Pages

Monday, November 28, 2022

Cuti Umum

Hari ni kan cuti umum sempena pembentukan kerajaan yang baru setelah PRU ke 15. 

Syarikat ibu menggantikan cuti umum hari ini kepada satu tarikh yang akan ditetapkan kemudian. Adalah beberapa syarikat di kawasan sini yang perlu meneruskan operasi seperti biasa. Jadi pagi jalan masih meriah. Department ibu seorang je bercuti, itu pun memang dah apply awal-awal sebelum diumumkan cuti umum.

Ibu tapau je lah kuih-muih ni. Makan sampai tengahari. Lunch hour seperti biasa take a nap je. Tak adalah nak makan tengahari pulak.

Di rumah, kakak buatkan lempeng dan sambal hijau. Dari malam tadi Wafi request nak makan lempeng di Kedai Edy untuk breakfast. Being kakak yang sangat prihatin dengan kehendak adiknya, buat je lah lempeng tu. Wafi suka lah, bangun-bangun, ehhhh... kakak dah buatkan lempeng. Senyum je lah dia!

Dinner kakak buat nasi ambeng. Ibu sampai sebelum jam 6 tu dah ready, tinggal tunggu nasi tanak je. By 6.15 pm dah boleh makan beramai-ramai.
Serunding tu balance dari nasi ambeng hari tu. Kakak just panaskan semula.
Seronoklah kali ni semua ada. Kakak gabung 2 meja kecik jadi boleh lah makan atas daun pisang.
Alhamdulillah untuk rezeki Allah beri hari ini.


 

Sunday, November 27, 2022

Netflix : Jirisan


Layan lah Kdrama.

Jirisan

Pelbagai kisah berlaku di Taman Negara Jirisan. Syok juga sebab siri ni tak berangkai sangat.

Cuma nak tau siapa sebenarnya dalang disebalik pembunuhan yang berlaku.

Relax-relax lah tengok.

Baru episod 6.

Nak sambung juga cerita Under The Queen's Umbrella yang masih on air😊
 

Aktiviti Hari Ahad

Relax-relax je lah pagi ni. Ahad kan.
Masing-masing bermalas-malasan selepas Subuh. Tak ada lah pulak nak keluar jalan-jalan cari sarapan. Selalu terfikir kalau pagi nak try sarapan kat luar. Tapi itu lah... malas nak bersiap-siap awal di hari minggu.

Hari ni pun memang tak ada plan nak keluar ke mana-mana.

Jadi buat je lah sarapan apa yang ada je.

Malam tadi masak 2 pot banyak lagi balance nasi. Dah ibu dan kakak je yang makan malam.
Wafi memang tertidurlah sampai ke pagi. Kakak usik dia suruh bangun makan pun tak dipeduli.

Pisang lemak manis dah siap berkopek bubuh dalam peti ais sebab minggu lepas dah masak.
Pagi ni lah baru sempat digoreng.

Jam 11.30 am tu kawan-kawan Wafi, Syaidatul dan Amira datang siapkan assignment.
Minta ayah temankan lah di rumah sebab ibu nak pergi kondangan rumah officemate.

Kak Suraya yang masih berkhidmat di syarikat. rasanya sudah lebih 30 tahun menjadi warga UI.
Jumpalah few colleagues di rumah Kak Suraya ni.
Sempatlah kita berborak sekejap.

Selamat pengantin baru kepada anakanda Irul dan Ana.
Semoga perkahwinan diberkati dan dipanjangkan jodoh untuk kalian.

Sukalah Wafi bila ibu bawa balik goodie yang berupa coklat dan red velvet cookies.

Ok.. malam ni makan nugget dan chicken popcorn je.
Masing-masing pun dah kenyang.
Tadi ibu belikan Nasi Kukus Ayam Berempah. Beli lebih untuk jamu kawan-kawan Wafi. Since mereka tak mahu makan, jadi ibu tapaukan je lah untuk mereka bawa balik.

Oh jealous lah ibu.. esok ayah dan anak-anak dapat cuti.
Company ibu kerja dan replacement leave tahun depan CNY, dengarnya camtu lah.
Production sedang rancak sekarang.

Kan PM dari PH, jadi seperti dijanjikan kena jana ekonomi lebih untuk negara... ehhhhhh...
Tiberrr
😁😁😁😁😁

Saturday, November 26, 2022

Makan Tengahari di Warung Wak Ramlah

Balik dari SCM kita singgah lunch dulu di Warung Wak Ramlah, Jalan Pasar Malam, Baru 8 1/2.

Gambar pinjam dari Meru Food Channel.

