Filem dimulakan dengan dokumentari tentang Dharuma (Surya ). Dharuma ialah putera Kerajaan Pallava dan beliau sangat mahir dalam seni perubatan dan pertahanan diri. Gurunya, Gurumatha menghantar beliau ke Cina untuk mengubati sebuah penyakit berjangkit di sana. Pada mulanya, rakyat Cina tidak menyukai kehadiran Dharuma. Tetapi, beliau mendapat penghormatan daripada rakyat Cina selepas kejayaan beliau mengubati seorang budak perempuan. Beliau kemudian mengajar seni perubatan, teknik hipnosis dan Kung fu kepada sami Cina untuk membantu mereka mempertahankan diri dari perompak. Malangnya,selepas beberapa tahun beliau diracuni oleh rakyat Cina selepas mereka mendapat tahu beliau ingin pulang ke kampung halamanya, India. Tujuan beliau diracuni adalah kerana sifat tamak rakyat Cina yang tidak ingin tuah keluar dari negara mereka. Dharuma memakan makanan yang diracuni oleh mereka walaupun beliau sedar yang makananya mengandungi racun. Secara beransur-ansur menjadi seorang tokoh utama pemikiran Cina. Kini filem kembali kepada zaman sekarang. Kerajaan Cina melancarkan "Operasi Merah untuk menentang India. Dong Lee (Johnny Tri Nguyen) diamanakan oleh kerajaan Cina untuk melancarkan "Operasi Merah. Operasi ini dimulakan dengan menyutik virus ke atas badan seekor anjing liar di Bandaraya Chennai, India.Sementara itu, Subha Srinivasan (Shruti Hassan, seorang penyelidik muda India cuba untuk memulihkan Bodhidharma dengan menggabungkan DNA beliau dengan itu, sangat dekat dengan salah satu keturunannya, Aravind (Surya . Penjelmaan seorang rahib abad ke-6 dengan menyediakan akses kepada pengetahuan yang luas, berkesan akan melawan ancaman Cina, tetapi Dong Lee menggunakan semua kaedah yang diwarisi daripada Bodhidharma untuk menjalankan misinya dahsyat.
Pages
▼
Sunday, August 29, 2021
Sabtu yang dimanfaatkan
Hari ini adalah hari Sabtu yang perlu dimanfaatkan sebab bermula minggu hadapan Sabtu ibu perlu bekerja untuk menggantikan Sabtu yang sepatutnya bekerja semasa PKP haritu. Entahlah ibu pun kadang tak faham ada hari kena ganti tetapi gaji telah dipotong. Jadi bulan Ogos ni gaji dipotong sebanyak 20%! (tanda seruan tu hahahahha... bertabah lah ya).
Jadi pagi ni selepas Subuh lepak2 je atas katil, bergolek2 (ishh... buruk perangai) sebab lepas ni kan kena kerja. Tak puas hati pun kena kerja jadi masa yang ada enjoy sahaja lah. Masuk dapur jam 8.30 am. Siap kemas dan sapu2 rumah kecuali ruang tamu, dining room dan bilik tidur anak-anak. Itu semua tugas ayah dan anak-anak. Ibu malas nak buat. Settlekan territory ibu je. Kain pun ibu dah keluarkan dari washing machine masuk dalam bakul. Biasa ayah yang jemur di ampaian.
Masa untuk menonton tv sambil buat kerja ofis sikit. Sambil-sambil tengok news dan blogwalking.
Sempat ibu masuk bilik kakak tengok dah kemas ke belum. Kalau tak penuhlah katil dengan buku-buku. Naik rimas bila masuk bilik anak-anak. Kena diberitahu .. kalau tak buat kena bebel.. kalau tak buat juga memang naik hijau lah ibu.
Cadar tu pun tak tarik habis.. ishhhhhh
Errrr... macamana patung Dora Wafi ada kat situ?
Masak lemak taugeh, sambal belacan dan kembung goreng.
Ada juga telur goreng tambah sos dan kicap tapi tak berapa kena.. itu untuk mereka yang kurang makan ikan.
Ada telur masin tapi terlupa ambil. Dah nak siap makan baru perasan.
Sebab lauk camnilah nasi ibu penuh dalam pinggan tu hehe..
Ikan 2 ekor tu.
Adillah kan sebab ibu tak ambil telur.
Cukuplah 5.2 km.
Cuaca pun sedang elok je.
Kakak Widad sambung lagi round tasik dalam 3-4 pusingan. Kemudian sambung trek luar... Ibu dah tunggu dalam kereta.
Dapatlah Kakak Widad balas dendam sebab last week kurang semangat.. 10.2 km
Fuhh.. ibu belum mampu.
Dinner untuk Wafi dan abang Imi.
Nasi goreng telur + ikan, paling simple.
Sayur sambal goreng tu dari rumah nenek, panas-panas lagi.
Ibu dan siap-siap makan sayur je tadi masa singgah sana.
Filem 3 jam.
Sempatlah lipat kain untuk 3 hari sebab baru kering dek hujan setiap hari.
Esok je lah simpan kain tu.
Cantik kemas bilik anak dara.
ReplyDeleteBilik anak bujang kami macam tongkang pecah. Kalau tak bising membebel, memang tak dikemas.
Tu sebab post bilik anak dara hehe... bilik si bujang memang saya surrender... mana tak nya... jam 2 petang pun tak buka tingkap lagi.. lampu tidur masih on.. geram betul.. kalau kita buka tingkap alasannya habuk masuk.. ada je alasan.. padahal nak bagi angin masuk takde lah bilik tu berkuap. Kadang 10 kali suruh kemas.. barulah dikemas.. itupun bila dia tengok ibunya dah betul2 HIJAU!
DeleteBertabahlah bila sekarang ni sentiasa keliru dengan SOP kerja dan segalanya. Potong gaji tu kena bertabah lebih lagi. Semoga sentiasa ada rezeki masuk. Aaaminnn...
ReplyDeleteAnak anak, banyak yang kena ingatkan. Ibu ibu hampir jadi hijau tu selalu terjadi. hihi..kena bertabah jugak. Kemas bilik kakak. Ikut style asrama kena string betul cadar tu.
Cantik view track Bandar Hillpark dipenuhi pokok buluh.
Sedap tu ikan goreng garing nak makan baru goreng. Kena dengan lauk taugeh masak lemak.