Jumaat petang ayah whatsap yang batch ayah Sekolah Alam Shah SAS nak datang sarapan di rumah hari ni, Ahad. Dalam 15 orang camtu. Diorang ada yang datang dari homestay uncle Waksir sebab malam tadi ada tahlil dan ada yang datang dari rumah.
Ibu on je lah. Plan masak simple, nasi lemak dan yang lain order dan beli direct dari warung pagi.
Sambal tu malam tadi dah siap. Juga gorengan bilis dan kacang. Telur pun dah siap rebus. Tinggal potong timun je pagi tadi.
Ayam goreng dari seekor ayam. Tembikai beli kat Jaya Grocer semalam.
Bingka ubi ni ibu order dari Acik Suria Kitchen. Ibu tapaukan juga kat kawan-kawan ayah.All time favourite roti jala dan kari ayam dari Suria Kitchen.Ibu sediakan juga teh tarik, teh-o dan air sunquick ais.
Angkut je lah Noxxa tu letak atas meja tak sempat salin, lagi pun nak biar panas. Walau tinggal masak nasi pagi tu je tapi siap jam 9 ngam-ngam diorang sampai.
Mujur ada kakak Widad bantu ibu.
Ibu share je lah picture ayah ambik ni.
Alhamdulillah... dah boleh makan.
Tak mengapalah walau tak ramai yang dapat join, moga ada kesempatan mereka yang lain sampai rumah kita di masa akan datang.
Ibu save dari FB ayah😅
Agaknya apalah lagi yang dibualkan dari semalam membawa ke hari ni.
Gamaknya mesti ada topik Solira hehheh
Geng2 batch SAS ayah ni diorang kerap berkumpul. Ibu je jarang lah nak meet up dengan unimate atau schoolmate. Banyaklah constraint kan 🤪
Tadi lepas brekfast kat dalam tu diorang sambung lepak kat luar rumaj sekejap. Ibu skodeng dari tingkap bilik hahaha
Lepas sarapan tu diorang balik semula le homestay. Katanya nak bagi puas mandi swimming pool (dah macam kanak² riang 🤣). Ayah pun ikut serta.. adehhhh... tak cukup-cukup ke dok berkumpul ðŸ¤ðŸ¤. Ingat nak tolong kemas dan basuh² apa yang patut!
Seronok gathering macam ni...SA pun ada je kawan- kawan buat gathering tapi tu la..balik2 rumah dia..balik2 rumah dia...yg dijemputnya ramai lelaki...yg kami ppuan ni 2-3 kerat...lain machiam plak...sudahnya SA dah malas nak join...semalam baru decline...SA siap jawab dalam group..kalau ubah venue insyaallah i datang...hahahaha....
ReplyDeletepersahabatan lelaki ni kalau betul caranya, sampai ke tua bersahabat.
ReplyDelete