Baru tau tentang warung ni bila ada post di Meru Food Channel. Katanya specialty dia Nasi Ayam Penyet dan Nasi Ayam Geprek.

Tepi jalan je warung ni. Dulu arwah atuk ada menyewa satu kedai di sini tahun 80-an. Jual pakaian.

Cem dah mengantuk ni.. lewat dah waktu nap dia.


Ali budak suka senyum. Bila makngah cium cepat-cepat dia lap 🀣🀣


Subur pulak pokok-pokok ubi dan sayuran lain kat sini.


Ayam ni kita order baru digoreng panas-panas.
Yang best ada pucuk ubi rebus dan pucuk ubi goreng.

Ni sambal geprek.
Memang power. 
Terangkat.

Set Nasi Ayam Geprek sekali dengan sup.


Set Nasi Ayam Penyet.

Macam Geprek juga ada ayam goreng, pucuk ubi rebus, pucuk ubi goreng, tempe dan tauhu.

Yang membezakan cuma sambal dia.

 
Kakak Widad meratah-ratah pucuk ubi goreng tu.
Sedap betul.

Aduhhh.... masa tulis ni pun teringat lagi kesedapan set ayam goreng tu.
Rasa macam nak ulang je esok πŸ˜…

Kem Persatuan Puteri Islam Malaysia (PPIM)

Ibu simpan sini gambar Wafi masa menyertai Pekhemahan Persatuan Puteri Islam di sekolah.
Sabtu, 26/11/2022

Wafi dalam kumpulan Halimatun Saadiah.
Setiap kumpulan kena belajar dirikan khemah dan buat ikatan anduh.
Adalah beberapa lagi aktiviti mereka.

Wafi kata mujur ada tengok ayah pasang khemah masa Family Day di Bernam Nature Hut.

Kalau ikut sekarang khemah dah banyak moden. Lebih mudah dikendalikan.

Gambar bersama ahli persatuan yang menyertai kem dan guru-guru.

Nak kena zoom cari Wafi πŸ˜„

 Syabas PPIM SKBK kerana menjayakan kem sebegini setelah 2 tahun tiada aktiviti beramai-ramai.

Jalan-jalan Dengan Ali dan Cempaka Di SCM

Balik sarapan tadi nampak kat whatsap grup family, Ali dan Cem ada kat rumah nenek. Kakak Widad kata nak jumpa Cem lah dulu. Ingat dari sarapan tu nak tukar kereta kat rumah. Bawak Viva je ke SCM.

Alololo Cem, bikin Kakak Widad cair lah!

Perut tu.. perut.

Kakak Widad cakap... Cem.. jom jalan-jalan.
Ehhh.. terus dia bangun.

Suka je diorang ni makngah bawak jalan ya.

Pakai je lah baju yang dipakai tu.
Kalau Wafi nampak orang pakai berlebih-lebih kat shopping mall mesti cakap... orang have-have pakai biasa-biasa je pergi mall 😁😁


Butik pakaian kegemaran kami.
Cari baju nak pakai jalan-jalan 2 minggu lagi.

Pakai t-shirt je.. kan balik jog tadi.. hahaha... selebet.
Bak kata kakak Widad, kan menutup aurat!

Masa kat butik tadi Cik Ana call. Rupanya diorang pun ada kat SCM. Cik Ana layan Cem dan Ali naik kereta kuda pusing-pusing @ karusel tu. 

Sembang kejap lah.. lepastu diorang nak sambung shopping.

Nak makan masing kenyang lagi. Nak pusing jalan tengok dah ramai orang. Kita singgah beli Ilao Iloa je lah. Tu pun beli small size je. Ni kalau Wafi nampak mesti marah πŸ˜‚

Kakak lah suap Ali dan Cem.
Sukanya Cem makan aiskrim. Lapar kot tu.

Lepastu dia tak sabar.. terus panjat naik kerusi.
Sabar jelah budak kecik ni.

Tengok tu.. besar betul mulut dia buka.

On the way balik tu, dalam kereta ambil bantal main cak cak pulak. Mujur lah abang dia layan.
Happy je lah diorang hari ni.

Ada sekali tu masa kat mall, Cem jalan pakai lutut πŸ˜‡πŸ˜‡
Aduhhh... sudah....
Terpaksalah kakak dokong dia kejap.

Kalau Ali dan Cem behave, lain kali Makngah ngan Kakak Widad bawak jalan-jalan lagi okay... kita jalan sekali dengan Kakak Wafi.

Sarapan di The Lontong, Alam Jaya

Dah beberapa minggu tak keluarkan peluh, pagi ni gigih juga pergi. Hantar Wafi ke sekolah dulu sebab ada kem Persatuan Puteri Islam (PPIM).

