Malam tadi sebelum tidur tanya Wafi nak breakfast apa? Wafi kata apa² lah ma.
Terus teringat perihal sotong liat yang Wafi makan tempohari. Ting! Ha.. bolehlah masak sambal sotong. Makan dengan Nasi Kuning yang Wafi gemari bila ibu buat sebelum ni.
Gigihlah seawal jam 7 pagi pergi kedai cari sotong. Mujur ada. Fresh pulak tu.
Siap masak, panggil lah Wafi dan anak² lain untuk breakfast sama. Wafi kata tak boleh bukak mata minta ibu ayah makan dulu. Haaaa.... gitu lah budak asrama bila balik rumah. Sayang nak tinggal bantal. Perut lapar pun tolak tepi. Kalau kat asrama 6 kali makan, kat rumah makan sekali pun dah cukup gamaknya. Yang penting qada' tidur.
Ni ibu type entry pun masih tak mahu bangun.
Berjemaah 3 beradik tidur sama-sama dalam bilik ibu. Tadi Bami dah bangun sebab ambilkan screwdriver untuk ayah. Kawi pulak tadi kemaskan barang yang ibu beli. Tup² semua sambung tidur!
Ajomlah makan.Ni masak banyak bolehlah ulang sampai ke petang. Ibu takmo dah masuk dapur😁😁
Sedapnya.. Nasi kuning ni camne buat. Dia macam nasi lemak ke? Dulu siji ada orang jual
ReplyDeleteMacam nasi lemak juga LM, terkenal di Sabah ni.
DeleteBoleh google resepi dari blog Amie's Little Kitchen.
Anw, terima kasih singgah di sini.
Wahhhh awal pagi dah menyotong.. special menu bila wafi balik ya kak.. begitulah kasih seorg ibu
ReplyDeleteSelalunya macam tu lah, bila anak2 teringin kita cuba buat juga hehe
Deletetak usah kata bdk asrama. yg tak asrama pun sama kalau nak suruh bangun pagi makan sesama. sedap lagi bantal kan. hehehe
ReplyDeletetu lah kak, namanya je semua ada kat rumah, Nak makan sama kena pesan siap2. Pagi memang susah lah.
DeleteSedapnya nasi kuning buat sarapan pagi.
ReplyDeleteAnak-anak saya suka sangat nasi kuning. Kalau anak-anak balik LD memang inilah salah satu menu yang mereka minta masak.
Kak Amie masak lagi banyak lauk pauknya tu.
Deleteooo nasi kuning boleh gantikan dengan nasi lemak erk..condiments semua sama macam nasi lemak
ReplyDeleteLebih kurang nasi lemak je. Nengok dalam blog Kak Amie. Kalau dapat sambal ikan mesti dah boleh feeling² makan kat Sabah.
DeleteHahahaha jadi ingat saat saya sekolah asrama dulu, pastilah kalo dah pulang pasti nak tidur lebih. Tapi saat itu saya lebih suka makan masakan mama, Krn di asrama tak terlalu sedap 🤣
ReplyDeleteSamalah Wafi tu... memang kurang makan kalau di asrama. Memilih juga.
Delete