dah entry ni.







Bila gambar picasa penuh


pada gambar di atas menunjukkan album picasa tersebut telah sampai limit atau penuh...setiap akaun google untuk blog storage adalah sebanyak 1 GB sahaja...jika ini terjadi...kena buat satu lagi akaun google yang baru...



step pertama yang harus dilakukan adalah membuka satu lagi akaun google...sign up seperti biase dengan alamat emel yang baru dan berlainan dari emel terdahulu...lepas dah siap buat emel terbaru...abaikan dahulu emel tersebut...SIGN OUT



bile dah sign out emel baru tadi...sign in alamat blog/emel yang terdahulu...


terus ke dashboard dan klik SETTINGS



klik BASIC dan seterusnya klik + ADD AUTHORS



bile dah klik +ADD AUTHORS tadi...sila masukkan alamat emel yang baru dan klik INVITE AUTHORS



dah klik INVITE AUTHORS tadi...akan nampak seperti yang ditunjukkan dalam gambar di atas...1 OPEN INVITATIONS...boleh la SIGN OUT



step seterusnya...sign in EMEL BARU dan cari emel invitations dari blog terdahulu...



klik emel invitation tersebut dah klik link seperti di atas tu...


bile klik link tersebut akan keluar page seperti di atas



klik semula link tersebut



dah klik tersebut semula...akan keluar page seperti di atas...bile keluar page ni...ianya akan kosong tiada ape2 lagi sebenarnya...setiap emel baru akan begitu...sebab kita belum follow mane2 blog lagi...jangan terkejut pula yer jika melihatnye begitu...boleh la SIGN OUT



SIGN IN blog terdahulu...terus ke dashboard dan klik SETTINGS



step pertama klik BACIS dan akan nampak seperti anak panah di atas...terdapat kedua2 alamat emel di situ



pada alamat emel yang baru tersebut...boleh la dibuat pilihan sama ada sebagai ADMIN atau AUTHOR...emel yang lama boleh dikekalkan sebagai ADMIN sebab di situ ade link follower blog kita



QH memilih untuk meletakkan kedua emel tersebut sebagai ADMIN...jadi kita boleh buka blog dengan memilih salah satu emel tersebut...tapi untuk mengupload gambar terbaru...PASTIKAN menggunakan alamat blog yang BARU...sebabnya seperti bi bawah



cuba lihat gambar di atas...dimana storage album picasa masih banyak lagi ruangnya dan boleh mengupload sebanyak mane gambar sehingga sampai limit...

Jika masalah ini berulang kembali...album picasa pon dah penuh...ulangi langkah di atas semula untuk membuka akaun google yang baru lagi...mengikut kata blog yang QH ikuti stepnye...setiap blog boleh diadekan sehingga 100 AUTHORS...banyak tu...jadi nanti akan banyak la akaun google kita nanti dan ianya menjimatkan...tak perlu lagi untuk menDELETE gambar2 dalam blog...sempat ker kita nak sampai ke angka tersebut...hehehe...lagi satu PERINGATAN...bile dah banyak akaun user untuk blog JANGAN SAMPAI TERLUPA PULA YER PASSWORDNYA!!! PENTING tu...ingatan untuk diri sendiri juga...cara paling senang adalah mengunakan setiap akaun user dengan PASSWORD YANG SAMA...QH buat begitu...

Monitor PDPR Wafi

Follow Cikgu Niza

ni follow Cikgu Rozie

Kita gabung-gabungkan mana yang sesuai.
 

Raya 2020

Rasa tak habis upload.
Mana yang adalah.
Mungkin dah ada entry sebelum ni.






Kek Oren



Kek Oren

Bahan-bahan
1. 1 biji limau sunkist perah pati masuk dslam cawan.... tambah air untuk jadikan 1 cawan
2. 1 cawan minyak masak
3. 4 biji telur
4. 3 sudu teh oren sunquick
5. 1 1/2 cawan gula
6. Sedikit garam

7. 2 cawan tepung
8. 2 st baking powder

Cara-cara
1. Cebisan limau sunkist potong dan blend
2. Masukkan pula item 1-6 dalam blender
3. Dalam bekas lain ayakkkan 7&8 kemudian masukkan bahan blend dalam tepung.
4. Whisk kan je
5. Panaskan oven dulu
6. Sapukan loyang dengan margerin
7. Bakar 170° 40 minit
8. Jika bekas cupcake 20 minit
9. Atau ikut oven masing2.

Kuih Cara Manis


Tak jumpa plak picture.
 
Kuih Cara Manis
(Sumber blog Che An)

 

Bahan-bahan
1 cawan tepung gandum
1 SB tepung kastard
1 cawan air pandan
1 ½ cawan santan
1 biji telur
Secubit garam
Pewarna hijau
Gula
Minyak masak

Cara-cara
  • Blend semua bahan kecuali pewarna dan gula
  • Dah blend masukkan pewarna dan kacau rata
  • Masukkan bahan dalam acuan yang telah dipanaskan dan di sapu minyak.
  • Bila bahagian tepi dah Nampak gelap, masukkan gula.
  • Tutup acuan.. agak-agak bahagian bawah dah keperangan boleh lah di angkat.
  • Bahan di atas boleh dapat 12 pasang jika guna acuan yang besar.

Thursday, May 27, 2021

Santai dihujung minggu

2012

Rasa kat Old Town setia Alam ni.







Talam Keladi

2012

Ni pun kali pertama dan terakhir buat.

Alat Pembelajaran

2012
Antara toys Wafi.
Pandailah dia susun2