Sampai Hillpark pun dah 7.30 pagi.
Makaihhh... matahari dah naik. Mula lah otak ni set... mesti tak boleh lama. Tu lah... fikir macam tu.. dengan tetiba pulak sakit kepala. 
Kakak Widad pulak lapar katanya.

Memang briskwalk je lah pagi ni.
Tak dapat pun 2.5 km.. aduihhh... teruk dah ni. Lenkali kena keluar awal sebelum matahari naik. Masa musim hujan tempohari tak nampak langsung matahari pagi. Lari pun peluh kurang.

Nahhh... hari ni ambik kauuu... berpeluh-peluh!

Jalan-jalan lah cari sarapan kat Alam Jaya. Nampak member post kat FB makan kat The Lontong. Kita try lah.

Menu yang ada.
Nak ambik ubi rebus tak ada lah pulak hari ni.

Nasi lemak paru.

Lontong sambal sotong.
Set lontong biasa ada lontong, begedil, tempe, tauhu dan telur separuh. 

Kita tambah kuih kasuwi dan tepung bungkus.

Lepak lah kejap dengan kakak.
Bila dah ramai orang baru kita beredar.

Bila sampai tadi rasa macam... macam ni je ke tempat dia.. 
Masa tu pun ada 2 meja je yang ada pelanggan.
Rupanya lepas kami makan ramai pelanggan yang datang. Mungkin femes di kalangan penduduk situ.

Restoren ni kat belah belakang, dan area situ banyak kedai-kedai yang tak beroperasi. Yang banyak pun bengkel kereta.

 

Friday, November 25, 2022

Aktiviti Sekolah Agama

 *Assalammualaikum...*

πŸ‘¨πŸΌ‍🍳Aktiviti MasakkanπŸ§‘πŸΌ‍🍳


MENU : 🍝membuat mee goreng 🍝

 Murid-murid dikehendaki membawa bahan2.. Contoh :mee kuning,sayur sawi, fishcake, tomato,kicap/sos...


Terpulang anak2 nk bawak bhn yg mane pon.. Tiada paksaan...

P/s: bawa sekali sudu, pinggan πŸ₯„πŸ½️.



Ini aktiviti Wafi dan kawan-kawan 2 hari lepas.

Masak mi goreng. Bahan-bahan anak murid bawak sorang sikit tapi kalau dah 3 kelas digabung banyak lah juga jadinya, Itu yang tapau bawa balik.

2 hari sebelum tu buat sandwich.
Wafi kan dah habis ujian PSRA.
Jadi kelas formal tak ada dah. Ustazah buat aktiviti memasak.

Thursday, November 24, 2022

Perlantikan Perdana Menteri ke-10 (PM10)

Hampir seminggu barulah diumumkan Perdana Menteri Malaysia ke 10 hari ini.
Dato' Seri Haji Anwar Bin Ibrahim

Majlis Angkat Sumpah sebagai PM.

Google image je. 

Segala teka-teki terjawab😎

Inai dijari pun masih ada lagi hahahah

Pada pengundi bijaksana, berlapanglah dada😁😁😁😁

Sempena Isnin diumumkan cuti, special lah sikit sebab ada sambal belacan dan petai.
Ini macam biasa kakak masak.


Ibu makan je.
Nampak tak betapa laparnya ibu!

Penat kot tunggu dari sehari ke sehari.. bila nak diumumkan cuti.
Taklah!
Letih buat budget. 
Tepu dah otak ni πŸ˜†πŸ˜†

Mi Siput dari Tangkak, Johor

Cik Ana ada tunjuk gambar mi siput masa balik kampung haritu.
Ibu minta Cik Ana bawa balik sini... nak rasa.

Mi siput ni yang dah siap goreng.
Jangan tanya yang mentah macamana sebab ibu pun tak pernah jumpa. Mungkin ada nampak tapi tak perasan.

Sambal tumis.
Style Johor kot kena makan dengan sambal. Tak sure negeri lain ada makan tak mi siput ni.
Frankly speaking.. aceceh... ibu memang tak pernah jumpa dan makan.

Ibu tak pasti macam mana nak makan mi ni. Yang paling mudah kepakkan/patahkan mi dan cicah dengan sambal tumis tu.

Cik Ana tunjuk gambar macam ni.. agak-agaknya kena patah-patahkan kot masa nak makan.. ke makan pegang seketul cam tu pegang dan suakan ke dalam mulut.

Ahhh... nanti-nanti lah tanya. 
Yang penting masuk mulut dan kunyah-kunyah 😁😁
 Sedap.

Later Cik Ana balik kampung nak kirimlah.